Suria FM Dan Red FM Melancarkan Suria Wheels & Red Ryders

Dalam Gambar : Timbalan Menteri Pengangkutan, Y.B. Datuk Abdul Rahim Bakri, Ketua Pegawai Operasi Suria FM & Red FM En Azrullah Mohd Nor dan En Yusri Abu Samah, Deputy Chief Operating Officer Suria FM.

 

Khamis lepas bersamaan 12 May 2011 aku dapat jemputan untuk ke Majlis Pelancaran Rasmi Suria Wheels & Red Ryders Terbaharu dari kedua-dua stesen radio iaitu Red FM dan Suria FM. Untuk pengetahuan aku memang dari dulu pendengar setia radio Red FM dan Suria FM ni sebab bagi aku kedua-dua stesen radio ini memang menarik dan best dari biasa. Sesuai dengan moto kedua-dua stesen radio ini Red FM “Today’s Best Music” dan Suria FM “Muzik Terbaik 90an Dan Terbaru” akan memukau sesiapa saja yang mendengarnya.  Pasti bagi aku korang pun memang suka kan sebab boleh dengar lagu-lagu sepanjang zaman dan lagu-lagu terbaik dan terkini disini betul tak?.

Majlis perasmian ini berlangsungnya di Tropicana Citi Mall, Petaling Jaya dan Chery Tiggo ini telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Y.B. Datuk Abdul Rahim Bakri dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi Suria FM & Red FM En Azrullah Mohd Nor serta penyampai-penyampai kedua-dua stesen radio ini.

 

 

 

Penyampai radio Suria FM turut hadir memeriahkan majlis pelancaran pada petang itu. Antara yang hadir Halim Othman, Zizi, Shiera, Bob Ringgo, Naim, Tuah Zoqarnain dan Kak Lin. Ada juga penyampai Red FM tapi aku tak sempat nak bergambar dengar mereka sebab aku datang agak lambat ke majlis pelancaran nih. Selain tetamu terhormat, penyampai radio dan artis jemputan, pendengar setia kedua-dua stesen radio ini juga diberi peluang untuk hadir memeriahkan majlis dan mereka merupakan pemenang bertuah yang dipilih melalui peraduan yang dianjurkan.

 

 

Memang cantikkan Chery Tiggo nih, kan best kalau aku dapat satu hehehe.. Menurut Ketua Pegawai Operasi Suria FM & Red FM En Azrullah Mohd Nor, beliau sangat berbangga untuk mengumumkan bahawa inilah kenderaan baru untuk Suria Wheels & Red Ryders yang secara tidak langsung merupakan kenderaan rasmi stesen kami. Kenderaan baru ini dan juga krewnya merupakan imej kepada Suria FM dan Red FM sentiasa memberikan hiburan dan kepakaran mereka dalam menghiburkan serta menarik orang ramai selain komitmen yang tinggi demi pendengar yang disayangi. Krew Suria Wheels dan Red Ryders ini merupakan sebahagian dari usaha kami dalam menarik lebih ramai pendengar melalui aktiviti luar”. jelasnya…

Melalui Suria Wheels & Red Ryders ni dapatlah mereka lebih dekat dengan pendengar sambil-sambil tu pendengar boleh menang pelbagai hadiah yang menarik dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Unit bergerak ini akan membuat lintasan di lokasi terpilih dan pendengar boleh dapatkan info lokasi dari masa ke semasa secara terus menerus di Suria FM dan Red FM. Krew Suria Wheels & Red Ryders dianggotai oleh  Mikey, Mawar, AK dan Capit dari Suria FM manakala Nicholas dan Preya dari Red Ryders. Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapatlah kedua-dua rangkaian ini dapat mendekatkan lagi bersama pendengar tak kira tempat dan masa.

 

 

 

Halim Othman penyampai Suria FM yang sangat peramah. Aku sangat respek dia abang halim othman ni sebab apa sebab nama bapak dia sama dengan nama bapak aku ehehe… (adik beradik) tapi lain mak lain bapak :-/

 

 

Tuah Zoqarnain bersama Suria Wheels & Red Ryders

 

 

Kak Lin bersama Suria Wheels & Red Ryders, suka sangat kasut kak lin tu.. comel kan..

 

 

Artis VIP dan Adam AF turut membuat persembahan disini.

 

 

Adam AF beraksi depan kamera aku heheh.. thanks Adam..

 

 

Adik comel ni Shima  dari Bintang Idola

 

 

Jeremy, co-host  Red FM Breakfast show (Isnin hingga Jumaat, 6am to 10am) dan Halim Othman

 

 

Sempat gak aku tahan Adam AF ni sebab nak bergambar ngan dia hehe..  KK BAH!!..

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *