Mana Anu Aku?? … Dalam Botol

20110325-080856.jpg

Hari ni aku maraton tengok wayang dengan Alice. Hari ni hari cuti aku jadi rugi rasanya kalau tak buat sesuatu yang extreme jadi aku ajak la Alice tengok wayang cerita … Dalam Botol. Kalau sebelum ni tajuknya Anu Dalam Botol tapi telah ditukar menjadi …Dalam Botol je mungkin atas sebab-sebab tertentu mereka mengubahnya.

Aku bukanlah pengkritik filem melayu malah aku amat berbangga dengan filem-filem yang telah dihasilkan dari negara kita antaranya yang terbaru Hikayat Merong Mahawangsa. Tapi kali ni aku nak cerita pasal cerita …Dalam Botol. Ini pendapat akulah jadi korang jangan cepat melenting bila baca, dan aku pun tahu filem Dalam Botol ni dah dijilidkan dan diletak dalam perpustakaan di Library of Congress, Washington D.C. Tapi tu diorang punya pasalah sebab aku pun penonton gak dan aku bayar tiket wayang untuk menonton cerita ni jadi suka hati akulah nak komen baik atau buruk.

Pertama sekali aku rasa terkilan, membazir masa, membazir wang, dan membazir tenaga fikiran untuk menonton filem … Dalam Botol ni.. Cerita dan plotnya sangat lambat dan membuatkan aku rasa bosan masa dalan panggung. Tak tahulah mana perginya WOW cerita ni sampaikan ada beberapa orang aku perhatikan meninggalkan panggung. Aku hampir nak keluar panggung tapi nasib baik ditahan oleh Alice katanya hormatlah filem Melayu. Aku akur dan tunggulah sampai habis cerita walaupun terpaksa.

Plot yang disampaikan oleh pengarah memang tak menjadi dan para pelakon aku rasakan kaku melakonkan watak mereka. Apakah pengarah kekurangan idea sampai dialog pun suam-suam kuku. Ada part tertentu para pelakon kaku dan pengarah mengajak kita berfikir sendiri tetapi kakunya watak tu sampai aku tak dapat apa-apa motif pun dari plot yang dipaparkan. Dari sudut kamera aku memang tak suka kalau jenis yang tak stabil bergoyang-goyang dan ianya mengganggu konsentrasi aku untuk menghayati watak dalam cerita tu. Muzik latar satu hal lagi.. Memang tak kenalah dengan jalan cerita dari awal sampailah habis, ada ke plot orang kawin tapi pasang lagu ala-ala rock?

Maaflah aku bukan nak kondem filem tempatan tapi aku rasa tertipu selepas menonton filem … Dalam Botol. Aku harapkan pihak penerbit dan pengarah dapat terima kritikan aku ni. Aku bukan orang yang pandai mengkritik tapi ini hanya sekadar pandangan dari mata aku yang bernama Mohd Zaid. Mungkin aku bukanlah orang-orang yang bijak pandai untuk mentafsir naskah yang ditayangkan itu tapi apakan daya aku hanyalah penonton biasa.

Bintang keseluruhan : 1.5/5

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

18 Responses to Mana Anu Aku?? … Dalam Botol

  1. yul says:

    kalau ko kata tak best, malas ar aku nk tengok, tunggu dvd cetak rompak je, hekhek

  2. adam dryx says:

    setju ngan part muzik rock masa majlis kawen tu.
    ADam : My So Called "DRYX" Life,…: …DALAM BOTOL

  3. jaja 84 says:

    klau mcmtu xjdlah nak tgk citer nie ingatkan esok nak g tgk…..takut betul2 citer nie lemau,buat abis duit jer sbab dgr komen2 yg negatif tu yg letih tu xde pembakar smgt.

  4. iz says:

    aku pun dah tonton filem ni.. huhuhu

  5. Mohd Zaid says:

    dah tonton?.. so cam ne.. tak bestkan..

  6. Mohd Zaid says:

    tak yah la tengok.. membasil je..

  7. Mohd Zaid says:

    tau tak pe adam.. tak bestkan..

  8. Mohd Zaid says:

    banyak komen negetif dari positif yul… haha siud je nak beli dvd cetak rompak..

  9. Shela Besh says:

    erk… nsb baek x tgk. haha.
    mlm smlm bwu bpeluang tgk Hikayat Merong Mahawangsa tp kan Bro Zaid, sound mcm x ok je. mse beli tiket yg harga still rm12 sbb full house lg utk 3 mgu. xtau la sama ada mmg sound cite ni or GSC kat Mid Valley punye sound troble. hmm, kadang2 terkilan gak. dorg suruh support filem tempatan, tp kalo cite x bkualiti, buat sekadar melepas batuk kat tga, sape nk tgk kan? bt membazir duit je kite melabur beli tiket muvie. 🙁

  10. iz says:

    mmg tak best pun cite dalam botol ni.. membosankan… my entry bout dis film http://akuiz.blogspot.com

  11. shiela says:

    cerita ni bagus, cuma gaya penceritaan tu yang lemau..kalau pengarah lain buat cite ni mungkin best kot..huhu..mmg betul, muzik latar belakang mmg tak sesuai langsung dengan kebanyakan scene..ade pulak yg muzik terlalu bingit telinga nak dengar..huhu..xyah tgk la cite ni..mmg rugi duit jek..tunggu kua lam tv je la..hahaha..

  12. iterdesly says:

    saya br nak plan tgk wayang ni.. tp bila baca review.. alahai… macam hilang minat nk tgk pla..

  13. ana says:

    zaid, sy stuju dgn write up awk…actually,sy dh tgk cite ni..sadis dgn pembikin ini film..rase nk jerit jek PULANGKAN WANG KAMI!! crite mmg ade pengajaran..tapi too slow..muzik lak nk gempak!! tapi x kene waktu..sy ingt cite ni best.. sy sanggup tgu dua jam utk dpt msuk..tapi bile tgk cite mcm ‘kampit’ sy frust sesangat..hmmm…rase nk ckp kt pengarah film ni mcm ni “org nk buat filem, awk sibuk nk buat filem..tapi filem awk mcm ‘kampit’..”

  14. niza says:

    citer ni mmg bosan..dan rase membazir masa dn duit je tgok cite ni….tajuknya bukn main panazz…tp isinya haprak….camera bergoyang2…skit kpala aku tgok….pas tu, the end of da story, aku tertanye2 ape surat n ape bende yg dlm paper bag yg gaust tuu tunjuk kt mak dye…aduyai!! xfham btul…knpe xtunjuk dgn jelas motif n moral dlm cerita ni?? MEMBAZIRRR!!!!!!!!!!

  15. Mohd Zaid says:

    setuju dengan awak… tapi pelik kenapa masih ada yg cakap filem ni bagus.. sighhh..

  16. Org luar negara saja je akui citer ni bagus sebab nak buruk2kan negara ni sebagai negara Islam. So hati2 actually filem ni mmg dah jatuhkan imej Malaysia. aku pun mmg tak faham kenapa filem ni tak di gam saja! Buat citer pasal pondan macam ni, lepas tu cakap macam citer gay yang tak pernah disiarkan sebelum ni? Memang harus di BANNED kan Raja Azmi untuk seumur hidup!

  17. Mohd Zaid says:

    sokong!! … saya nak minta penerbit bayar tiket saya balik.. 🙁

  18. sue says:

    oke jer cerita nie..ade byk pengajaran..ambikla pengajaran yg ade

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *