Homestay Kampung Perigi Acheh, Pasir Gudang, Johor Bahru

Pernahkah anda teringin nak pergi bercuti ke kampung atau pernah nak merasa makan masakan kampung yang asli?..  inilah masanya!. Mungkin bagi sesetengah orang mereka tidak suka suasana kampung halaman, bahkan mereka yang berasal dari kampung sendiri mahu hidup dalam hiruk pikuk kota yang sesak dan semakin kekurangan oksigen ini. Apa nak jadi dengan mereka semua ni ermmm perkara itu tidak mungkin berlaku bagi diri aku kerana aku yang lahir di Kuala Lumpur dan kampung aku juga di Kuala Lumpur nak sekali lari dari suasana bising dibandar dan nak hidup dalam suasana kampung yang aman permai.

Pernah suatu ketika, aku meroyan nak pergi dan ikut kawan-kawan beraya dikampung halaman mereka. Yelah aku “City boy” ni mana pernah merasa mandi sungai, panjat pokok kelapa, mengait buah langsat, memancing, menjala dan macam-macam lagi kita boleh buat dikampung. Semasa program ekspidisi bersama media di Karnival Layang-layang Sedunia tempoh hari, kami berkesempatan untuk pergi melawat ke perkampungan Homestay Kampung Perigi Acheh, Pasir Gudang, Johor Bahru bersama-sama pelayang yang mengambil bahagian. Untuk pengetahuan semua, Homestay Kampung Perigi Acheh diusahakan bersama-sama dengan Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan sekiranya berminat untuk bermalam disini bolehlah menghubungi pihak majlis perpandaran di mppg@johor.gov.my

Bukan senang untuk aku pergi dan berpeluang untuk bersama mereka ni, jadi aku gunakan kesempatan ini untuk bercuti dan merasai sendiri suasana kampung nelayan yang aku idam-idamkan selama ini. Kali pertama menjejakkan kaki ke perkampungan ini aku sudah merasa seperti disambut bagai diraja. Semua orang kampung disini baik-baik dan peramah belaka. Inilah sifat orang kampung di Malaysia, semua tetamu tak kira pelancong dalam negeri mahupun orang luar negara disambut dengan penuh mesra dan senyuman. Itulah yang kira harapkan kepada semua pengusaha homestay di Malaysia dan wajar mencontohi warga Homestay Kampung Perigi Acheh ni.

Semasa program lawatan sehari ni, aku dapat belajar macam-macam permainan orang kampung serta dapat makan makanan yang sedap-sedap dan fresh lagi. Memang rugi kalau sesiapa yang tidak mencubanya maklumlah dapat makan free siapa tak nak kan haha.. Di Homestay Kampung Perigi Acheh korang boleh buat macam-macam aktiviti dan disini disediakan perkhidmatan untuk perkhemahan, aktiviti menyusuri Sg. Kopok, mengenali cara hidup masyarakat setempat, merasai pengalaman memancing dan menjala di laut bersama keluarga angkat dan macam-macam lagi. Harga untuk bermalam dan merasai pengalaman ini tidaklah semahal mana pun kerana harganya amat berpatutan sekali. Jadi kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi alamat dan talian dibawah.

 

Info Homestay Kampung Perigi Acheh

[mappress mapid="18"]

Alamat
Tanjung Langsat
81700 Pasir Gudang , Johor Bahru
Johor, Malaysia

Hubungi untuk maklumat lanjut
012-828 2108 / 019-603 0019

 

 

Perkampungan nelayan Homestay Kampung Perigi Acheh, Pasir Gudang, Johor Bahru.

 

Makanan yang dihidangkan memang fresh.. pilih saja nak yang mana..

 

Demo membuat kuih hijau ni oleh penduduk kampung.. kuih apa ni ye lupa pula namanya.. tapi sedap..

 

Tempeyek kacang dan ikan bilis.. pertama kali aku cuma masak tempeyek.. sedap tau..

 

Jangan ingat kita orang melayu tapi pandai anyam ketupat.. haha tengok pelayang dari China ni sedaya upaya belajar cara mengayam ketupat supaya boleh dipamerkan dinegara mereka nanti

 

Permainan tradisional

 

Permainan tradisional

 

Permainan tradisional

 

Permainan tradisional

 

Seni memarut kelapa oleh penduduk kampung..

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com