Muzium Layang-Layang Pasir Gudang

Muzium Layang-Layang Pasir Gudang sebuah muzium yang menyimpan pelbagai koleksi Wau dan Layang-layang dalam dan luar negara dan juga pertama di Malaysia. Muzium ini telah dibina pada 9hb Februari 2002 semasa Karnival Layang-layang Pasir Gudang yang ke-7. Muzium ini terletak berdekatang dengan Bukit Layang-Layang, Taman Bandar, Pasir Gudang Johor dan dibuka untuk lawatan orang ramai setiap hari.

Baru-baru ni aku sempat melawat muzium ni semasa Karnival Layang-Layang Pasir Gudang Kali ke 16. Aku memang tertarik nak masuk muzium ni sebab kat sini kita dapat banyak info tentang pembuatan dan koleksi Wau tradisional dan Layang-layang moden. Disini juga menyediakan maklumat tentang kronologi festival layang-layang antarabangsa kepada para pengunjung. Muzium ini mempamerkan lebih kurang 200 wau dan layang-layang yang sebahagiannya  disumbangkan oleh pelayang-pelayang kepada pihak jabatan.

Muzium ini dapat menarik minat orang ramai yang berminat untuk mempelajari seni kehalusan rekaan wau yang unik selain menarik para pelancong dalam dan luar negara untuk melawat negeri Johor. Kepada yang berminat untuk datang ke sini boleh tengok info selanjutnya dibawah :)

 

[mappress mapid="17"]

Alamat:
Kompleks Pusat Bandar,
81700 Pasir Gudang, Johor.
Tel : 07-2513720 Fax.: 07-2515260

Waktu Urusan:
Isnin – Ahad
9.00 AM to 5.00 PM

Tutup pada waktu makan tengah hari:
Isnin – Ahad  (Kecuali Jumaat)
1.00 PM to 2.00 PM
Jumaat
12.30 PM to 02.45 PM

Harga Tiket Masuk:
Dewasa  – RM 2.00 RM3.00
Kanak-kanak (5-12 tahun) – RM 1.00

 

Inilah dia Muzium Layang-Layang Pasir Gudang yang dilengkapi dengan kincir aingin yang digunakan oleh pelayang-pelayang semasa Karnival Layang-Layang Sedunia pada setiap tahun. Muzium ini mempunya 3 tingkat yang dibuka kepada pengunjung dan setiap tingkat mempunyai khazanah dan galeri tersendiri.

Definisi Layang-Layang adalah diertikan sebagai layangan iaitu rangka daripada kayu dan dibaluti dengan kertas atau daun-daun kayu yang boleh diterbangkan dengan tali yang dijadikan aktiviti untuk tujuan tertentu.

 

Wau Kucing yang diiktiraf sebagai wau tradisi Malaysia. Wau Kucing lebih menonjol dan diabadikan dalam pelbagai bentuk, wau kucing lebih sinonim dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) disebabkan ianya menjadi logo korporat syarikat tersebut.  Wau Kucing juga dikatakan berasal dari negeri Kelantan kerana ketika mula diperkenalkan sekitar tahun 1967, kebanyakan pelayang dari negeri-negeri lain tidak mengenali dan tidak tahu cara membuat Wau Kucing dan mereka terpaksa pergi ke Kelantan untuk belajar cara-cara membuat wau tersebut.

Mengenai rekabentuknya, ianya dipercayai berdasarkan seekor kucing yang sedang duduk dari pandangan belakang bermula dari bahagian kepala, diikuti bahagian badan kucing dan seterusnya bahagian ekor kucing. Jika diterbalikkan pula kelihatan bahagian ekor wau tersebut seperti muka seekor kucing yang dipangang dari arah hadapan. Antara keistimewaan utama Wau Kucing ialah busurnya yang dapat mengeluarkan bunyu yang nyaring seperti kucing.
Berkenaan dengan motif ukiran sobek yang digunakan pada Wau Kucing ini, tidak dapat banyak perbezaan dengan wau tradisional Melayu yang lain kerana ianya masih lagi menggunakan motif bunga dan tumbuh-tumbuhan.

 

Wau Bulan – Pada asalnya Wau Bulan lebih dikenali di negeri Pantai Timur terutama di Kelantan. Oleh kerana Wau Bulan sangat terkenal bukan sahaja di Malaysia malahan di peringkat antarabangsa, Majlis Pelayang Malaysia telah mengiktiraf Wau Bulan sebagai salah satu daripada wau tradisi Malaysia selain Wau Kucing dan Wau Jala Budi.

Wau Bulan dikatakan berasal dari empayar Sri Wijaya. Ianya lahir sebagai lambang penyatuan semula empayar Sri Wijaya oleh Dewa Muda. Sebelum melakukan serangan, Dewa Muda telah melakukan pertapaan untuk mendapatkan ilmu kebatinan dan setelah selesai, beliau keluar dari pertapaan dengan membawa rangka Wau Bulan yang pada pendapat beliau ianya merupakan peta penyerangan dan penaklukan semula empayar tersebut.

Sewaktu melancarkan serangan, Dewa Muda menjadikan Wau Bulan sebagai panduan bagi menentukan lokasi yang sesuai untuk ditakluki. Serangan akan dilakukan ke tempat di mana wau bulan yang telah dilepaskan tersebut jatuh. Jika penaklukan tersebut berjaya, maka satu pesta akan diadakan dengan menaikkan Wau Bulan tersebut.

Penggunaan istilah Layang-Layang di Malaysia

Sejarah Asal Usul Layang-Layang di Peringkat Dunia

Wau Kucing

Wau Daun Atau Wau Barat

Koleksi Wau Dan Layang-Layang

Koleksi Wau Dan Layang-Layang

 

Koleksi Wau Dan Layang-Layang

 

Koleksi Wau Dan Layang-Layang

 

Koleksi Wau Dan Layang-Layang

 

Koleksi Wau Dan Layang-Layang

 

Koleksi Wau Dan Layang-Layang

 

Koleksi Wau Dan Layang-Layang

 

Koleksi Wau Dan Layang-Layang

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.