Destinasi Percutian – Phuket Thailand (005)

 

Hari pertama kami melawat banyak tempat menarik di Phuket antaranya Sri Burapha Orchid, Chalong Temple, Prom Thep Cape. Suasana di Phuket tidak kurang bezanya di Malaysia kiri kanan penuh dengan pokok kelapa sawit dan cuacanya pun panas macam di Malaysia. Hari pertama kami dibawa makan makanan tengah hari ni Phong Phang Seafood. Ianya terletak di 22/2 Moo 3 Soi Palai, Chao Fa Road, Tambol Chalong, Muang, Phuket 83000 Thailand. Sampai je kami disini aku disambut oleh pelayan restoran yang sedang menunggu kedatangan kami. Mula-mula tu agak was-was juga untuk makan disini tapi disebabkan perut terasa lapar sangat jadi pergi jugalah. Mujurlah pelayan yang sambut kami tadi tu beri Salam kat kat aku, dan terus aku tanya kat pelayan tu kedai ni ko orang islam ke, halal ke makanan sini?.. dia cakap jangan risau kedai ni halal abang.. hehe siap cakap melayu lagi. Majoriti pelayan disini adalah dari warga Phuket dan ada juga yang berasal dari Kelantan yang bekerja disini. Jadi tak perlu was-waslah nak makan sebab semuanya ditanggung HALAL abe.

 

Masakan disini memang sedap lebih-lebih lagi kita sekarang berada di Thailand jadi masakan Tomyam menjadi pilihan. Macam-macam jenis seafood ada jual kat sini dan harganya pun berbaloi dengan masakan dan rasa yang enak, ada udang harimau, ada lobster, ada ikan siakap, ikan kerapu, ada otak-otak ikan dan macam-macam lagi lah.. order je masakan apa korang nak dan diorang kat sini boleh tolong buatkan. Yang paling bestnya suasana makan disini adalah ditepi laut jadi sambil isi perut bolehlah menghirup udara angin bayu pantai. Otak releks perut pun kenyang haha.. Kami disini makan ikut menu yang telah ditetapkan mengikut pakej yang kami ambil, jadi tak boleh order lebih-lebih sebab diorang dah orderkan menu apa untuk dimakan, kalau nak tambah lobster atau seafood yang lain kena tambah duit la jawabnya. Tapi ok juga makanan yang disediakan pun dah cukup banyak buat kami bertujuh kekenyangngan hari tu.

 

Menu yang kami makan.. macam-macam ada..

 

 

Menu yang kami makan.. macam-macam ada..

 

tengok muka masing-masing bila dah dapat makan.. tersenyum lebar haha.. apa-apa pun makanan kat sini memang tiptop lah.. siapa datang Phuket suruh tour guide korang bawa korang ke sini ya.. memang berbaloi-baloi.

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *