ZAR Alphonso Mango Juice Drink – Raja Buah Mangga!

Panas betul hari ni kan, bertambah lagi dengan cuaca yang agak berjerubu.  Cuaca sebegini boleh membuatkan tekak menjadi kering dan kehausan sepanjang masa. Pastinya dalam cuaca sebegini minuman adalah faktor terpenting untuk menghilangkan dahaga, betul tak?  Ramai yang tidak menitikberatkan tentang pengambilan minuman yang sihat dan berkhasiat.  Mereka lebih gemar minum minuman yang bergas dan memudaratkan kesihatan.  Oleh itu, apa kata kita cuba ubah cara pemakanan dan minuman dari sumber-sumber tumbuhan semulajadi.

Jus mangga misalnya merupakan salah satu minuman berkhasiat untuk proses penghidratan atau kekurangan cecair dalam tubuh badan. Disebalik rasanya yang enak ianya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan dan kaya dengan pelbagai zat galian dan mampu mengembalikan kesihatan menjadi baik dan sihat.  Mangga atau nama saintifiknya Mangifera Indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae mampu melancarkan peredaran darah dalam badan selain mencantikkan kulit.  Selain dari itu Mangga juga mengandungi antioksidan yang kuat dan salah satu cara diet yang sihat.

 

 

Memperkenalkan ZAR Alphonso Manggo Juice Drink yang dibuat dari 100% puri mangga Alphonso tanpa bahan pengawet dan warna tiruan dan telah mematuri peraturan dari United States of America’s Food and Drug Administration (U.S. FDA).  Rasanya inilah minuman jus mangga paling sedap yang pernah saya minum sebab hampir mustahil nak dapatkan minuman jus mangga yang tiada bahan pengawet dan pewarna tetapi rasanya yang enak dan menyegarkan.

 

 

ZAR FOOD & DRINKS DISTRIBUTORS SDN BHD dengan kerjasama Orchard Fresh Foods Sdn Bhd telah menghasilkan satu produk minuman mangga asli iaitu ZAR Alphonso Mango Juice Drink dan mendapat status Halal dari Halal India dan Jabatan Agama Islam Melaka. Ekstrak buah Mangga yang diimport dari India ini merupakan mangga asli terbaik dan minuman jus ini dikilang dan dihasilkan di Malaysia. ZAR Alphonso Mango Juice Drink terdapat dalam dua bentuk iaitu tin minuman 300ml dan botol 1.5 liter. Ianya kaya dengan pelbagai zat galian seperti Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, Vitamin E, kalsium, Potassium, Magnesium, Protein dan rendah kalori (bebas lemak).

 

 

ZAR Alphonso Mango Juice Drink kini boleh didapati melalui cawangan terpilih Tesco, Giant, Mydin, Jaya Grocer dan Save More dengan harga yang sangat berpatutan. Cubalah sekarang dan nikmati rasa raja buah mangga sebenar, sekali cuba pasti nak lagi.

 

Senarai Sijil Halal (Klik Untuk Besarkan)

 

Untuk maklumat lanjut :-

Zar Food & Drinks Distributors
(Malaysian Company No: 859501-W)
Suite A-3-9, Pelangi square PJU 6,
Pelangi Business Centre
Persiaran Surian, Pelangi Damansara
47800 Petaling Jaya ,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : +603 77251853
Fax : +603 7847 6141

 

 

 

PS : Nak iklan barangan di blog mohdzaid.com ? Hubungi Saya dan kita cerita lebih lanjut

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Sponsored Post and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to ZAR Alphonso Mango Juice Drink – Raja Buah Mangga!

  1. Mohd Zaid says:

    yup.. boleh cuba memang sedap tau air ni..

  2. maria@ampang says:

    mangga jenis ni memang sedap…nak kena pergi cari ni…

  3. Mohd Zaid says:

    memang sedap … rugi kalau tak cuba… 🙂

  4. warna warni malaysia says:

    buat buka puasa sedap ni…

  5. Mohd Zaid says:

    yup… saya pun nak buat berbuka puasa nanti.. minum jus oren yang fresh memang sedap..

  6. mohd faizol says:

    berapa harga utk 24 tin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *