Gunakan QR-Code Untuk Blog Anda

Pernahkah korang dengar perkataan  QR-Code atau bolehkah korang tafsirkan apa yang dimaksudkan untuk kod diatas tu?. oh ye kalau korang nak tahu kod diatas tu adalah barcode untuk blog aku dan tafsirannya disebalik kod itu adalah perkataan ‘http://www.mohdzaid.com/.

QR Code atau nama sebenarnya  ‘Quick Respon Code’  dicipta oleh Denso-Wave  yang berasal dari Jepun dan mula dikenali pada tahun 1994, pada awalnya QR-Code ini dicipta untuk syarikat Toyota Groups untuk merekod dan melabel data kenderaan namun kini digunakan secra meluas untuk kegunaan lain dan penyimpan data secara cepat dan tepat.  Tidak seperti barcode biasa, QR-Code mempunyai bacaan 2 dimensi (2D) berisi data, dan ini membuat QR Code lebih banyak memuat informasi dibandingkan dengan barcode biasa.

Menarik bukan QR-Code ni? macam-macam boleh buat sebenarnya tau, bukan sekadar boleh buat link blog korang je malah korang boleh simpan teks dalam QR-Code ni. Sekarang ni dah banyak handphone yang boleh baca QR-Code, tengok saja kegunaan BlackBerry dalam BBM? korang boleh share QR-Code untuk dapatkan BBPIN ID rakan korang tanpa perlu menaip lagi. Mudah bukan!

Okey sekarang ni mesti ramai nak tahu macam mana nak buat QR-Code ni betul tak?.. mudah saja sebab sekarang ni dah banyak laman yang menyediakan perkhidmatan generator QR-Code ni dan yang paling mudah sekali dari http://qrcode.kaywa.com/ yang boleh dibuat secara online.

QR Code mempunyai kualiti tinggi dalam penyimpanan kod data, ianya boleh menyimpan semua jenis data seperti nombor, data alphabets, kanji, kana, hiragana, simbol. Secara specific, kode QR mampu menyimpan data jenis numeric sehingga 7.089 karakter, data alphanumerik sehingga 4.296 karakter, kode binari sehingga 2.844 byte, dan huruf kanji sehingga 1.817 karakter. Lebih menarik lagi tentang QR Code ni ianya boleh dibaca walaupun permukaan QR Code yang rosak atau terkena air dan sebagainya kerana sistem kod ini mampu memperbaiki kesalahan sehingga 30% walaupun kod telah rosak.

Mesti ada yang tertanya-tanya kan macam mana dan apa device yang boleh digunakan untuk membaca QR Code ni?.. mudah saja.. korang pernah baca tak tutorial aku tentang Google Goggles? haaa kalau korang dah baca baguslah sebab korang boleh tafsirkan QR Code ni melalui Google Goggles , mudah bukan?.. ataupun ada banyak handphone yang menyediakan perkhidmatan scan QR Code, kalau tak ada korang boleh install java 2 (J2ME) disini

Download the Android client.
Download the Barcode Reader for J2ME.
(Download the alternate “basic” version for J2ME.)

 


http://www.youtube.com/watch?v=c_N559yMLZc&NR=1

Calvin Klein Jeans pun gunakan QR CODE gergasi Billboard di New York City, cuba korang scan QR Code tu dan korang akan dapati ianya adalah link ke laman web Calvin Klein Jeans, menarik kan..

 

Sekarang ni aku nak bagi satu test kat korang yang ada handphone yang boleh scan QRCode ni.. cuba korang translatekan kod dibawah ni untuk aku boleh tak hehehe?.. siapa yang boleh huraikan kod ni aku bagi hadiah misteri kat korang.. nak tak?..

// Nanti aku nak buat name kad yang ada QR-Code blog sendiri supaya mudah client-client aku masuk blog tanpa perlu menaip lagi 🙂

 

 

Sumber berlajar aku dari : http://www.belajarpc.info/

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Tips and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to Gunakan QR-Code Untuk Blog Anda

  1. aizuddin says:

    menarik bro.thanks for info

  2. Nak jawab soalan last tu…
    Jawapannya: Terima kasih kerana meluangkan masa ke blog mohdzahid.com, diharap dengan tips dapat kita berkongsi bersama-sama ye. Untuk yang berjaya mentafsir kod ini akan menerima satu CD dari aku sebagai hadiah. Terima kasih kerana support mohdzahid.com ye.

  3. topo says:

    Terima kasih kerana sudi meluangkan masa ke blog mohdzaid.com, diharap dengan tips dapat kita berkongsi bersama-sama ye. Untuk yang berjaya mentafsir kod ini akan menerima satu CD dari aku sebagai hadiah. Terima kasih kerana support mohdzaid.com ye.

  4. topo says:

    aiseh terlambat plak

  5. Mohd Zaid says:

    hehe tak pe topo ada lagi kontest lain nanti 🙂

  6. Mohd Zaid says:

    wahhh tahniah.. anda menang CD … nanti nak minta alamat nak pos CD.. tolong email alamat, nama penuh dan no tel kat yedkajang[@]gmail.com ye..

  7. Mohd Zaid says:

    wahhhh tq topo.. tapi topo orang kedualah.. dah ada yg jawab hehe.. terima kasih kerana mencuba bro..

  8. Pingback: Aku Zaid » Saya Menang Samsung Galaxy Tab Di #DiGiWWWOW Awards

  9. asya says:

    menarik la beb, thks 4 de sharing. jap agi k asya nak p link tu n try uat QR code 4 my blog…:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *