Imbasan @ Cuti-Cuti Bagan Lalang

Selamat Hari Air Sedunia diucapkan kepada semua pembaca blog ini. Korang pergi tak Selangor Water Festival 2011 kat Bagan Lalang Sepang hari tu?.. memang rugi siapa yang tak datang sebab banyak aktiviti menarik yang disajikan untuk pengunjung. Ini adalah kali pertama aku menghadiri ke Pesta Air Selangor ni dengan kerjasama pihak Tourism Selangor yang menjemput beberapa fans dari Twitter dan Blogger tanahair untuk beriadah disini.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan kat sini adalah Larian Pantai Bagan Lalang, Selangor Water Festival Idol, Kejohanan Sepak Takraw, Pertandingan memancing, persembahan kebudayaan, konsert dan banyak lagi dan masa inilah kita dapat bersama-sama bercuti bersama keluarga. Sambil-sambil masuk pertandingan sambil bercuti kan.. perrhh bestlah..

Harapan aku tahun depan pihak yang terlibat dapat menganjurkan lagi aktiviti air macam ni dan kalau boleh lebih meriah dari tahun ni.. apa kata tahun depan banyakkan aktiviti didalam air berbanding diatas darat.. apa-apa pun pesta air tahun ni memang meriah dengan kehadiran ramai warga penduduk dari Sepang.

 

Larian Pantai Bagan Lalang 2011 lebih 100 orang yang menyertai larian ni.. orang Sepang memang bestlah aku tengok mereka awal lagi dah sampai dan training larian untuk menang..

Oppsss lihat apa yang aku jumpa kat tepi pantai Bagan Lalang ni?.. ada banyak botol beer yang bertaburan.. kerja siapalah ni ye.. dah minum dah mabok tak reti nak buang dalam tong sampah, sebaliknya diorang pergi buang kat dalam laut pulak.. ermmm kalau aku dapatlah orang ni memang aku ketuk-ketuk dengan botol beer ni.

Kalau korang ke Bagan Lalang jangan lupa singgah ke sini.. memang best.. OH Cantiknya Golden Palm Tree Resorts – Sepang Gold Coast

Kalau ke Bagan Lalang Sepang, jangan lupa untuk singah ke Pusat Jualan IKS di Sungai Pelek, kat sini boleh dikatakan murah jugalah kalau nak beli kerepek dan air minuman.

Waktu malam pula ada konsert dari beberapa artis Malaysia yang dijemput hadir, antaranya (Nubhan AF6,Rini AF7, Mohd Mentor 4, Ayim Mentor 4)

Waktu petang kami semua main layang-layang disebabkan cuaca baik dan angin yang banyak, sehingga ada blogger yang sanggup beli satu hehe.. memang bestlah main layang-layang kat sini.

Pantai Bagan Lalang memang cantik, dan pasirnya juga halus dan bersih. Semasa di Pesta Air Selangor 2011, beberapa peserta memasuki pertandingan membina istana pasir. Inilah antara istana megah yang mereka dirikan.. cantik dan kreatif kan..

Kita orang sempat melawat ladang buah naga di Sungai Pelek. Memang sedap buah Dragon Fruit kat sini.. manisss..

Blogger dapat belajar cara menangkap kepah/kupang kat pantai Bagan Lalang.. memang seronok sangat dapat tangkap sendiri. Nak cuba?.. datanglah Pantai Bagan Lalang Sepang.

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com