Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang

Festival Layang-Layang Sedunia (World Kites Festival) yang ke 16 telah pun berjaya dilaksanakan baru-baru ni bertempat di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang Johor. Festival yang mengumpulkan pelayang-pelayang dan peminat dari dalam negeri dan dunia ini telah menjadi satu tarikan bagi negeri Johor sendiri dan telah menjadi salah satu program dalam kalender Tourism Malaysia dan Tourism Johor khususnya.  Karnival yang telah berjaya melakar nama dipersada dunia ini menaikkan lagi nama Johor dengan mengadakan Festival Layang-Layang Sedunia setiap tahun dan tahun ini adalah tahun yang ke 16.

Ini adalah kali pertama aku mengikuti rombongan bersama wartawan anjuran pihak Tourism Malaysia menyaksikan sendiri pengalaman bersama pelayang-pelayang menaikkan layang-layang dan wau ciptaan mereka. Memang terpegun sekejap melihat pelbagai layang-layang yang besar dan memukau mata memandang. Ada yang sekecil layang kanak-kanak dan ada yang sebesar gergasi serta berwarna-warni.

Pada tahun ini tercatat rekod Malaysia (Malaysia Book Of Records) dengan menerbangkan lebih kurang 3000 layang-layang sumbangan pihak KFC Malaysia kepada sekolah-sekolah seluruh Johor yang mengambil bahagian. Rekod ini telah berjaya dicipta oleh kanak-kanak dari sekolah terbabit yang berusaha bersungguh-sungguh menerbangkan layang-layang yang disumbangkan. Memang seronok melihat aksi kanak-kanak apabila bermain layang-layang, teringat semasa zaman kita kecil dulu. Terasa ingin sekali bermain bersama mereka pada ketika itu.

Pada tahun ini suasa di Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang begitu meriah dengan kehadiran ramai penonton yang berpusu-pusu untuk menyaksikan layangan kanvas di angkasa, ada yang datang dari utara tanahair dan ada yang datang dari negara jiran iaitu dari Indonesia dan Singapura. Bagi mereka kepuasan melihat dari mata kasar lebih puas dari menonton dikaca television. Ini menunjukkan Karnival ini berjaya menarik minat penonton dan pelancong asing melancong ke negara kita yang aman dan permai ini.

Malangnya pada tahun ini cuasa tidak begitu mengizinkan kerana hari hujan dan tiada angin. Perkara ini tidak mematahkan semangat pelayang dan mereka begitu rajin dan berusana untuk menerbangkan layang-layang ciptaan negara masing-masing bagi tidak menghampakan penonton yang hadir. Itulah semagat pelayang yang dapat saya lihat sewaktu dalam ekspidisi ini, tahniah diucapkan kepada pelayang semua yang bersungguh-sungguh menjayakan karnival pada kali ini.

Tahniah kepada Tourism Johor kerana menjadikan karnival ini sebagai salah satu aktiviti pelancongan kepada pelancong yang datang ke Johor. Terima kasih juga kepada Tourism Malaysia yang sudi menjemput saya berkampung selama 3 hari 2 malam disini. Semoga anda semua terus maju jaya dan wujudkan lagi pelbagai aktiviti menarik dimasa akan datang.

Jom tengok gambar-gambar yang saya rakam semasa di Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang baru-baru ini. Maaf gambar saya tak cantik..

 

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.