Di Sebalik Tabir “Hikayat Merong Mahawangsa”

 

 

Macam mana korang semua dah tengok ke Hikayat Merong Mahawangsa filem epik yang paling best dan terbaik yang pernah diterbitkan di Malaysia?.. rugi siapa yang tak pergi tengok kat pawagam sebab cerita ini memang menarik dan penuh bersejarah. Kalau nak baca buku tu agak malas kan, haa sekarang dah ada movie apa lagi terus tengok lah dan senang sikit nak faham cerita hikayat melayu ni.

Aku dah bagi 9/10 bintang untuk cerita ni dan aku harap rakyat Malaysia ramai-ramailah pergi menonton ye.. ok pada sesiapa yang tak percaya apa yang aku kepohkan pasal cerita Hikayat Merong Mahawangsa ni korang boleh tengok dulu di sebalik tabir pembikinan cerita ni. Memang first class lah cerita melayu dah macam filem bertaraf Hollywood. Ini menunjukkan orang Malaysia pun berbakat. “Malaysia Boleh” la katakan..

 

Info tentang Di Sebalik Tabir “Hikayat Merong Mahawangsa”

  • Kos pembikinan filem adalah RM8 juta menjadikannya filem termahal KRU Studios
  • Filem Merong Mahawangsa akan diedarkan di 72 buah negara
  • Sebanyak 3 bas penuh dengan pelakon tambahan berbangsa India dibawa khas ke Terengganu dari Kuantan untuk babak pergaduhan di Goa
  • 2 ekor gajah dan 5 ekor kuda dibawa khas untuk babak di Goa.
  • Set perkampungan Melayu hancur sehari sebelum penggambaran dan terpaksa dibina semula dan menyebabkan penggambaran tertangguh selama 3 hari.
  • 105 orang pemain muzik Orchestra Antarabangsa bermain dibawah Malaysia Philharmonic.
  • Beberapa babak aksi dalam filem ini dirakamkan oleh jurukamera khas lagak ngeri dari Hong Kong.
  • Untuk filem ini, pasukan lagak ngeri dibawa khas dari Hong Kong dan merupakan pasukan yang sama untuk “Hellboy 2” dan “Rush Hour”.
  • Jumlah shot CGI melebihi 2000 shot.

 

 

Di Sebalik Tabir “Hikayat Merong Mahawangsa” dan kalau nak tengok lagi video-video menarik boleh subscribe channel http://www.youtube.com/user/krustudios

 

 

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Di Sebalik Tabir “Hikayat Merong Mahawangsa”

  1. Ronaldmohoni says:

    Salam Bro Zaid,
    Filem nih memang hebat.
    first day i dah tengok.
    Bagi 4.5 bintang dari 5. mantop.

  2. kak ina kl says:

    setuju dengan ronald tu..rugi sape tak gi tenguk

  3. IHSAN says:

    dah tgk semalam. ok gak ah… recommended!

  4. Maimunah says:

    macam tak percaya kata filem tersebut adalah buatan Malaysia. Ada Class. Tabik kepada KRU krn berjaya menjadikan filem kita berkualiti.

  5. Mohd Zaid says:

    Maimunah tapi kalau ditengok balik sebenarnya banyak effek kesalahan dalam filem tu

  6. Mohd Zaid says:

    Ihsan, bagus la support filem melayu..

  7. Mohd Zaid says:

    Kak Ina, bila KRU nak panggil kita (blogger) berlakon pulak haha..

  8. Mohd Zaid says:

    bestkan ronald..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *