Rezeki Bulan Apirl – Dapat RM300 + Hamper RM200

 

Tak sangka pulak aku ni pandai buat slogan kan.. sebenarnya aku paling tak suka nak masuk contest yang memerlukan penyertaan slogan sebab aku ni lemah kalau nak buat-buat ayat manis. haha.. Alhamdulillah lah rezeki bulan April ni dapat gak aku tampung duit nak pergi melancong kat Phuket bulan depan nanti. Slogan yang melayakkan aku menang RM300 dan hamper Nescafe bernilai RM200 adalah berbunyi macam ni.. :-

NESCAFÉ® ceriakan hari saya sebab… (tidak melebihi 50 patah perkataan)

“Nescafe telah menemukan saya dan kekasih pertama. Semasa di pejabat, setiap pagi saya akan membuat satu minuman Nescafe kegemaran. Semasa membancuh Nescafe, saya sering ternampak staff baru ini yang kebetulan mempunyai citarasa yang sama. Saya memberanikan diri pada keesokkan harinya dengan menyediakan satu minuman Nescafe untuknya dan kini dia telah menerima lamaran cinta saya dan dia akan pastikan kami minum Nescafe setiap hari setiap saat kerana Nescafe lah impian kami menjadi kenyataan.” – Era.FM

 

apa-apa pun terima kaishlah kat Era.FM yang call aku dan minta aku buat rakaman iklan di radio era.. huhu korang ada dengar tak suara aku kat radio era?.. kelakar dowh suara aku hehe, thanks juga kepada Nescafe sebab merealisasikan impian aku bersama gadis idaman dengan secawan Nescafe.

 

Antara mereka yang menang gak… 🙂

 

UPDATE : hari ni 20 May 2011 hadiah yang dinantikan dah dapat dari Astro dan Era.FM TQ

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Rezeki Bulan Apirl – Dapat RM300 + Hamper RM200

  1. haslina says:

    huhu rezeki tu. tahniah abang zaid.
    ;))

  2. muz says:

    cool…tahniah….ade gak hantar tapi x bernasib baik 🙂

  3. mizzura says:

    wah tahniah yer 🙂 rezeki tak terduga!

  4. edy says:

    tahniah bro!!!! nak tanya…. mcm mana nak buat blog simple mcm zaid?

  5. Mohd Zaid says:

    terima kasih edy… blog macam zaid ni.. guna wordpress self host.. mudah je..

  6. Mohd Zaid says:

    terima kasih.. tulah orang cakap rezeki terpijak hehe..

  7. Mohd Zaid says:

    cuba lagi muz.. rezeki ada dimana-mana..

  8. Mohd Zaid says:

    terima kasih haslina.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *