Masa Untuk Beraksi Di Castrol Football Crazy Longest Pass

 

Whooohhooo!! makan bola, minum bola, tido bola, sekarang jom sepak bola. Buat apa nak makan bola, minum bola, tido bola tul tak? sebab sekarang ni sepak bola pun boleh jadi glamour tau boleh masuk ESPN lagi kalau korang berbakat. Ingat lagi tak entry aku ESPN STAR Sports Lancarkan ‘Castrol Football Crazy Longest Pass’ di Malaysia kalau korang dah baca baguslah, kalau belum apa kata korang klik link tu dan baca sekarang sebab apa, sebab korang boleh menang hadiah menarik dan mungkin beraksi didalam ESPN, haaa menarik kan? satu kampung kau boleh tengok muka kau yang hensem dan comel lote tuh.

Aku baru je upload video kat Youtube untuk join Castrol Football Crazy Longest Pass ni, mudah je nak join korang cuma perlu rakam video korang beraksi dengan bola dengan apa saja gaya tak kira comel atau tak gaya tu, asalkan video tu memiliki dan mengikut syarat yang ditetapkan sudah memadai. Tujuan Castrol Football Crazy Longest Pass direka adalah untuk mencipta rekod video klip terpanjang dengan mengumpul video-video peminat bola sepak seluruh asia beraksi dan kemudian video itu dicantum menjadi satu.

Nak idea?? haaa jangan risau ini video yang reka untuk Castrol Football Crazy Longest Pass ni.. tengoklah orang tak pandai main bola ni bila dah jumpa bola kan.. ntah apa-apa la aku ni kan sampai bola tu aku pijak, nasib baik tak meletup kan hahaha… ingat reka sekreative yang boleh video korang tu, mana tahu boleh masuk ESPN kan..

 


http://www.youtube.com/watch?v=gYfZ_y74t5I

 

Nak tahu cara untuk join Castrol Football Crazy Longest Pass ni? mudah saja ikut arahan dibawah 🙂

 

Para peminat boleh menghantar kilp video mereka kepada cfclongestpass@espnstar.com berserta nama penuh dan butir-butir negara mereka. Maklumat lanjut boleh didapati di www.facebook.com/castrolfootballcrazy. Para peserta boleh melihat versi pertama video episod akhir Castrol Football Crazy ESPN pada 2 Jun 2011. Petikan-petikan video itu akan disiarkan dalam promo televisyen di seluruh rangkaian ESPN STAR Sports dan di laman Facebook Castrol Football Crazy. Selamat mencuba dan semoga berjaya ya! 🙂

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Iklan, Sponsored Post and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *