Tutorial : Annoying Manggis Menggunakan Adobe After Effect


http://www.youtube.com/watch?v=pRvTCu9Ej-8

 

Pernah tengok Annoying Orange kat Youtube? haha memang kelakar dan nakal si orange ni tau suka sangat kacau orang. Menang best kalau langgan channel youtube dia sebab bagi aku itu salah satu idea yang sangat bagus buat buah oren boleh bercakap hehe.. Sebenarnya aku baru berjinak-jinak dengan Software Adobe After Effect ni, tu pun secara tak sengaja terdownload masuk dalam laptop ni.. alang-alang dah download tu tercuba pulak cara nak buat video ala-ala Annoying Orange ni. Tapi macam tak sedap la pulak nak tiru diorang kan,… okey untuk tutorial ni aku gunakan buahan tempatan kita iaitu Manggis yek.. siapalah kita kalauΒ  tak promosi buahan tempatan sendiri kan..

Okey satu sebelum aku teruskan tutorial ni aku nak cakap, ini adalah video pertama aku menggunakan Adobe After Effect, dan aku masih lagi belajar apa lagi ciri-ciri yang ada kat software ni. Jadi kalau ada salah silap tu harap dimaafkan ye.. tujuan hanya sekadar mencuba dan share tutorial macam mana nak buat buah boleh bercakap hehe..

Pertama sekali apa yang perlu korang mestilah ada software Adobe After Effect, boleh search kat Google macam mana nak dapatkan software tu secara percuma. Kalau nak beli pun boleh tapi untuk kegunaan aku sendiri aku hanya pakai Adobe After Effect portable je.. πŸ™‚ kedua korang mesti ada video kamera.. tak perlu yang kamera yang canggih-canggih pun. Macam aku hanya gunakan sekadar video cam kat laptop ni pun dah cukup. πŸ™‚ Okey kalau dah ada dua bahan tu mari kita mulakan.

1. Buka software Adobe After Effect anda, kemudian pilih File – New – New Project dan mulakan lakaran yang baru.

 

 

2. Selepas page baru dibuka, import video dan gambar. Sebenarnya korang boleh buat macam-macam tak kisahlah nak buat buah atau apa saja bahan lain pun boleh. Tapi disebabkan aku suka Annoying Orange jadi aku nak buat Annoying Manggis pulak untuk versi Malaysia hehe. Okey untuk masukkan gambar dan video korang pergi File – Import – File… dan import masuk file kedalam Adobe After Effect

 

 

3.Β  File yang di import akan berada di sisi kiri dan masukkan kedua-dua gambar dan video tadi kedalam time frame dibawah. Peringatan : Video mestilah berada diposisi hadapan dan gambar diposisi belakang. Ikut macam dalam gambar dibawah.

 

 

4. Kemudian gunakan Pen Tool untuk memotong mata dan mulut pada video.

 

 

Potong macam ni ye.. hehe maaf aku potong tak cantik.. kalau korang cermat dan teliti lagi bagus πŸ™‚

 

5. Klik Edit – Duplicate dan buat 2 duplicate untuk video tersebut. Tujuan duplicate lagi dua adalah untuk mata sebelah kanan dan mulut pulak..

 

 

Setelah buat dua duplicate file video tadi, ulang semula cara nombor 4 untuk potong mata sebelah kanan dan mulut.. sebelum tu korang kena delete dulu Masks sebelum proses memotong.. delete masks macam dalam gambar dibawah ni..

 

6. Setelah selesai proses memotong mulut dan mata, tutup semula time frame dan tekan CTRL + Shift untuk ketiga-tiga video.. kemudian tekan M M pada keyboard untuk membuka properties video.

 

 

7. Pada properties video ubah Masks Feather kepada 33.0,33.0 Pixels .. ikutlah kesesuaian .. ubah Masks Feather untuk ketiga-tiga video ya… Buang sound pada video ketiga dan kedua, tinggalkan satu sound je pada video pertama.

 

 

8. Tu je caranya.. lepas dah siap boleh export kepada MP4 dengan cara File- Export – MPEG-4 dan nanti jadilah video macam kat bawah ni.. hehe.. selamat mencuba ye.. maaf kalau ada kekurangan dan tersalah info.. sebab aku pun baru first time cuba Adobe After Effect ni.. masih newbie lagi hehe..



 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Tips and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Tutorial : Annoying Manggis Menggunakan Adobe After Effect

  1. Dari Kelate Ke Copenhagen says:

    Thank you for sharing. Nice info…nanti boleh try

  2. GingGangGooli says:

    Mna nak download After Effects ni eh?

  3. Mohd Zaid says:

    google.com.my melambak ade..

  4. krisna says:

    saya masih pembelajaran tentang adobe premiere ketika saya belajar mengedit film saya bingung bagaimana cara menambah effect2 vidio selain bawaan dari adobe,mohon bantuannya ,tolong kirimkan ke email saya,maslahnya saya melihat punya teman saya ada vidio yang diambil effect kamera dan lain2 mohon bantuanya

  5. Mohd Zaid says:

    saya pun masih dalam pembelajaran AE ni tu pun belajar dari Google je..

  6. hus says:

    Salam..

    kat mana nak download software ni..
    dah penat nak cari link download software portable ni..

    boleh share linknye tak?

    terima kasih..

  7. hus says:

    saya dah download dah..

    tapi ada error..

    After effects error:can’t get Unicode file
    After effects error:failed to parse transmap file

    kenape ye?
    ada cara x nak fix problem ni..

    harap dapat membantu πŸ™‚

  8. cikcak says:

    kalau nk download AE kt sini pun adenkakinetworld.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *