Kedai Makan Rahmat, Pasir Gudang, Johor

Kalau ke Pasir Gudang Johor jangan lupa singgah ke Kedai Makan Rahmat yang terletak di No3. Jalan Pantai, Kampung Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang, Johor. Kedai Makan Rahmat terletak betul-betul sebelah laut dan syok kalau menikmati hidangan tengah hari sambil menikmati pemandangan indah tepi laut. Kedai ni memang ramai orang setiap hari lebih-lebih lagi kalau hari minggu atau cuti umum, kalau nak ke sini lebih baik booking dulu sebelum datang takut tak cukup meja pulak. Kalau nak booking boleh terus call tuan kedai di talian 07-2711770 atau 019-7408847 (Izat). Waktu operasi perniagaan dari jam 10.30 pagi hingga 3.30 petang saja.

Apa yang menarik di kedai ni, makanan yang dihidangkan semuanya fresh dan menyelerakan dan hidangan yang paling popular adalah Siakap goreng rangup, Udang Goreng, Sambal Kacang Pedas Manis, Sambal kicap, Sambal Ikan Bilis Petai dan banyak lagi.. semuanya tip top sedap sehingga menjilat jari tak hengat punya. Kalau ke sini jangan lupa order menu yang aku cakap tu ye.. tu kira menu yang terbaiklah ada disini..

Disebabkan aku datang kesini orang belanja, jadi aku tak tahu harga yang dikenakan.. tapi mengikut orang yang membelanja aku tu harga makanan kat sini amat murah sekali, kalau dua orang makan anggaran dalam RM50 je termasuk air dan buah-buahan. Kira murah la tu dari makan kat tempat lain tapi makanan tak fresh buat apa tul tak..

So aku pun tak ada banyak nak tulis.. korang cubalah sendiri ye..

Papan  tanda Kedai Makan Rahmat..

Pemandangan dari Kedai Makan Rahmat

Pemandangan dari Kedai Makan Rahmat

Ikan Siakap goreng bersisik.. sedap dimakan begitu saja..

Sambal cili menyengat kalbu..

Sambal petai sedap..

Udang Goreng dan Sambal Kicap pedas..

Menyelerakan makanan disini

Kedai Makan Rahmat sentiasa penuh dengan pelanggannya.. jadi kalau nak kesini sila buat tempahan awal.

Upacara pembukaan rasmi Rahmat Kedai Makan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Ibrahim Ismail. Ibni Sultan Iskandar Pemangku Raja Johor pada 2 November 1986

Dalam gambar ni nampaknya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pun pernah makan kat sini..

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.