Kenapa Saya BOIKOT Astro First?

 

Pada awal kemunculan Astro First ni aku rasakan ianya amat bagus sekali sebab aku boleh tonton filem-filem yang masih fresh kat panggung dengan hanya menonton dirumah saja. Tetapi lama kelamaan aku rasakan ianya tak relevant denganΒ  industri perfileman negara kita kerana atas beberapa sebab musabab.

Pertamanya sekarang Astro First menayangkan filem-filem yang sudah 3 minggu ditayangkan dipawagan dan berkemungkinan tidak lama lagi seminggu je kat panggung dah ada tayang kat Astro First. Macam mana penerbit filem kita nak maju kalau kutipan panggung tidak setimpal dengan hasil usaha filem mereka. Sah-sah lah orang tak pergi tengok wayang dan tunggu Astro First je yang harganya lebih kurang RM15 untuk 2 hari dan boleh tengok ramai-ramai satu kampung berbanding tengok di panggung dengan harga RM11 seorang. Kiranya penjualan tiket wayang akan menjunam jatuh dan ini akan mendorong kejatuhan filem melayu juga.

Kedua adalah sebab dengan adanya Astro First ni lebih banyaklah DVDrip cetak rompak dijual di pasar malam atau senang didownload melalui laman web yang dimuatnaik oleh lanun-lanun cetak rompak. Tengok saja di Yahoo dan Google banyak cerita-cerita melayu terbaru yang mudah didownload hasil dari rakaman melalui Astro First dan kualitinya tak kurang hebat. Ianya menyokong kepada aktiviti cetak rompak sekaligus menutup periuk nasi para penggiat seni dan pengarah perfileman negara.

Aku bukanlah nak BOIKOT 100% Astro First tapi cuba cari penyelesaian kepada 2 sebab diatas tu, kalau ianya boleh membendung kepada gejala cetak rompak dan tidak menutup periuk nasi mereka yang terlibat dalam industri perfileman negara ni ok lah, tapi kalau tak, aku rasakan Astro First tak relevant lagi buat masa sekarang. Baik suruh orang ramai pergi tengok kat panggung dan rasai pengalaman sebenar dari sekadar menonton TV di rumah.

 

PS : kalau ada Astro First ni dah tak perlu takut untuk download DVDRipper.. hari masuk Astro First esok dah boleh beli kat pasar malam.. renung-renungkanlah.. kesian kat pelakon dan penerbit filem..

 

Antara cerita yang dah boleh dimuatturun Astro First.. !!

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

11 Responses to Kenapa Saya BOIKOT Astro First?

  1. AMiRU says:

    Aku rasa sebab ada Astro First lah penerbit kita boleh cari makan lebih sebab diorang dapat royalti dari penyiaran filem di Astro.

  2. kena tukar kayu ukur. bukan lagi kutipan di panggung, tpi revenue di astro

  3. farhanajafri says:

    xtau sstem pmbayaran dy cm mn.. so, xboleh nk ckp pe.. klau btul krew produksi and pelakon kurang pndapatan sbb ni.. kne boikot la astro frst ni..

    jemput singgah ANASAURUS πŸ™‚

  4. Mohd Zaid says:

    Boleh diterima pendapat ni.. Tapi rakan2 penerbit dan pelakon yang aku kenal semua cakap diorang tak boleh cari makan dah dgn adanya astro first ni.. Apa sebenarnya yg berlaku nanti aku tanya diorang πŸ™‚

  5. Mohd Zaid says:

    Tapi lebih syok kalau tengok kat panggung.. Lagi puas hati πŸ™‚

  6. daydeck86 says:

    maybe ko tak suka sebab ko masih single bagi yang berkeluarga cam mana nak tengok kat panggung bawak anak berdedai2 ke panggung ker. setahu aku penerbit dpt royalti dari astro.

  7. tak de yg lebih rugi lagi ada… kami dah bincang ngan astro first tiada jaminan keselamatan cetak rompak berlaku lebih cepat dari biasa… sekali bayar tengok ulang kali dan ramai2… apa yg untungnya..

  8. baba nizam says:

    tak de untungnya rugi lagi ada… kami dah bincang ngan astro first tiada jaminan keselamatan cetak rompak berlaku lebih cepat dari biasa… sekali bayar tengok ulang kali dan ramai2… apa yg untungnya.. Filem hanya di pawagam bukan di TV…

  9. Syafiq Salim says:

    Seingat aku bro time pelancaran astro first ni…. Semua filem2 boleh dibeli di astro first selepas tempoh wajib tayang di panggung iaitu 2 minggu… Dan semasa pelancaran tempoh hari, penerbit2 filem tidak menolak dgn adanya astro first ini… Pihak penerbit mempunyai pilihan samaa ada mahu jual @ tidak filem tersebut kepada antro first untuk mendapat royalti.. Bagi filem yang tidak balik modal @ kurang mendapat perhatian dipanggung… dengan adanya astro first sedikit sebnyak dapat membantu pihak penerbit…. itulah flashback sy… πŸ™‚ komen paling panjang sy pernah lakukan… beriya2… pulak sy explain…. πŸ™‚

  10. zack90 says:

    jom tukar ke skybox!! dgn rm25 sebulan semua channel dapat..full package bro…
    http://www.facebook.com/channels.skybox

  11. Mohd Zaid says:

    zack90 > ohh teringin gak nak pakai skybox ni.. berapa harga decoder dia ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *