Tulang Anjing Kat Kereta?

Hari ni aku cuti dan sempat la nak pergi service kereta yang dah beribu-ribu kilometer tak pergi tukar minyak hitam. Aku ni memang liat sikit nak pergi service kereta sebab masalah kewangan yang asik tak cukup je, lagilah hujung bulan ni nak pergi vacation ke Phuket lagi nak pakai banyak duit. Disebabkan tayar kereta aku belah depan tu dah pancit teruk, bila pum pun asik keluar angin jadi aku ambil keputusan untuk terus bawa kereta Wira aku tu jumpa doktor. Tahu je tuannya tak ada duit lagi dia nak rosak macam-macam, dan-dan tu la pulak power window nak problem kan.. tayar 2 biji dah RM420, power window RM150, service minyak hitam, oil filter, air filter dah berapa dah.. ciss.. nasib baiklah kereta aku ni penting untuk aku jenjalan pergi event, kalau tak kerana aku ni kuat berjalan mau je aku letak kat rumah je.

 

 

Aku terus terang la aku tak pandai sangat pasal kereta ni, kalau orang kedai tu auta aku pun aku boleh percaya 100% tapi ikut jugalah kalau benda tu tak masuk akal untuk ditukar jangan haraplah diorang nak kelentong aku kan.. tadi aku suruh pomen tu cek kereta aku kenapa bila jalan raya bergoyang dan berbunyi-bunyi, cina tu cakap “Tulang Anjing” dah rosak satu side. Agak terkejut pulak aku dia cakap tulang anjing dah rosak, aku ingat aku ada terlanggar anjing ke sampai ada tulang anjing kat kereta aku. Dah terfikir jap perlu ke aku samak kereta aku tu.. haha.. itulah dulu time orang suruh belajar pasal kereta aku tak nak dengar, ni orang cakap tulang anjing pun tak tahukan haha…

 

Gambar Kredit : http://www.zerotohundred.com

Sempat gak la aku Twitter jap tanya member apa tu “Tulang anjing” yang melekat kat kereta aku tuh.. rupa-rupanya tulang anjing yang dimaksudkan adalah ‘Rear Suspension arm’ huh.. mungkin bagi korang benda ni dah biasa dengar, tapi bagi aku yang #Taktaupasalkete ni anggap sesuatu yang asing. Tak pe ni pun proses pembelajaran juga bagi aku. Lepas ni bila orang cakap Rear arm Suspension aku tak tak cuak dah.. cakap tulang anjing pun aku dah tak heran sebab aku dah tahu apa menatang bendanya haha.. tapi tertanya gak aku kenapa diorang panggil tulang anjing?.. mungkin bentuknya kot seakan tulang anjing.

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Tulang Anjing Kat Kereta?

  1. JMR says:

    yeke…aku pon baru tahu menatang pe tu tulang hanjing..hehehehhe

  2. Mohd Zaid says:

    hehe samalah kita..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *