Destinasi Percutian – Phuket Thailand (006)

 

Phi-Phi Island merupakan salah satu daya tarikan bagi pelancongan di Phuket Thailand. Pernah sebelum ni aku terdengar cerita kawan bahawa pulau Phi-Phi merupakan syurga bagi mereka yang sukakan aktiviti santai bersama keluarga mahupun teman. Pulaunya yang begitu indah dan telah dinobatkan sebagai salah satu pulau yang tercantik di dunia. Indah sungguh ya ciptaan Allah ni, semuanya cantik-cantik belaka dimata bila aku sampai ke Phi-Phi Island.  Perjalanan dari Phuket ke Phi-Phi Island mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan menaiki ferry. Kami hanya menaiki ferry untuk ke Phi-Phi, kalau nak naik bot laju pun boleh gak tapi harganya agak mahal sikit berbanding naik ferry. Harga bagi perjalanan dari Phuket – PhiPhi adalah 1000 Baht untuk dewasa dan 800 baht untuk kanak-kanak dan didalam ferry ni menyediakan makanan ringan dan minuman percuma untuk penumpang. Harga tersebut juga termasuk snorkeling selama satu jam di perairan Phi Phi.

 

 

Semasa dalam perjalanan ke Phi-Phi Island korang akan nampak banyak pulau-pulau kecil yang lain, maklumlah perjalanan menaiki ferry mengambil masa hampir 2 jam jadi sebelum sampai bolehlah kita rehatkan minda dan cuci mata dengan keindahan semulajadi ini. Disini kebanyakan pulau tiada pantai dan hanya batu-batuan saja. Jadi sesetengah pulau tak boleh mandi hanya untuk tontonan je.

 

 

 

Kat sini ada macam-macam pulau kecil dan macam-macam nama dan salah satunya adalah pulau James Bond, sebab apa nama pulau itu dipanggil pulau James Bond? sebab disini memang banyak kali dibuat pengambaran untuk filem James Bond 007 “Tomorrow Never Dies” jadi untuk menaikkan lagi tarikan pelancong ke sini, nama pulau berkenaan dinamakan sebagai pulau James Bond.  Hah menarik kan?.. memang cantik tak terkata bila sampai sini, laut biru terbentang luas dihiasi dengan pulau-pulau dan kehijauan pokok yang mengindahkannya. Sebelum ni kalau korang pernah tengok cerita The Beach kat Astro, lakonan Leonardo Di Caprio diorang pun berlakon kat area sini tau.. tak caya pergi tengok cerita tu kat Youtube sekarang.. 🙂

 

 

Bila dah datang sini, lupa aku segala masalah yang ada. Memang tenang jiwa dan raga menikmati keindahan alam semulajadi ni. Aku suka sangat gambar ni, macam aku merenung masa depan kan.. hehe tah apalah yang aku tenung tu kan, harap-harap segala impian aku menjadi kenyataan.

 

 

Dasar laut dengan terumbu karang yang masih hidup segar dipandangan mata, terasa macam nak tinggal kat sini je semalam dua. Oh YeS!! aku pasti akan kesini lagi suatu hari nanti.. memang tak puas tul aku tengok panorama indah ni.

 

 

Sesi snorkeling selama satu jam di Phi Phi Don, ini adalah pertama kali aku dan mak melakukan snorkeling, mula-mula tu cuak gak sebab takut jeket keselamatan tu tak dapat tampung berat aku haha.. tapi tengok semua orang turun selamba je jadi rasa takut tu kurang lah sikit. Memang syok dapat snorkeling kat sini airnya jernih dan dapat tengok terumbu karang dan anak-anak ikan bemain. Tak dapat aku nak gambarkan betapa gembiranya aku saat ni melihat keajaiban tujan dan alam semulajadi dasar laut ini. Disebabkan masih noob dalam snorkeling ni aku sampai lupa nak buka goggles yang dipakai semasa ambil gambar, hahaha takut lemas la katakan.. 🙂

 

 

Lihat betapa gembiranya kami selepas melakukan snorkeling kat sini. Tergambar wajah keceriaan tak terhingga saat ni tau.. ingat kami akan kembali lagi kesini untuk snorkeling… tempoh 1 jam tu rasa singkat sangat.. tak puassss…

 

 

Suka sangat gambar ni… nampak mesrakan mereka berdua.. i likeee… kan best kalau dapat honeymoon kat sini nanti. 🙂

 

 

Sampai juga akhirnya di Phi-Phi Island… kat sini kalau nak masuk kena bayar cukai penumang sebanyak 20 baht seorang bersamaan RM2.00 lah. Cukai tu digunakan untuk menjaga kebersihan dan alam sekitar PhiPhi Island ni. Tak pelah setakat 2 ringgit tapi korang boleh dapat tengok free show terbaekk tak rugi kan..

 

 

Jetty ferry dan bot laju di Phi-Phi Island..

 

 

Perjalanan ke Phi-Phi Island mengambil masa selama 2 jam dan dalam perjalanan kita akan singgah untuk Snorkeling di Phi Phi Don.. sampai je di PhiPhi Island kita akan nampak banyak kedai-kedai yang menjual sourvenior, harga kat sini tak la begitu murah tapi kena pandailah tawar menawar. Banyak lagi aktiviti yang kami buat disini… nak tahu apa dia aktivitinya.. tunggu pada entry akan datang..

TERBAEEEKKK!!!

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Destinasi Percutian – Phuket Thailand (006)

  1. ken says:

    so nice so fun! beautiful photos 🙂
    the last time i went there was back in 1996.. that time i was just a small kid, canot remember anything also 😛

  2. Mohd Zaid says:

    sudah lama tu Ken, sekarang sudah banyak berubah… pergilah time free mandi pantai phi phi.. seronok..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *