ESPN STAR Sports Lancarkan ‘Castrol Football Crazy Longest Pass’ di Malaysia

 

Salam korang, apa kbahar hari ini?.. aku rasa nak demam lah dua tiga hari ni sebab apa tak tahulah, tapi hari ni aku dah tahu sebab apa aku rasa nak demam, sebabnya aku nak masuk kempen yang dianjurkan oleh Castrol Football Crazy dan ESPN nih. Huh! apa yang menarik tentang kempen ni ye?.. ok mari aku terangkan serba sedikit tentang kempen yang sedang berlangsung ini kat korang semua.  Hari ini bertempat di Bangsar Shopping Centre berlangsungnya satu perasmian kempen bercorak segar serba baru iaitu ‘Hantaran Terpanjang Castrol Football Crazy’ atau lebih dikenali sebagai ‘Castrol Football Crazy Longest Pass’ di Malaysia dalam rancangan bola sepak popular ESPN.  Dalam majlis itu Steve McMahon, Bekas bintang bola sepak antarabangsa England dan legenda Liverpool turut hadir selaku tetamu kehormat untuk melakukan tendangan mula bersama Mark Ng, Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia dan Singapura.

Castrol Football Crazy hosts Patricia K and Adam C bergambar dengan Mark Ng, Marketing Director, Castrol Malaysia & Singapore dan Steve McMahon, ESPN Star Sports presenter dan bekas bintang bola sepak antarabangsa England dan legenda Liverpool

 

Pengacara Castrol Football Crazy ESPN, Adam C, Jason Desmond dan Patricia K, yang turut hadir menyumbangkan video masing-masing untuk kempen tersebut. Hebahan kempen ini akan dibuat menerusi rangkaian ESPN STAR Sports, dalam talian menerusi espnstar.com dan menerusi destinasi perangkaian sosial popular rancangan tersebut www.facebook.com/castrolfootballcrazy.

Patricia K, Steve McMahon dan Adam C (ESPN Star Sports presenter)

 

Hantaran Terpanjang CFC akan dibentuk daripada klip-kilp video janaan pengguna yang dikemukakan dan disunting untuk mencipta hantara bola sepak yang tidak putus-putus. Kempen dalam talian interaktif ini berhasrat menyatukan peminat bola sepak seluruh Asia dengan mencipta urutan bola sepak selanjar yang terpanjang.

“Kempen serantau ini bertujuan untuk melibatkan para peminat dengan sukan paling popular di dunia dengan memungkinkan mereka meluahkan rasa hati dan dihubungjalinkan menerusi aktiviti inovatif dan interaktif ini. Dengan menggalakkan penyertaan peminat dalam kempen baru ini, matlamat kami adalah untuk mengangkat program kegemaran ramai ini dan penglibatan peminat ke tahap baru,” ujar Paras Sharma, Pengarah Kanan Sukan ESPN STAR, Pemasaran dan Komunikasi Korporat.

Gadis cantik yang menceriakan lagi suasana majlis perasmian

 

Mark Ng, Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia dan Singapura, berkata. “Castrol telah sentiasa menggunakan warisan analisis, teknologi dan inovasi untuk menghasilkan prestasi kemenangan yang memecahkan rekod sama ada di darat, laut atau udara untuk selama lebih 100 tahun. Dengan menggunapakai pendekatan yang sama kepada bola sepak kami telah mencipta beberapa inisiatif inovatif untuk memberi para peminat cara-cara yang lebih mendalam dan bernas mengupas persembahan permainan bola sepak berbanding yang sudah-sudah. Sejajar dengan hal ini,  selaku penaja rasmi UEFA EURO 2012™, kami yakin Castrol Football Crazy telah berjaya mendekati serta menarik penglibatan para peminat bola sepak dan memperkuat pertalian jenama kami dengan bola sepak. Kami yakin Kempen Hantaran Terpanjang Castrol Football Crazy akan menyemarakkan kecintaan peminat bola sepak untuk menjadi sebahagian daripada apa yang berpotensi menjadi hantaran bola sepak terpanjang di Asia, dan melonjakkan nama Malaysia dari segi semangat dan kecintaan tinggi terhadap bola sepak.”

Kempen Hantaran Terpanjang CFC menghendaki para peminat di seluruh rantau ini untuk menghantar klip video mereka sedang menerima hantaran, berbuat sesuatu yang kreatif dan original dengan bola, sebelum melakukan hantaran maya kepada peminat lain di seluruh rantau. Hantaran yang paling menghiburkan dan di luar jangkaan akan digabungkan dalam satu klip untuk mencipta hantaran terpanjang di Asia!

Darkbatman.com beraksi menimbang dan membuat tendangan bolanya. Perhhh pandai juga abang kita ni buat skill yek.. haha korang semua bila lagi nak submit video? aku dan darkbatman dah submit.. cepat sebelum terlambat.. mana tau muka kita masuk ESPN glamor satu Malaysia beb.!!.

 

Para peminat boleh menghantar kilp video mereka kepada cfclongestpass@espnstar.com berserta nama penuh dan butir-butir negara mereka. Maklumat lanjut boleh didapati di www.facebook.com/castrolfootballcrazy. Para peserta boleh melihat versi pertama video episod akhir Castrol Football Crazy ESPN pada 2 Jun 2011. Petikan-petikan video itu akan disiarkan dalam promo televisyen di seluruh rangkaian ESPN STAR Sports dan di laman Facebook Castrol Football Crazy.

Format Castrol Football Crazy yang serba ceria dan menawan mengambil pendekatan unik berbeza daripada rancangan bola sepak yang “serius” dengan tumpuan untuk memberi peluang dan platform kepada para peminat bola sepak untuk berseronok dan meluahkkan rasa hati. Disasarkan kepada para peminat bola sepak yang mengingini rancangan sukan yang ceria lagi menghiburkan, rancangan tersebut terus menampilkan bola sepak yang diwarnai dengan kelucuan dan hiburan, dan turut berkembang mengikut aliran selera peminat tahun demi tahun dengan membawa cara baru dan segar menghiburkan para penontonnya.

Rancangan Castrol Football Crazy boleh diikuti setiap Khamis jam 8 mlm di ESPN. Peminat juga boleh mengikuti sorotan khas, dan babak-babak belakang tabir rancangan di laman Facebook Castrol Football Crazy.

 

 

Okey korang semua dah bersedia untuk menjayakan ‘Castrol Football Crazy Longest Pass’ ni?.. kalau sudah jom rakam video tendangan bola sepak dengan cara yang paling kreatif . Mudah saja caranya, korang cuma perlu rakam video menggunakan digital video recorder, kamera atau melalui handphone dengan video beresolusi tinggi selama 20 saat dan simpan dalam format mpg, avi, mov, 3gp atau flv. Kemudian rakam video anda menerima bola dari sebelah kanan, gunakan kretiviti anda menggayakan aksi gila bola anda dan tendang bola ke sebelah kiri pula. Selepas membuat rakaman muat naik video anda ke laman Youtube dan hantarkan link video berkenaan ke cfclongestpass@espnstar.com bersama butiran peribadi.  Mudah saja kan, apa tunggu lagi cepat rakam video dan mana tahu lepas ni ada pasukan bola antarabangsa nak panggil korang main bola untuk neraga mereka pula kan haha..

Untuk maklumat lanjut sila ke www.facebook.com/castrolfootballcrazy

 

Sticky 48 jam (adv)

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Iklan, Sponsored Post and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to ESPN STAR Sports Lancarkan ‘Castrol Football Crazy Longest Pass’ di Malaysia

  1. Pingback: Aku Zaid » Masa Untuk Beraksi Di Castrol Football Crazy Longest Pass

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *