Anda Sekarang Berada Di Penghujung Selatan Tanah Besar Asia

Tahniah!! Anda Sekarang Berada Di Penghujung Selatan Tanah Besar Asia, yey aku dah sampai sini. Semasa di Johor tempoh hari bersama rakan wartawan yang buat liputan Karnival Layang-layang sedunia ke-16, kami sempat singgah ke Taman Negara Tanjung Piai yang terletak di Mukim Serkat, Pontian, Johor, Malaysia.  Taman Negara Tanjung Piai berkeluasan 926 hektar menyimpan pelbagai khazanah flora dan fauna yang akan memukau dari sudut pandangan mata kita. Memang tak rugi kalau kesini selain dapat menjejakkan kaki di tanah paling selatan Benua Asia kita dapat menikmati suasana indah dan menghirup udara laut yang menusuk kalbu.

Ada yang cakap Singapura adalah tanah terselatan benua asia, tapi teori itu adalah salah kerana Singapura adalah sebuah pulau jadi Singapura bukanlah “Tanah Terselatan Benua Asia”. Jika cuaca baik korang boleh melihat dengan jelas pulau Singapura, Pulau Kukup dan Pulau Kerimon Indonesia.

 

[mappress mapid="15"]

 

Mercu Tanda Tanah Terselatan Benua Asia

Mercu tanda yang tersergam indah ini dibina pada tahun 2001 bagi menandakan kedudukan geografi Tanjung Piai yang unik iaitu “Tanah Terselatan Benua Asia”. Secara tepat, lokasinya berada pada latitude 01°16 Utara / longitude 103°30.46 Timur.

Ia dibina daripada gentian konkrit mesra alam berukuran 20m tinggi dan 10m lebar. Warna kelabu pada mercu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya bakau dan dataran lumpurnya.

Dua pelepah Paku Piai (Acrostichum Aureum) diukir dipermukaan mercu tanda bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama dirian bakau disini. Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar Tanah Terselatan Benua Asia, supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat.

 

 

Papan tanda “Welcome To Tanjung Piai Johor National Park” di pintu masuk..  Kadar tiket untuk masuk ke Taman Negara Johor Tanjung Piai adalah seperti berikut, bagi warganegara Malaysia dewasa RM5.00, warga emas RM3.00, bawah 18 tahun RM3.00. Bukan warganegara Malaysia dewasa RM10.00, warga emas RM5.00, bawah 18 tahun RM5.00, kanak-kanak bawah 6 tahun masuk adalah percuma. Antara kemudahan yang disediakan di Taman Neraga Johor Tanjung Piai adalah Laluan perjalan kaki – Boardwalk, tapak khemah, galeri maklumat, dewan mini, jeti, tempat memasak untuk perkhemahan, wakaf, bilik sembahyang, menara pemerhati, tandas dan banyak lagi.  Aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pihak jabatan disini seperti lawatan sambil belajar (Dalam Bahasa Malaysia Sahaja), Mesra alam, melihat kunang-kunang, kembara malam, laluan berhalangan, konservasi (Menanam pokok bakau), memancing dan banyak lagi.

 

Mercu tanda Tanjung Piai

Sila pastikan korang menjaga kebersihan hutan dan menjaga alam sekitar dengan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan disini.

 

You’ll never walk alone.. haha kelakarlah signage ni.. tapi dalam masa yang sama aku rasa seram pulak.. kalau aku tak jalan seorang abis tu siapa yang meneman aku?.. ggeeerrrrr…

 

Inilah dia globe yang menunjukkan kita sekarang berada di penghujung selatan tanah besar asia.

 

Veni, Vidi, Vici… I came, i saw, i conquered … oyeehhh

 

Anda Sekarang Berada Di Penghujung Selatan Tanah Besar Asia

 

Pemisahan antara Selat Melaka dan Selat Johor…

 

Rhizophora Stylosa iaitu sejenis bakau yang hidup dikawasan Tanjung Piai..

 

Anak-anak bakau yang baru nak tumbuh..

 

Pulau Kerimon Indonesia.. lebih kurang 1 jam perjalanan dari Tanjung Piai..

 

Papan tanda pelbagai negara dan menunjukkan jarak kilometer juga disediakan disini.. tapi nak pergi naik apa yek?.. naik kapal laut ok tak?..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com