Side Mirror Motor Pun Nak Curi

Tension aku masuk ni dah 3 kali cermin pandang sisi (side mirror) moto Honda Wave aku ni kena curi kat tempat parking motosikal Plaza Berjaya Kuala Lumpur. Tau lah moto aku ni moto lama dan tak sehebat moto mahal yang lain. Untuk pengetahuan parking kenderaan didalam kawasan Plaza Berjaya ni dilengkapi dengan CCTV dan security yang jaga 24 jam, tapi rasa macam tak guna CCTV yang ada kat parking moto ni, walaupun ada CCTV tapi kejadian mencuri cermin pandang sisi moto masih lagi berlaku. Bila aku tanya pak guard semua cakap tak tahu semua ambil tak kisah dan tak peduli dengan aduan aku.

Nak buat macam mana lagi sebab kat sini je parking moto yang dekat untuk aku pergi kerja hari-hari. Agaknya siapalah yang MISKIN sangat nak curi side mirror ni ye.. kot ya pun miskin apa kata kau pergi cari kerja kat 7-Eleven ke kat Tesco ke atleast dapat duit dengan cara yang halal dari ko jual side mirror aku tu.. susah tau kalau naik moto tak ada cermin pandang sisi, silap-silap bila ada roadblock ngan polis tak pasal-pasal aku kena sama.. Kalau saman ok lagi kalau aku kena langgar macam mana? siapa nak jawab?..

Aku dah banyak kali terkena dengan pencuri side mirror kat tempat kerja aku ni, orang lain pun dah banyak kali terkena. Nak buat macam mana ye supaya tak kena curi lagi?.. tak kan nak patri cermin tu?.. ermmm tapi bagus juga idea patri side mirror supaya si pencuri tu tak mencuri lagi. Bila dah tak mencuri tak adalah duit dan bila dah tak ada duit pasti dia tak makan 3-4 hari sampai dia terus mati senang cerita, bila si pencuri ni dah tak ada aman dunia. Zalim tak aku?..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

12 Responses to Side Mirror Motor Pun Nak Curi

  1. yul says:

    okae lagi tu bro, haha, aku dulu lagi ar, lampu depan moto kene curik, sidemirror pon sme, macam haram betul, tak tau lah budak2 zaman skrg nie -.-

  2. kiter biasanya sidemirror x tutup kuat.parking jer,buka simpan dlm motor.pas balik,baru pasang,tapi itu cara dululah.

  3. Haniff Shaufil says:

    zaid, bukak je la side mirror tu tiap kali nak tgglkan motor. bila nak naik, pasang balik!

  4. dah kene beli superbike tue..

  5. Mohd Zaid says:

    lol superbike lagi kene curi.. hehe

  6. Mohd Zaid says:

    lol.. susah la cam tu haniff zaid ni kekadang nak cepat masuk offis takut tak sempat pulak nak buka pasang hehe

  7. Mohd Zaid says:

    cadangan yang bagus gak.. tapi zaid takut sekejap je zaid rajin buka pasang.. pastu lantak la .. haha

  8. Mohd Zaid says:

    kenapalah diorang suka mencuri yek… 🙁

  9. shasha says:

    hai zaid…parking rate utk motor kat plaza berjaya brape ek?

  10. Mohd Zaid says:

    @shasha motor kene bayar RM1 per entry.. kereta mahal sebab caj per hour..

  11. Ashlyn Chan says:

    huhu dah bogel side mirror moto kau..

  12. amirul says:

    Saya pun hilang side mirror malam semalam. Sengkek betullah orang yang curi tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *