Destinasi Percutian – Phuket Thailand (001)

Phuket Thailand adalah destinasi percutian yang aku idam-idamkan sejak dari bangku sekolah lagi, sebelum ni hanya dengar cerita rakan-rakan yang telah berkunjung kesana dan semuanya memberikan feedback yang baik dan menarik. Terasa hati ni bertuah sekali sebab berpeluang untuk ke Phuket Thailand bersama penerbangan tambang murah Airasia, kini semua orang boleh melancong kemana-mana destinasi pilihan betul tak?. Penghujung bulan May 2011 yang lepas aku, mak dan rakan-rakan sepejabat telah melancong Negari Gajah Putih tak lain tak bukan Phuket Thailand. Sesuai dengan niat kami iaitu bercuti sambil berhibur menghilangkan stress dari fikir masalah kerja.  Untuk pengetahuan, Phuket terletak di Selatan Thailand dan dulu dikenali sebagai Pulau Talang. Menurut Wikipedia Pulau Talang adalah sejenis ikan, ermmm ikan apa aku pun tak tahulah mungkin ianya ada kisah dan sejarah tersendiri.

Ini adalah kali pertama aku berkunjung ke tanah Thailand dan sebelum kesini aku teringatkan cerita-cerita hantu yang selalu aku tonton di TV antaranya cerita Nang Nak. Mungkinkah di Thailand begitu banyak hantu yang aku sangkakan? tidak sama sekali kerana bagi aku orang di Phuket Thailand semuanya baik-baik belaka. Jelasnya setiba aku di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket (Phuket International Airport (HKT)) aku berdepan dengan ramai warga Malaysia yang bekerja sebagai pegawai imigresen disitu. Aku ni dah la tak berapa pandai berbahasa inggeris bila sampai di gate masuk tu aku ditanya oleh pegawai berkenaan mula-mula ingat dia speking london dengan aku dan aku macam blur sikit, rupa-rupanya dia cakap melayu je dengan loghat Kelantan membuat aku sedikit keliru sama ada mereka cakap BI atau cakap BM dengan aku haha, itu semua tak penting yang penting mereka baik dan peramah dan juga menjaga kebajikan kami disana.

Sempat bergambar di Terminal LCCT Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.  Menaiki pesawat Airasia ke Phuket memang berbaloi dengan tambang murah kini semua orang boleh melancong.

 

Percutian ini telah lama dirancang boleh dikatakan hampir 7 bulan jugalah perancangan dibuat selepas membeli tiket penerbangan Airasia dengan harga promosi waktu itu hanya RM132 (Pergi-Balik). Segalanya dibawah agent pelancongan Powerful Travel & Tours Sdn Bhd (Tel: 603-62727168 or 03-21421136) yang dibeli sewaktu Matta Fair bulan 3 dulu. Kami ambil pakej ke Pulau Phi-Phi dan Free & Easy je sebab nak budget duit.  Disini kadar penukaran wang adalah ? Thai baht dan anggaran ?10 bersamaan RM1.00. Memang nampak banyak tapi harga barangan disini lebih kurang sama je dengan harga di Malaysia tetapi bagi aku di Phuket harganya lebih murah berbanding negara-negara asia yang pernah aku kunjung sebelum ni.

 

Cantiknya ciptaan Ilahi ini – Pulau-pulau sekitar Phuket yang aku rakam semasa dalam pesawat.

 

Sempat bergambar di pintu keluar lapangan terbang Phuket semasa menunggu tour guide kami.

 

Satu-satunya Masjid yang aku jumpa disekitar Patong Beach. Kalau nak cari makanan halal datang lah sini.

 

Sebut pasal makanan halal disini agak susah sikit nak cari makanan halal, bukan tak ada tapi susah. Pekej yang kami beli semasa di Kuala Lumpur ni tidak menyediakan makanan Halal tetapi mereka sediakan makanan seperti sayur-sayuran (Pork Free) huh.. siapa yang nak kan makanan makanan Pork Free ? terpaksalah kami bawa Maggie dan Mee Sedap berpeket-peket kat Phuket ni kalau tak mati kelaparan lah 4 hari 3 malam kat sini kan.. Kalau ke sini aku sarankan kepada yang sesiapa nak cari makanan Halal bolehlah pergi disekitar masjid sebab disini ramai orang islam dan ada beberapa kedai islam yang menjual makanan halal.

 

Dah mana pun pekerja 7-Eleven memang tak sah kalau tak pergi melawat 7-Eleven kat Phuket kan haha.. sempat shopping Mineral water, coke, dan coklat.. jangan terkejut coklat kat sini ada yang diimport dari Kuala Lumpur dan banyak makanan halal juga dijual kat 7-Eleven Phuket, cuma burger tu jangan cakaplah tu burger babi haha..

 

Hari pertama kami sekadar jalan-jalan pusing Patong Beach dan melawat bandar Phuket. Banyak lagi aktiviti menarik yang kami pergi pada hari pertama. Tunggu dalam entry seterusnya ya. :)

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com