Jom Naik Beca Di Bandar Johor Bahru

Kalau sebut pasal beca perkara pertama yang terlintas dalam fikiran adalah beca di Melaka dan di Penang betul tak?.. tapi pernahkah anda dengar dan menaiki beca di negeri yang kaya dengan sumber nanas suatu ketika dahulu iaitu negeri Johor?.. Kini di Johor Bahru pelancong bukan saja dapat menikmati percutian yang memukau pandangan bahkan kini kita dapat merasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan iaitu menaiki beca mengelilingi beberapa tempat menarik di bandar Johor Bahru.

 

Anda suka artikel ini?.. sila klik like..

 

Hasil usaha seorang anak tempatan dari Syarikat Prima Sierra Holidays Sdn Bhd yang menaikkan lagi sumber ekonomi dan sektor pelancongan negeri Johor iaitu Tuan Chua Poh Kok  mengambil inisiatif untuk mewujudkan penggunaan beca di sini dan menjadi pengangkutan ‘Quadricycle’ untuk bersiar-siar. Menurut pemilik beca ini, barang-barang untuk merekacipta beca ini adalah dari barangan terbuang dan diubah suai semua menjadi sebuah beca yang sangat cantik. Pengayuh beca terdiri daripada anak muda tempatan dan dalam masa yang sama ianya dapat mengisi masa terluang mereka mencari nafkah halal dari terjebak ke kancah yang tidak baik.

Untuk permulaan operasi beca ini hanya pada waktu malam setiap hari Jumaat hinga Ahad dari jam 6 petang hingga larut malam di laluan tertentu di bandaraya Johor Bahru dan mungkin akan diperluaskan sekiranya mendapat sambutan. Sekiranya anda berminat untuk mencuba dan merasai sendiri pengalaman menaiki beca diwaktu malam mengelilingi persisiran laut apa kata datang sendiri dan cuba kelainannya. Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi di talian 07-5217087 atau dilaman http://www.psholidays.com.

 

 

Tuan Chua Poh Kok pemilik beca.

 

Barisan beca yang menanti kehadiran para pelancong.. jom cuba..

 

Pengayuh beca yang terdiri dari anak muda tempatan.

 

Inilah adik yang mengayuh aku dan seorang rakan.. jangan ingat dia kecik tak larat nak bawa aku yang berat berapa tan ni ye.. haha untuk pengetahuan adik ni cakap dia seorang atlet olahraga.. padanlah bawa aku yang berat ni steady je dia.. aku pulak yang cuak takut dia tak larat nak kayuh hehe..

 

Para pelancong yang mencuba dan merasai pengalaman menaiki beca diwaktu malam..

 

Kalau ke Johor Bahru jangan lupa singgah menaiki beca ye..

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Jom Naik Beca Di Bandar Johor Bahru

  1. mizzura says:

    huwaaaa…menarik jugak nih…kalau2 singgah johor boleh lah drop by tempat ada beca ni…

  2. Mohd Zaid says:

    @mizzura bagus tu.. meh kita cuba naik beca di JB pulak.. 🙂

  3. yanty says:

    salam… nak tanye… berapa ringgit nek beca tu

  4. Ekey says:

    Nk naek beca dtg ler ke jb bazaar @ bazaar karat. Operasi hari jumaat-ahad dr jam 7.00mlm- tgh mlm. Bayaran x mhl dr rm10 aje.. Nk buat tempahan utk majlis perkahwinan ke, ape2 event ke promosi ke boleh email ke ekey@psholidays.com.
    Thanks zaid!

  5. Mohd Zaid says:

    terima kasih Ekay atas penerangan.. huh banyak gak orang tanya zaid pasal perkhidmatan beca ni.. so far macam mana business?.. harap-harap maju jaya hendaknya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *