Yovie & Nuno – Live at Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

KLIK SINI UNTUK GALLERY GAMBAR YOVIE & NUNO

 

Biarkan Aku Menjaga Perasaan Ini ooo“…. Peminat-peminat Yovie & Nuno mesti cemburu dengan aku sebab aku dapat tengok showcase mereka secara live di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur Jumaat lepas. Showcare yang dibawakan khas kesini adalah untuk memperkenalkan album “Winning 11” kepada media dan peminat-peminat setia Yovie & Nuno yang berada di Malaysia.  Memang gempaklah mereka ni dan aku kagum sebab kumpulan Yovie & Nuno masih menjadi pujaan peminat-peminatnya disini sebab ramai gila peminat yang datang dan boleh dikatakan penuhlah HRC hari tu dengan ditambah lagi media-media Malaysia yang buat liputan.

KLIK SINI UNTUK GALLERY GAMBAR YOVIE & NUNO

 

Actually aku datang bukan sebagai media tetapi sebagai peminat setia Yovie & Nuno sebab aku memang minat giler dengan lagu-lagu dari kumpulan diorang ni. Lagu “Menjaga Hati” misalnya dah sebati dengan diri aku dan tak silap lagu ni pernah dimuatturun nada dering oleh jutaan orang di Malaysia. Apa-apa pun terima kasihlah kat GuaMalaysia yang sudi bagi tiket masuk kat aku dan Alice untuk menonton showcase Yovie & Nuno ni.. tanpa mereka siapalah aku ni kan..

 

KLIK SINI UNTUK GALLERY GAMBAR YOVIE & NUNO

Untuk yang tak mengenali Yovie & Nuno ni mereka adalah 4 anak muda yang bernama Yovie Widianto, Pradikta Wicaksono, Dudy Oris dan Muchamad Ahadiyat berasal dari Indonesia.  Tak silap aku petang tu mereka nyanyi 7 buah lagu hit iaitu Menjaga Hati, Manusia Biasa, Sejuta Cinta, Dia Milikku, Sempat Memiliki, Juwita dan ada satu lagu lagi aku lupa pulak lagu apa haha.. rasa tak puas je mereka nyanyi 7 buah lagu macam nak suruh diorang nyanyi habis satu album je haha, banyak cantik ko Zaid dah masuk free nak lebih-lebih pulak haha..

 

KLIK SINI UNTUK GALLERY GAMBAR YOVIE & NUNO

 

Apa-apa pun lagu-lagu dalam album ni memang terbaik dan diharapkan korang pergi dapatkan dipasaran sekarang. Memang tak rugi beli album Yovie & Nuno ni sebab dijamin terbaik dari ladang. Korang yang nak tengok gambar-gambar lain boleh tengok kat gallery dibawah ni.. kalau korang nak copy dipersilakan.. tapi jangan lupa kredit kat aku sikit ye hihi… Video akan aku upload dalam masa terdekat so jangan lupa kembali ke blog ni ye..

KLIK SINI UNTUK GALLERY GAMBAR YOVIE & NUNO

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Konsert and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *