Apa Itu Google Goggles?

Tahukah anda apakah itu Google Goggles?.. Google Goggles adalah sebuah aplikasi carian maya seaca visual melalui telefon bimbit, kalau sebelum ni kita hanya menaip kata cari ataupun melalui suara tapi kini boleh buat carian melalui gambar pula. Pastinya ramai pembaca blog ini mempunya aplikasi Google di iPhone atau Android anda kan.. untuk pengetahuan anda Google Goggles boleh dimuatturun untuk telefon bimbit yang menggunakan system Android dan kini telah dilancakan untuk pengguna iOS (iPhone) dan aplikasi ini dibekalkan oleh Google secara percuma.

Fungsi utama adalah untuk memudahkan pencarian melalui telefon mudah alih dengan tanpa menulis kata kunci didalam kotak carian Google. Pengguna hanya perlu mengambil gambar dan sistem Google Goggles akan menganalisa gambar yang diambil dan ditejemahkan kepada teks, melalui teks berkenaan akan membantu carian Google mencari didalam database mereka. Sebagai contoh anda pergi ke negara China dan anda tidak faham akan papan tanya yang menulis perkataan didalam bahasa Cina. Apa yang anda perlu lakukan cuma mengambil gambar papan tanda berkenaan dan Google Goggles akan mentejemahkannya kepada pelbagai bahasa yang anda faham.

Saya telah mencuba mentejemahkan duit RM50.00 Malaysia kedalam Google Goggles dan hasilnya adalah seperti berikut

Memang mudah dengan menggunakan Google Goggles, cuma ambil gambar dan aplikasi ini akan membuat analisa terlebih dahulu sebelum membuat terjemahan. Kini tak perlulah kita nak menaip lagi kat kotak Google Search tu ๐Ÿ™‚

 

Selepas dianalisa oleh Google Goggles, jawapan carian kata kunci untuk gambar tersebut akan dikeluarkan dan pilihlah mana yang berkenaan.

 

Ini adalah jawapanย  carian kata kunci untuk gambar duit RM50.00 tu.. sistem Google telah menjumpaai keyword Bank Negara Malaysia. Anda boleh mencubanya dengan pelbagai gambar lain seperti Menara KL, Bangunan KLCC, alamat rumah, buku, gambar, lukisan, logo, barkod dan macam-macam lagi..

Buat masa ini Google Goggles sesuai dan ada barang yang tidak sesuai untuk membuat carian. Sila rujuk gambar diatas.

 

 

Cubalah pasti anda teruja selepas menggunakannya. Untuk memuatturun sila ke http://www.google.com/mobile/goggles/#text dan pilihlah sama ada untuk Android atau iPhone. Aplikasi ini adalah percuma jadi selamat mencuba ๐Ÿ™‚

-Sharing Is Caring- Mohdzaid.com

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Tips and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Apa Itu Google Goggles?

  1. anastasyea says:

    memang menarik google goggles nie ! ๐Ÿ˜€

    anastasyea’s latest post .. Menang RM1000 | Tu la tak percaya lagi !

  2. Hi there, all is going nicely here and ofcourse every one is sharing data, that’s
    in fact excellent, keep up writing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *