Amansari Residence Resort, Johor.

Baru-baru ni aku terlibat dalam trip bersama media untuk menyaksikan Karnival Layang-Layang Sedunia kali ke-16 di Johor. Penginapan selama 2 malam aku disini ditaja oleh pihak Amansari Residence Resort (ARR) untuk para media yang terlibat. Ini adalah kali pertama aku menginap di ARR dan layanan mesra pekerjanya membuat aku tertambat hati nak datang lagi kesini bila waktu lapang nanti. Insyaallah kalau aku bercuti ke Pasir Gudang aku pasti akan ke sini lagi 🙂

 

Amansari Residence Resort terletak di Jalan Persiaran Sri Alam, Bandar Sri Alam, Masai, 81750 Pasir Gudang , Johor Bahru, Johor, Malaysia dan hotel ni adalah hotel 4 bintang dan harga bermalam disini agak murah juga. Disini terdapat bilik jenis Studio dan Standard untuk para pengunjung dan juga apartment 3 bilik untuk mereka yang ingin menetap dan tinggal lama disini. Harga sewaan untuk bilik jenis Studio adalah RM330++/malam dan bilik jenis Standard ialah RM300++/malam.

Resort ni memang sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan kerana hiasan dalaman resort ni sangat menarik perhatian dan menenangkan jiwa, bagi yang baru berkahwin pula memang sesuai sangatlah dengan keselesaan dan suasa romantik sambil menikmati pemandangan indah disini. Kemudahan yang disediakan bagi yang datang secara berkumpulan seperti dewan yang boleh memuatkan 3000 orang, bilik mesyuarat, swimming pool dan gym.  Untuk maklumat lanjut mengenai ARR sila lawati : http://amansarihotels.com/

Pekerja Amansari Residence Resort Johor ni semuanya ceria dan baik-baik belaka.

Ruang tamu yang luas dan selesa ini memang sesuai untuk mereka yang inginkan kebebasan.

Katil yang kebas dan bersih. Bilik tidur juga luas..

Ruang dapur terdapat cerek air dan peti sejuk untuk digunakan sekiranya perlu.

Bilik air yang bersih untuk para tetamu yang hadir dilengkapi dengan tuala dan sabun mandi. Jadi kalau ingin menginap disini tak perlulah bawa tuala ye..

Sofa empuk memang sesuai untuk bercanda bersama pasangan sambil tengok TV..

Ruang balkoni dilengkapi dengan kerusi santai dan meja untuk tetamu sambil menikmati pemandangan indah.

TV LCD dan telefon untuk para tetamu.. (TV kat sini dapat channel Singapore)

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

20 Responses to Amansari Residence Resort, Johor.

  1. lAl says:

    Towel tu xsempat cover utk sidai elok2 ka?ahahaha

  2. yul says:

    huahua, promote seh, tak sangka aku,

  3. yang lain semua terbaik tapi gambar last cable tv (power, antenna) bersepah la plak hehehe

  4. Mohd Zaid says:

    haha.. aku tak perasan pun huhu.. bagus tu kalau orang hotel ni baca boleh jadikan komen pengunjung.. 🙂

  5. Mohd Zaid says:

    biasa le… promot jangan tak promot.. dah org kasi free stay 😛

  6. Mohd Zaid says:

    haha lupa plak aku lal.. 🙂 ko ni nampak je yekk..

  7. Salam zaid..aku da baca komen korang ni. Mcm best je tmpt ni Amansari Resort ni. Ko ada contact no. dia x? Leh bagi?? Sms kt no aku k…012 3323 697 (andy salim). Aku try tanya operator..dorang x tau la no. nyer ! Aduyaiii…

  8. dayana says:

    ada utk sewa jangka panjang

  9. Mohd Zaid says:

    cik Dayana pemilik apartment kat Amansari ke?.. kalau ya bolehlah tinggalkan detail supaya kalau ada org nak hubungi senang sikit..

  10. marcella says:

    ARR contact no: 07-3880077 / sales exec. Ms. Ayu: 016-771 7442.
    susah2 sgt cari http://www.amansari.my

  11. Mohd Zaid says:

    TQ for info.. nanti boleh la kasi zaid free stay lagi ye.. 🙂

  12. shafinaz ayob says:

    I just arrived ARR last saturday.. disebabkan cuti sekolah 2 minggu ni.
    Alhamdullillah, anak2 semua suka tempat ni..Cozy
    Husband got to stay here maybe for the next 3 years, insyaallah..

  13. Mohd Zaid says:

    oic.. so sewa sana terus la ye… 🙂 seronok kan..

  14. Chicharito says:

    Ehem ehem……mantab p0k0knxa….tempatnx@ stratgis dan buat ihikz ihikz ihiz pass bangezttt…

  15. Nadri says:

    Aman sari nie dkt sgt dgn rmh aku..dulunya merupakan projek apartment terbengkalai…agak lama jugak slm owenr baru ambil alih…

  16. alissaiskandar says:

    Mmmmmm….dekat jer dgn rumah kita…dulu project terbengkalai. ……

  17. Mohd Zaid says:

    @alissaiskandar ye ke.. tapi tak ada hantu kan?.. hehehe

  18. siti hazreen says:

    bestnya blog ni…saya follow 😉

  19. Mohd Zaid says:

    siti hazreen > thanks.. 🙂

  20. I seriously love your blog.. Pleasant colors & theme.
    Did you develop this website yourself? Please reply
    back as I’m trying to create my own personal site and would
    like to know where you got this from or exactly what
    the theme is called. Many thanks!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *