Destinasi Percutian – Phuket Thailand (002)

Destinasi percutian ke Phuket Thailand diteruskan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik disana. Hari pertama selepas sampai di lapangan terbang Phuket kami dibawa bersiar-siar melawat bandar dan Patong Beach.  Hari diteruskan lagi dengan menikmati pemandangan indah dan cantik di Prom Thep Cape atau maksudnya God’s Cape. Prom Thep Cape terletak lebih kurang 2 kilometer dari Rawai Beach dan disini amat sesuai untuk beriadah bersama keluarga sambil menikmati udara nyaman dan panorama indah diwaktu matahari terbenam. Kami sampai agak awal diwaktu tengah hari dan suasana ketika itu amat terik sekali, hilang terus mood untuk berjalan-jalan disekitar Prom Thep Cape ni. Aku dan mak hanya melihat pemandangan indah disekeliling yang ada dan ternyata indah sekali ciptaan tuhan ini. Alangkah indahnya jika Malaysia juga punyai tempat seindah ini.

 

Laut Andaman yang terbentang luas, memang indah sambil menghurup udara nyaman sepoi-sepoi bahasa

 

Pulau-pulau kecil yang mengelilingi kawasan ini.

 

Resort mewah juga disediakan disini kepada mereka yang mampu

 

Aku sukakan tempat ini kerana ianya damai dan tenang. Sesuai untuk mereka yang jiwa kacau

 

Abang hensem ni bergambar sambil melatarbelakangkan laut Andaman

 

Mak aku dan Tour Guide iaitu Mr. Eng (dia ni sebenarnya pandai cakap melayu tapi buat-buat tak tahu haha)

 

Menurut pemandu pelancong kami, disini adalah tempat dewa-dewa bagi kepercayaan mereka dan disini ditegah sama sekali merokok dan minum minuman keras lebih-lebih lagi kalau buat benda tak senonoh sebab disini berpenunggu bak kata pemandu pelancong kami. Kawasannya pun bersih dan terjaga dari sebarang masalah. Memang rugi kepada sesiapa yang tak datang ke Prom Thep Cape segalanya indah dimata kasar ini apabila sampai kesini.

Info : Prom Thep Cape merupakan penghujung selatan Phuket Thailand yang menjurus ke Laut Andaman.

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Destinasi Percutian – Phuket Thailand (002)

  1. akmalhasif says:

    berape budget kesane
    siap tour guide sekali?
    klo 4 hari disana budget berape?

  2. Mohd Zaid says:

    akmalhasif > di Phuket budget saya rm500 je.. tu untuk belanja.. untuk tour guide dan tiket masuk Simon Cbrt tu lain.. agak-agak dalam RM400 cam tu lah..

  3. Hi, I do believe this is an excellent web site. I stumbledupon it 😉 I’m going to return yet again since i have bookmarked it.
    Money and freedom is the best way to change, may you be rich
    and continue to help other people.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *