Jom Makan Di Senibong @ Corner 6

Hari ni nak cerita pasal makan haha sebab aku suka makan makanan seafood kat Senibong, makanan kat sini semuanya fresh dan menyelerakan sehingga menjilat bibir. Tak tipu kat korang makanan kat sini memang 100% Grade A aku bagi fresh dari laut. Kalau ke Johor Bahru jangan lupa singgah ke Kg. Senibong, Mukim Plentong sebab kat sini terdapat banyak kedai makan seafood yang korang boleh pilih semuanya menyediakan dan menghidangkan makanan seafood terbaik yang di tangkap nelayan tempatan dari laut Selat Melaka dan Selat Johor.

Hari ni nak promosi sikit Restoran Corner 6 dekat Senibong Seafood dan nak ucapkan jutaan terima kasih kepada tuan kedai yang sudi belanja makan malam saya bersama rakan-rakan lain tempoh hari.. Restoran Corner 6 menyediakan layanan mesra kepada setiap pelanggan-pelanggannya. Harga makanan kat sini tidaklah mahal tetapi berpatutan dan murah mengikut harga pasaran. Pelanggan boleh menikmati hidangan makanan yang enak yang dimasak apabila ada permintaan sambil menikmati pemandangan laut yang mengadap ke Singapura. Suasana makan di Restoran Corner 6 sangat tenang dan santai sesuai untuk dilawati oleh semua orang. Jadi jom ramai-ramai kita ke Corner 6 dan rasai kelazatan makanan yang disajikan..

 

MAP ke Corner 6 Senibong

[mappress mapid="16"]

Kasawan ini menyediakan perkhidmatan parking kereta dengan bayaran RM2.00, terdapat juga gerai-gerai bazzar menjual barangan kraftangan, barangan kulit, permainan kanak-kanak dan macam-macam lagi dibahagian luar kedai.

 

Pelbagai khazanah laut yang dijual dengan harga yang berpatutan. Pilih dulu baru masak itulah prinsip mereka.. jadi makanan yang dimakan pun akan menjadi lebih enak dan sodap..

 

Ikan-ikan yang menanti mangsa untuk dimakan.. haha..  semua ikan disini fresh dari ladang tau…

 

Aku suka sangat tengok ketam ni.. tapi jaga-jaga salah pegang kang kena sepit baru tau..

 

Makanan yang kami order.. ni baru sikit tau..

 

Udang goreng tepung ni memang kaw-kaw sedapnya dicicah pula dengan sos cili.

 

Ikan kerapu masak 3 rasa ni memang memukau kalbu sanubari.. sekali cuba pasti nak datang lagi

 

Kepah masak apa ni ye.. lupalah.. tapi memang terbaiklah kepah ni..

 

ketap yang kami makan.. memang terbaik..

 

inilah kawan-kawan aku yang join makan sekali kat Corner 6 Senibong ni.. semuanya wartawan.. aku dan sorang lagi member je blogger..

 

Inilah member aku sorang lagi tu.. siapa tak kenal blogger terhebat di Malaysia iaitu bro www.sixthseal.com/

memang bestlah dapat makan bersama dia.. dia sangat baik dan peramah orangnya..

 

Sebelum balik kami bergambar kenangan bersama rakan-rakan media yang lain.. terima kasih ye kepada Tourism Johor, Tourism Malaysia dan tuan kedai Corner 6 sebab belanja kami makan kat sini ..

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.