Destinasi Percutian – Phuket Thailand (004)

 

 

Seperti biasa sesiapa yang datang ke Phuket memang tak sah kalau tak singgah ke Sri Burapha Orchid ni, kat sini adalah kilang pemprosesan buah gajus atau Cashew Nut. Harganya pun murah-murah berbanding dengan harga ditempat lain. Disini mereka juga menyediakan demo bagaimana dari buah gajus itu diproses menjadi makanan kering yang dijual di kedai. Sri Burapha Orchid Co., Ltd. terletak di Muang Phuket dan beralamat di Ko Kaeo, 62/2-4 Moo 1, Muang Phuket, Phuket, 83000, Thailand. Kepada sesiapa yang berhajat nak datang disini dipersilakan sebab bukan setakat buah gajus tapi ada macam-macam lagi dijual seperti asam kering, keropok, biskut, minuman dan lain-lain.

 

 

Gambar diatas adalah demo seorang pekerja disini membuka buah gajus sebelum dikeringkan. Ini adalah cara lama mereka mengupas buah gajus dan masih lagi menggunakan tradisi ini. Tetapi ada juga mesin auto yang lebih baik untuk memudahkan proses pengupasan. Patutlah mahal nak makan buah gajus ni tengok cara diorang kopek kulit pun dah macam merumitkan. Aku tau makan je nak kupas-kupas ni tak pandai la …

 

 

Yang buah kuning tu adalah buah gajus yang baru dipetik. Selepas dipetik proses mengopek kutil akan dilakukan sebelum dikeringkan dan kemudian ditambah perasa sebelum di pek. Kalau korang nak tahu kat sini korang boleh dapatkan bermacam-macam jenis perasa buah gajus yang telah diproses antaranya perasa coklat, perasa tomyam, perasa butter, perasa garlic, perasa madu, wasabi dan macam-macam lagi. Aku pulak paling suka buah gajus bersalut wasabi sebab rasa dia memang ummmpphhh!! HOT baby.. tapi sedapp..

 

 

Buah gajus disini bukan setakat untuk buat kudap-kudap je.. tapi diorang buat air gak. Aku tak rasa air ni so tak leh komen apa-apalah.. tapi menurut member yang minum diorang cakap air ni sedap dan bagus untuk hilangkan panas badan.. tah ye tak tidak la tuh..

 

 

Asam jeruk pun ada dijual kat sini, tapi berhati-hati ada ruangan yang menjual makanan yang dibuat dari benda yang tidak HALAL. Jadi aku putuskan supaya aku tak membeli kat sini hehe sekadar jalan-jalan cuci mata je..

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Destinasi Percutian – Phuket Thailand (004)

  1. nizam says:

    tak pernah tengok lagi orang buang biji gajus…
    selalunya lau kat kg bakar je… hehehe

  2. Mohd Zaid says:

    tengok jangan tak tengok bro..

  3. Hafizul says:

    Emm sedap nye g jala-jalan..makan2..haha

  4. Mohd Zaid says:

    Hafizul > jalan2 tu best tapi makan2 tu susah nak cari yang halal..

  5. Hafizu says:

    ooo susah ekk…emm tak kan nak makan roti hari2 kan??haha

  6. Mohd Zaid says:

    Hafizu > ada je kedai halal tapi memang susah nak cari.. berhati2 kadang2 nama je halal tapi ada jual katak goreng.. haha..

  7. Hafizul says:

    Hahaha..katak goreng???mesti sedap…rasa cam daging arnab kot..haha

  8. Mohd Zaid says:

    Hafizul > haha ko ni macam-macam la.. macam pernah je kan makan katak haha..

  9. HOTH says:

    Local Halal Food in Phuket – For Muslim, i found a local restaurant where serve you Seafood Halal by Muslim.nLet’s see some sample of popular menus. Here!! Seafood Halal by Muslim.nnnReview Muslim Food in Phuket with Halal certificate/license, i would like to share Halal Food in Phuket TownnHere is The In Terrace restaurant. It was located in Phuket town, near Bangkok Hospital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *