Momok – Jangan Panggil Aku

Tahniah kepada pengarah M.Jamil kerana berjaya menghasilkan filem seram bertajuk ‘Momok – Jangan Panggil Aku’ yang akan ditayangkan dipawagam berhampiran anda pada 5 May 2011 nanti. Menurut M.Jamil, cerita ini tiada kena mengena langsung dari filem ‘Momok The Movie’ dulu dan ini adalah hasil terbaharu keluaran beliau. Aku baru je tonton tayangan media cerita ‘Momok – Jangan Panggil Aku’ di Finas Jumaat lepas dan boleh dikatakan agak seram juga cerita ni. Jadi aku nak sarankan kepada semua pembaca blog mohdzaid.com jom kita pergi saksikan cerita ‘Momok – Jangan Panggil Aku’ ni nanti ye gerenti seram dan puas hati. Terima kasih juga kepada pihak Galaksi Seni Sdn. Bhd. kerana sudi menjemput ke majlis sidang media tempoh hari ye.

 

Para pelakon yang hadir semasa Majlis Pratonton dan Sidang Media Momok – Jangan Panggil Aku di Finas.

 

Mariani Ismail antara pelakon yang cukup berbakat dan saya hormati. Watak Saka yang beliau lakonkan amat menjadi dan hidup. Memang seram dan korang mesti tonton cerita ni kat pawagam nanti.

 

Sinopsis:
Ramlee menerima panggilan dari rakan lama sekolejnya, Aziz, untuk menjemput beliau ke majlis kendurinya di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Ramlee bersama rakannya, Qaseh, seorang novelis cerita-cerita seram dan Sudin menerima jemputan Aziz dan bertolak dari Bandaraya ke Pahang dengan menaiki sebuah kenderaan.
Sepanjang perjalanan ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri Aziz, Qaseh memulakan cerita-cerita seram yang dialaminya termasuk dari kisah seram yang dari novel seram yang bakal diterbitkan nanti. Bermula dengan cerita Hantu Raya, Polong dan Saka cerita-cerita seram ini telah diselang-selikan dengan insiden seram yang benar-benar berlaku.

Kebosanan dalam perjalanan bertukar menjadi satu perjalanan yang menimbulkan rasa seram. Mereka terserempak dengan realiti cerita seram di lebuhraya apabila berselisih dengan kereta yang tidak berpemandu. Mereka juga telah melanggar imej misteri yang membuat mereka terpaksa membuat laporan di Balai Polis. Mereka bertambah bingung apabila pihak polis memberitahu terdapat 5 aduan yang sama tetapi tidak menemui tubuh yang dilanggar. Di tengah perjalanan mereka turut menumpangkan seorang gadis yang bernama Ita dan seorang lelaki misteri yang hanya dipanggil Abang Long.

Tujuan mereka bertiga menumpangkan Ita dan Abang Long adalah bertujuan untuk menemankan mereka yang ketakutan dalam perjalanan memandu. Namun kehadiran Abang Long dan Ita telah menambahkan curiga kepada mereka bertiga. Mereka telah menurunkan Ita di sebuah rumah yang berhampiran dengan kawasan perkuburan manakala Abang Long akhirnya menemankan rakan bertiga ini untuk menuju ke destinasi mereka di Pahang. Setelah didesak oleh Qaseh, Pak Long turut menceritakan cerita seram kepada Qaseh sebagai bahan novelnya.

Dalam perjalanan, Ramlee sekali lagi menerima panggilan dari Aziz dan menyuruh beliau segera untuk sampai ke kampungnya. Mereka bertiga sedikit kehairanan dengan sikap Aziz yang menyuruh mereka segera sampai walaupun majlis diadakan lewat pagi. Insiden menyeramkan muncul ketika mereka berhenti rehat di sebuah gerai di tepi lebuhraya yang mereka lalui.

Mereka sampai ke kampung Pulau Rusa Pahang menjelang subuh dan tercari-cari simpang ke rumah Aziz ketika itu mereka telah diganggu `hantu’ yang mengakibatkan Ramlee dan Sudin pengsan.

Hanya Qaseh yang agak berani dan cuba merakamkan imej ‘hantu’ dengan lensa kameranya. Abang Long juga telah ghaib entah ke mana. Menjelang pagi mereka terus mencari simpang ke rumah Aziz. Mereka berjumpa Aziz di simpang jalan dan Aziz telah menunjukkan arah ke rumahnya. Namun apabila mereka sampai ke rumah Aziz satu misteri telah terungkap…Misteri yang mengakhiri destinasi Ramlee, Sudin dan Qaseh. Siapakah Ita, Abang Long dan Aziz yang sebenarnya.

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=hoLoFp31ymE

Pengarah : M.Jamil
Syarikat Penerbit : Galaksi Seni Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Seram
Tarikh Tayangan : 05 Mei 2011
Durasi : 98 min
Audio : Stereo

Pengarah: M.Jamil
Penulis & Cerita Asal: M.Jamil

Lakonan:
M.Jamil : Ramlee (Pelakon Utama)
Ariff S. Shamsuddin : Sudin (Pelakon Utama)
Cassandra Patrick : Qaseh (Pelakon Utama)
Mariani : Chu Lamah/Saka (Artis Jemputan)
Zarina Zainuddin : Nik (Pelakon Pembantu)
Yassin Salleh : Deris (Artis Jemputan)
Amin Khan : Busu (Artis Jemputan)
Ery Zukhairi : Khalif (Pelakon Pembantu)

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Momok – Jangan Panggil Aku

  1. hoho, nie citer baru yang nak kena tunggu kuar kat jiwang.net gak nie.. haritue baru kecoh bebudak oversea tengok merong mahawangsa kat intenet.. haha

  2. Mohd Zaid says:

    ala apa kata keluarkan RM11 pergi tengok wayang.. lagi puas hati.. support filem melayu ye..

  3. Setuju dengan Mohd Zaid. Sokonglah filem-filem terbitan tempatan. Khususnya filem MOMOK..Jangan Panggil Aku yang akan ditayangkan pada 5.5.2011

  4. Mohd Zaid says:

    saya sokong filem melayu dan BOIKOT ASTRO FIRST !! … Hidup Filem Melayu demi maruah dan Bangsa MELAYU 🙂

  5. Ali ridha says:

    tengah nak panggil.ada rasa takut tak.haha..

  6. Mohd Zaid says:

    hihi seram jek..

  7. Zaid Zaf says:

    Sy dh tngok citer ni diawal tayangan… bawak anak2 skali… memang enjoy n best….
    Hidup Filem Melayu

  8. Mohd Zaid says:

    yes memang enjoy … ceritanya pun menarik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *