Bestlah Cerita Beastly

Baru-baru aku ikut Alice pergi tengok cerita Beastly sebab dia dapat tiket dari Nuffnang. Dah lama juga aku dan Alice tak pergi tengok wayang sebab sekarang ni kami dua-dua bz dengan kerja masing-masing, nak tengok wayang pun sampai tak ada masa dah. Kebetulan tayangan premier untuk cerita Beastly ni jatuh pada hari cuti kami berdua, jadi masa inilah nak luangkan masa dengan dia dan isi masa terluang dengan menonton wayang. Terima kasih kepada Nuffnang sebab selalu bagi tiket wayang free kat semua blogger… caaayyyaannngggg Nuffnang 🙂

Ok ni aku nak review sikit cerita Beastly.. cerita ni boleh dikatakan dicedok cari idea cerita Beauty And The Beast dulu-dulu tu.. tapi cerita Beastly kali ni lebih moden dengan zaman sekarang ni. Pelakon-pelakon dalam cerita Beastly ni adalah Alex Pettyfer sebagai Kyle Kingson, Vanessa Hudgens sebagai Lindy Taylor, Mary-Kate Olsen sebagai Kendra, Neil Patrick Harris sebagai Will, Erik Knudsen sebagai Trey dan Dakota Johnson sebagai Sloan.

Cerita ni mengesahkan seorang lelaki kacak bernama Kyle, dengan menggunakan rupa parasnya Kyle mencapai tahap popularity dengan mudah. Disebalik rupa paras yang kacak Kyle tidak sedar yang dia telah menyakitkan hati ramai orang. Dalam masa yang sama  muncul seorang ahli sihir bernama Kendra yang bengang akan perangai Kyle yang belagak dengan kekacakkannya. Kendra telah menyihir Kyle dengan menjadikan rupa Kyle kelihatan hodoh dan tidak menarik. Sumpahan Kendra menjadikan Kyle tidak senang dan beliau lari menembunyikan diri dipinggir bandar. Syarat untuk Kyle pulih seperti sediakala adalah dengan mencari cinta sejatinya dalam masa setahun, cinta sejatinya perlulah mengungkapkan kata “I Love U” kepada Kyle dan sekiranya terjadi, sumpahan Kendra akan terhapus dengan sendirinya. Sekiranya gagal Kyle akan hidup dengan rupa paras yang hodoh buat selama-lamanya.

Cerita ni bagi aku ada banyak unsur pengajaran yang ditekankan.. antaranya kalaulah kita ni kacak dan cantik mana sekali pun janganlah sesuka hati nak berlagak dengan kecantikan dan kehenseman kita tu.. tak pergi mana pun kalau nak berlagak. Bayangkan kalau bukan kena sihir tapi kena langgar.. sekelip mata je muka yang hensem tu jadi buruk tul tak.. pengajaran lain supaya kita mencari cinta yang sejati, kalau betulah muka kita hodoh macam mana sekali pun pasti ada cinta sejati yang menanti kita… jangan ingat muka hodoh tak ada orang suka okey haha..

So kepada sesiapa yang minat cerita yang relex dan bersahaja ni apa kata jom tengok kat panggung wayang berhampiran.. aku jamin korang tak akan kecewa dengan cerita Beastly ni.. 🙂

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *