Bieber Fever Kerana Justin Bieber

Hari ini aku demam kerana Justin Bieber, haha pelik tapi benar orang lain demam sebelum konsert Justin Bieber tapi aku demam selepas konsert haha kenapa? sebab Justin Bieberlah.. semalam best dapat pergi tengok Justin Bieber My World Tour kat Stadium Merdeka. Jalan raya memang sesak gila kerana ramai yang nak tengok Justin Bieber ni lebih-lebih lagi golongan perempuan yang majoritinya fanatik dengan budak kanada ni. Petang tu hujan turun agak lebat gak, aku pulak sampai lambat sebab ada sedikit urusan di Shah Alam. Masa kat Stadium Merdeka tu aku terpaksa redah gak hujan lebat sampai aku basah kuyup. Jadi hari ni dengan segala hormatnya aku selsema dan demam kerana Justin Bieber haha.

Memang ramai sehh umat yang datang tengok konsert dia ni, anggaran dalam 15 ribu orang memenuhi Stadium Merdeka malam tadi. Tapi konsert Justin Bieber masih tak dapat tandingi Konsert Ikhlas pada tahun 1992 yang dibuat ditempat yang sama. Tapi apadehal budak kaya ni tak heran dek ramai ke tak orang janji dia masyukk..

 

 

 

Aku tengok masa konsert semalam ramai peminat Malaysia datang tak kira hujan ke tak sebab sanggup demam Bieber kerana Justin Bieber, peminat luar negara pun turut ada pada malam tu. Kerabat Terengganu pun ada kalau tak silap aku malam tu nak tengok Justin Bieber. Artis Malaysia yang aku nampak Que Haidar, Linda Jasmine dan anak-anak dan Fasha Sandha. Rasanya ramai lagi kot artis yang datang..

Bagi aku yang bukan peminat kipas tak mati Justin Biber ni mengganggap konsert malam tadi biasa-biasa saja, dan Justin Bieber tak la pandai sangat berinteraksi dengan peminat seperti mana-mana konsert artis yang pernah aku pergi sebelum ni. Sound sistem pun tak berapa dengar dari tempat duduk Media dan agak pecah didengar dari jauh. Walaubagaimanapun konsert malam tadi berjalan dengan lancar dan tahniah kepada pihak penganjur yang menjayakan acara ini dengan penuh systematic. Pihak PDRM dan sekuriti pun baik-baik belaka dan sudi menjadi penunjuk arah kepada kami.  Okey ini je gambar yang OKLAH! yang dapat aku snap dari tempat duduk Media, yang lain semua gambar aku hampeh kelapa. Yelah aku pakai kamera cap cikai je  haha. Janji i dapat pergi tengok free u.. 🙂

Berikut adalah senarai lagu yang dinyanyikan oleh “Justin Bieber” malam tu..

1. Love me

2. Bigger

3. U-smile

4. Runaway love

5. One less lonely girl

6. Somebody to love

7. Never say never

8. Legaci medley

9. One time

10. MJ / Walk this way

11. Eeny meeny

12. Pray

13. Baby

 

 

Gambar dibawah Ikhsan dari Fatboys

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Konsert and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Bieber Fever Kerana Justin Bieber

  1. esya says:

    waa ~
    jeles nyaa….
    takde video ke? nk tngok..huhuu
    ;P

  2. pehh ! best sehh dapat pegy ..yang takk pegi seperti saye terpaksa gigit kuku je takk dapat nengok ! adoyy !

  3. Mohd Zaid says:

    hehehe tengok gambar pun ok dari tak tengok apa2 tul tak..

  4. Mohd Zaid says:

    video ada tapi tak clear lah.. nak upload kat Youtube pun takut nanti kena ban pulak..

  5. Alexander Dzulkarnain says:

    Hai,

    Saya salah sorang yang involved dalam pembikinan Konsert Ikhlas 1992 tu.

    Sekarang dah jadi promoter concert.

    Ada plan nak buat Ikhlas Concert 2012. Kalau jadi rasa-rasa awak datang tak? Cuba komen sikit…Kalau email kat saya lagi best….atannordin@yahoo.com

  6. Mohd Zaid says:

    wahhh kalau ada jemputan saya akan join je… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *