Derma Mangsa Tsunami Jepun Bersama @JackCowDeals & Menang iPad

Seperti yang kita semua tahu pada 11 Mac 2011 yang lepas berlakunya satu tragedi yang menimpa rakyat Jepun khususnya atas kejadian Gempa bumi dan Tsunami terbesar yang melanda negara matahari terbit itu. Terkini gempa bumi itu direkodkan pada 9.0 skala Richter menjadikan Jepun ditangga kelima mengalami gempa bumi terbesar sejak tahun 1900.  Gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer. Hampir 300 ribu orang dilaporkan menjadi mangsa dan dianggarkan Jepun mengalami kerugian sebanyak $180 billion akibat bencana alam berkenaan.

Video Tsunami dan Gempa Bumi yang melanda Jepun baru-baru ini

 

Bencana alam adalah satu tragedi yang tidak dapat dielakkan dan semestinya seluruh dunia merasai kesedihan yang mengalami rakyat Jepun waktu ini untuk meneruskan hidup selepas berlakunya Tsunami. Apa yang boleh kita bantu selain menghulurkan secebis bantuan keinsanan kepada mereka.

 


Klik untuk menderma : JackCow.com

 

Dengan hanya satu klik anda juga boleh membantu dengan menyumbang bahagian anda dalam membantu Japanese Red Cross’s Relief Fund JRCS. Kempen ini dibuat khusus mencari sokongan dari rakyat Malaysia untuk membantu mangsa Gempa Jepun dan Bencana Tsunami. Setiap klik / “Buy” “RM0” yang kita buat, ianya akan disalurkan RM1 secara penuh oleh JackCow.com (Hingga RM5000). Sokongan anda amatlah dihargai dan bantulah mereka yang memerlukan bantuan, kita bukan keluar duit pun, hanya klik (Buy) dan pihak JackCow.com akan menyalurkan RM1 kepada mangsa. Senang bukan!..

 

• All donations will be matched Purchase-for-Ringgit up to the total donated value of RM5,000. (5,000 purchases)

• Eg: For every RM0 you “purchase”/click, JackCow will match it by donating RM1, and these donations will go to the Japanese Red Cross Society.

• The Japanese Red Cross will receive 100% of JackCow’s donation through the Malaysian Red Crescent Society.

• To show our appreciation of your support; each supporter can click on “BUY” once and stand a chance to win an Ipad 16G+WiFi.

 

Untuk menggalakkan lebih banyak sokongan orang ramai dalam hal ini dan sebagai penghargaan, pihak JackCow.com ingin menghadiahkan iPad 16G + WiFi kepada mereka yang bertuah. Jadi apa tunggu lagi mari kita daftar JackCow.com dan bersama-samalah kita membantu mereka yang memerlukan bantuan.

 

Untuk maklumat lanjut sila semak di : http://www.jackcow.com/team.php?id=33

 

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Derma Mangsa Tsunami Jepun Bersama @JackCowDeals & Menang iPad

  1. zik says:

    simpati diatas kejadian yang berlaku di jepun… harap2nya dengan bantuan seperti ini dapatlah membantu sedikit sebanyak….

  2. Mohd Zaid says:

    betul tu zik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *