Bijak Dahulu Bijak Sekarang

 

Alahai kenapalah aku tak bijak dari dahulu dan baru sekarang nak mula berbijak semula. Haiihhhh nak mengeluh pun dah tak berguna, jadi beringat-ingatlah dahulu ye. Al-kisahnya aku sekarang tengah syok simpan duit kat Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) maklumlah umur dah semakin tua, kena juga beringat sekarang ni apa-apa saja mungkin terjadi. Terima kasihlah kepada kekasihku sebab selalu bagi support untuk aku menyimpan duit kat ASB. Kalau tak kerana dek dia tak bergeraklah akaun ASB aku ni.

Penting jugakan ASB ni kan selain boleh menyimpan dan bijak berbelanja, tiap-tiap tahun boleh collect dividendnya. Bukan nak suruh bergadai pun untuk simpan kat ASB ni, aku pun baru mula balik rajin simpan duit, buat masa sekarang ni kalau aku ada duit lebih dari hasil blogging aku akan simpan kat ASB kalau tak ada pun tiap-tiap bulan mulai sekarang aku akan pastikan aku menyimpan RM50.00 paling sikit. Orang cakap sikit-sikit lama-lama jadi bukit tul tak.. issshhh ruginya tak menyimpan sejak dari sekolah dulukan.. kalau tak mesti aku dah kaya raya sekarang ni hehe..

InsyAllah lah kalau ada rezeki dah cukup duit semua korang jangan risaulah. Aku akan jemput korang semua makan nasi minyak aku ye hehe.. korang doa-doakan lah supaya duit simpanan aku ni jadi bertimbun-timbun ye…

 

PS : Minggu depan nak pergi Phuket!! wajarkah aku joli duit ASB ni yek… ermmmmm rasanya tak perlu kot nak habiskan duit ASB.. menyimpan itukan lebih baik hehe..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Bijak Dahulu Bijak Sekarang

  1. aku islam says:

    Salam tuan, saya ingin bertanya pendapat tentang pelaburan ASB ini tentang haram-halalnya.. kerana ramai yang mengatakan sumber pelaburan ASB ini syubhah..

  2. un_piye says:

    sudah terang2 ustaz zaharuddin cakap ada keraguan, kenapa mesti nak simpan di situ.?
    kan ada 3 sebab kenapa ustaz zaharuddin tak galakkan simpan kat situ. jadi baik elakkan melabur kat situ…melaburlah ditempat lain.. http://www.youtube.com/watch?v=azJHCgcKTeI&feature=related

  3. Mohd Zaid says:

    abis tu nak simpan kat mana? bank lain tu semuanya halal ke?

  4. un_piye says:

    “Justeru amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak dan kaunter pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan oleh Public Ittikal, Unit Trust Islam, pelaburan GIPPS oleh RHB Asset Management dan banyak lagi. Ia juga memberi pulangan yang boleh tahan, dan yang lebih penting ianya HALAL. ”

    cuba baca dulu artikel ustaz zaharuddin tue.. jgn cepat melenting…baca dgn teliti..
    kat asb tue, bukan simpan, tp melabur..sekarang ini isu melabur, bukan isu simpan menyimpan..

    anda buleh simpan kat tabung haji, bank islam, maybank..

  5. Mohd Zaid says:

    terima kasih atas penerangan… insyaallah hujung bulan ni saya keluarkan duit ASB dan menyimpan di Tabung Haji ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *