Peniaga Pelaris Atau Puk!

Korang semua dah tengok tak video ni? video ni aku tengok semalam ada kawan post kat Facebook, katanya dalam video ni seorang peniaga air soya di Bangi telah meludah kedalam air soyanya untuk dijual kepada pelanggan setempat. Apa tujuan peniaga ni ye sampai sanggup buat sebegini rupa kat pelanggannya. Insaf betul aku tengok kelakuan peniaga ni, mungkin ini adalah pelaris untuk memajukan perniagaan, tapi takkan la sampai nak meludah kedalam minuman. Berniaga tu dah bagus dah tapi kalau berniaga secara bersih Insyaallah ramailah pelanggan.

Lokasi video ini di rakam berdekatan kawasan Maybank Bangi dan berdepan dengan Shell, perhatikan betul-betul peniaga akan letak air gula dulu dan mencedok air soya dalam tong, sebelum mengikat air peniaga akan meludah dalam plastik berisi soya itu. Tapi apakah mungkin peniaga ni meludah air liurnya kedalam minuman soya ni? sebab camera si perakam ni agak cap ayam sikit, blurr dan di rakam melalui jarak jauh, mungkin juga peniaga ni meniup plastik air soya tu supaya ada angin sikit sebelum diikat. Ermmm mungkin juga si peniaga ni nak selawat kat dalam air tu sebelum ikat..

Apa-apa pun si peniaga sebenarnya tak boleh buat macam tu, walaupun dia nak tiup ke nak selawat ke nak apa ke sebab ini boleh timbulkan pelbagai spekulasi, lagipun ianya boleh mendatangkan kuman dalam air tersebut. Siapalah tahukan ntah-ntah pekedai tu ada batuk kahak je apa ke..

 

http://www.youtube.com/watch?v=syQqUEbSTjo

 

Mungkin lepas ni aku akan sentiasa nasihatkan kat diri dan keluarga aku agar jangan sesekali lagi beli air soya atau pun apa saja makanan di kedai. Kalau boleh aku nak masak je kat rumah. Hah para wanita lihat ni, anda nak anak, suami, keluarga anda beli makanan diluar?.. hah tak nak kan hehe.. jadi masaklah untuk keluarga tercinta anda ye.. 🙂

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Peniaga Pelaris Atau Puk!

  1. afiq aiman says:

    teruk betul la. tak elok la buat mcm tu, mcm mna kalau peniaga berada di tempat pembeli. kena fikir sama wahai peniaga. jaga kebersihan baru laris. tak payah pakai pelaris

  2. JMR says:

    tersebar luas video ni nmpkmnya..tp agak kabur le..tak shrp sgt..ptot gi terjah je penjual tu..

  3. Mohd Zaid says:

    aku rasa peniaga dalam video ni dia tak ada perasaan kot…

  4. Mohd Zaid says:

    sekadar peringatan kepada semua bro..

    yup video agak kabur.,.. pe kata org yg tinggal kat area tu gi buat edisi siasat..

  5. decrewz says:

    Sekarang macam2 cara org buat nak lariskan perniagaan.. Pernah dulu satu kes, org letak seluar dalam dalam gulai untuk melariskan roti canai..

  6. Zaid, pasni Jangan pegi long jack. Hihi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *