Destinasi Percutian – Phuket Thailand (003)

Destinasi Percutian diteruskan lagi ke Chalong Temple selepas menikmati pemandangan indah di Prom Thep Cape. Tentunya bila sampai ke Thailand anda tentu akan ternampak banyak kuil-kuil budha disini kerana mejoriti rakyat thai adalah dari penganut hindu dan budha. Mengikut perancangan perjalanan ke Phuket Chalong Temple merupakan salah satu tempat yang bakal kami lawati. Hanya sekadar mengambil gambar je, dan bagi penganut Budha pastinya peluang ini tidak akan dilepaskan bagi mereka untuk beribadah dan berdoa.

Chalong Temple atau lebih dikenali sebagai Wat Chalong oleh penduduk setempat merupakan kuil terbesar yang terletak di Phuket. Ramai penganut dari luar dan dalam negara yang datang kesini bersembahyang dan memberi hormat kepada pengasas kuil ini iaitu Luang Pho Cham dan Luang Pho Chuang. Mereka merupakan dua orang sami yang membantu dan merawat penduduk desa setempat semasa pemberontakan cina (chinese miners rebellion) pada tahun 1870 an.

 

Bergaya tak mamat ni dengan spek mata RM10 dia tuh hehe.. belakang tu merupakan Chalong Temple atau lebih dikenali sebagai Wat Chalong. Didalam kuil ni terdapat banyak patung-patung berhala bagi penganut budha.

 

Kuil lain di sekitar Chalong Temple.. kat sini ada banyak kuil-kuil kecil yang lain.. gambar ni dirakan dari tingkat paling atas Chalong Temple

 

Salah satu patung yang terdapat dalam kuil ni..

 

Aku tengah bersilat tuh… huh! boleh bersilat plak mamat ni kat dalam kuil ni haha…

 

Ukiran kepala singa pada bucu tangga didalam kuil ini

 

Unik ! Ukiran halus senibina kuil ini.

 

Kita orang tengah bersilat kat luar pulak.. 🙂

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Destinasi Percutian – Phuket Thailand (003)

  1. Pingback: Destinasi Percutian – Phuket Thailand (005) « Aku Zaid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *