Bagaimana Nak Buat “Random ads by ChurpChurp.com” Menggunakan Plugin WordPress!

 

Hari ni aku dapat satu idea macam mana nak tambahkan lagi pendapatan duit menggunakan ChurpChurp di blog selain buat promosi di Twitter dan Facebook. Tapi aku buat ni untuk pengguna WordPress Self host je tau untuk blogger dan WordPress yang free hosting aku tak pasti macam mana korang buat. Niat aku sekadar nak kongsi apa yang telah aku lakukan untuk mengiklankan kempen ChurpChurp aku.

.:: Demo ::.

Belum ada akaun ChurpChurp?.. sila daftar Sekarang

 

Harap maklum plugin yang aku nak ajar ni bukanlah plugin yang disediakan oleh pihak ChurpChurp tapi ini adalah plugin percuma yang aku guna pakai menjadikan ianya lebih kemas dan lebih menarik. Seperti kita sedia maklum ChurpChurp merupakan salah satu syarikat pengiklanan maya yang popular masakini. Fungsi ChurpChurp adalah mengiklankan kempen yang terdapat didalam laman ChurpChurp yang dikemaskini setiap hari.  Seperti yang kita tahu, pihak ChurpChurp menyediakan pelbagai sumber untuk kita mempromosikan kempen yang sedang dijalankan seperti di twitter, facebook, ym, dan banyak laman sosial yang lain. Apa kata kita ubah sedikit cara pengiklanan melalui blog pula.

Plugin yang aku maksudkan adalah (Random / Rotating Ads V2) yang boleh dimuatturun secara percuma dilaman

Plugin WordPress. Berikut adalah cara-cara untuk mereka cipta plugin “Random ads by ChurpChurp.com”.

1. Register ChurpChurp.com sekiranya masih belum ada akaun

2. Perlu ada blog selfhost WordPress

3. Buka admin panel dan pergi ke bahagian Plugins – Add New – Search kemudian cari Random / Rotating Ads V2. Klik install dan system wordpress anda akan memuat turun plugin ini secara automatik. Selepas selesai memuatturun pastikan anda mengaktifkan plugin tersebut ya.

 

4. Selepas pengaktifan plugin ini, sila lihat sidebar admin panel dibahagian Tools – Datafeedr Random Ads dan klik enter. Anda akan masuk dibahagian plugin tersebut. Klik (Add New Group) kemudian bina satu group untuk iklan ChurpChurp.

5. Cara-cara membina group untuk Iklan ChurpChurp seperti dibawah.

 

pastikan anda mengisi ruang (Ad Group Name), ruang ni terpulang kepada anda nak tulis apa.. macam aku untuk tidak pening kepala aku tulis ChurpChurp je.. dibahagian Before Ad dan After Ad pun boleh tulis ikut suka.. macam blog aku, aku tulis Randon ads by ChurpChurp.com sebab iklan yang akan keluar adalah secara random/rawak setiap kali blog kita direfresh. Anda boleh letak seberapa banyak kempen yang korang nak dan setiap kempen letak dalam satu Ad Box.. contoh kalau ada 10 kempen korang bukalah 10 Ad Box ..

6. Cara-cara mengesi kod kempen dari Churpchurp. Bagi menceriakan lagi iklan Churpchurp korang apa kata kita gunakan kod Marquee Up/Down untuk kempen kali ini.. Tak tahu macam mana nak gunakan kod Marquee?.. jangan risau korang boleh buka laman ini untuk bantuan mudah. http://www.htmlbasix.com/marquee.shtml

Laman http://www.htmlbasix.com/marquee.shtml merupakan laman tool yang mudah untuk kita mencipta kod marquee. Sila lihat contoh dibawah ..

 

7. Selesai membuat mesej marquee anda akan dapat hasilnya selepas menekan butang Generate. sila lihat contoh dibawah..

<marquee direction=”down” behavior=”alternate” scroll=”continuous” scrollamount=”3″ width=”530″ height=”50″ style=”font-size:10px;color:#000000;font-family:verdana;font-weight:bold;”><a href=”http://www.churpchurp.com/mohdzaid/share/churpchurp-invite” target=”_blank”>How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!</a></marquee>

 

copy code marquee tersebut dan letak didalam ruang [Ad Boxes] didalam plugin Datafeedr Random Ads V2 .. sila klik add box untuk menambah iklan kempen seterusnya.. mesej iklan anda akan dipaparkan secara rawak diblog anda nanti.. pening??.. lihat video dibawah.. mungkin ianya dapat membantu anda.. 🙂 maaflah penerangan aku kekadang memeningkan kepala 🙂

 

Sila Play in HD untuk paparan yang lebih jelas..

8. Setelah selesai anda akan dapat kod php seperti ini

<?php if (function_exists('dfrads')) { echo dfrads('1156094'); } ?>

 

dan copy kod tersebut dan letaklah dimana-mana didalam template blog anda mengikut kesesuaian. Saya cadangkan anda letak kod tersebut dibawah kod iklan Nuffnang anda supaya ianya lebih mudah dilihat oleh pembaca. 🙂 Kod ini tidak perlu diedit lagi sekiranya ada kempen terbaru di Churpchurp. Anda cuma perlu menukarnya atau edit dibahagian plugin sahaja. Sila lihat perkara no 4 untuk pergi ke bahagian plugin Datafeedr Random Ads.

Mudah bukan?.. hehe aku tau lah tips aku ni memeningkan kepala hehe.. kalau korang tak paham sila komen dibawah ye.. insyaallah aku akan cuba membantu mana yang termampu 🙂 Selamat mencuba.. 🙂

 

I LOVE ChurpChurp

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Tips and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

25 Responses to Bagaimana Nak Buat “Random ads by ChurpChurp.com” Menggunakan Plugin WordPress!

  1. Noridah says:

    idea yang menarik. saya tengah test letak banner churpchurp berhampiran dengan scroll bar, tengok macam mana meningkat ke tak pendapatan ppc churpchurp. sebelum ni test guna exit fancy button, not bad juga hasilnya.

  2. lAl says:

    Baguih la hg Zaid.. aku suka.. Tenkiu.. akan aku buat berdasarkan tutorial nih.. 😛

  3. budaini says:

    nice tips, thanks.

  4. siTokei says:

    baru haku nak tanya huhuhu…..

  5. menarik nie zaid…

    eh churp2 mu kencang x..??

  6. deCrewz says:

    Menarik ni beb.. Boleh gak tru.. Income churp2 Jai sungguh sedih, promosi x bagus kot..he3

  7. AmenoWorld says:

    Memang menarik lhar der aku baru test.. nanti nak share kat belog.. tq bro.. info menarik sangat.

  8. Mohd Zaid says:

    @AmenoWorld sama-sama.. jangan lupa share pengalaman setelah menggunakan tips yang saya bagi ni ye..

  9. Mohd Zaid says:

    Jai.. zaid sekadar mencuba je.. zaid punya earning CC pun ok ok je..

  10. Mohd Zaid says:

    salam bro.. Churp2 zaid ok ok je bro… ni pun zaid sekadar mencuba plugin baru.. 🙂

  11. Mohd Zaid says:

    🙂 selamat mencuba bro 🙂

  12. Mohd Zaid says:

    @budaini tq.. selamat mencuba…

  13. Mohd Zaid says:

    Salam Lal.. cuba jangan tak cuba.. huhu aku pun baru je cuba.. just sharing ngan semua kawan.. rezeki sama-sama share lagi bagus 🙂

  14. Mohd Zaid says:

    @Noridah .. nice… selamat mencuba ye..

  15. siTokei says:

    hhihi memang kena cuba nie….:)

  16. jayyyrul says:

    info yg menarik,, saye suke,,, nnt saye nk try lh,, 🙂

  17. Mohd Zaid says:

    jayyyrul nanti lepas cuba kasi komen ye..

  18. penyubiru says:

    nice tips! nanti nak cuba la… thanks ya.

  19. OnlyZul says:

    wah..thanks Zaid…
    sgt menarik…nanti nak try..hee…

  20. Mohd Zaid says:

    Salam bro.. ye selamat mencuba ye..

  21. Mohd Zaid says:

    selamat mencuba.. dan semoga berjaya..

  22. Khidhir says:

    tips yang kau berikan berlainan daripada blog lain. aku suka. plugin tu pun teringin nak try. thanks 4 the info.. overall, artikel ni best..

  23. Mohd Zaid says:

    Muhammad Akram > so far tak ada masalah aku guna..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *