Featured Blogger @ Komuniti-blogger.com

Terima kasih kepada Azree yang sudi featured blog http://www.mohdzaid.com/ kat websitenya di http://komuniti-blogger.com/ semoga website Komuniti-Blogger terus maju jaya dan update cerita-cerita hangat lagi.. Berikut adalah komen yang ditulis Azree di websitenya. So aku nak seru semua pembaca blog aku ni jom kita ramai-ramai serbu website http://komuniti-blogger.com/

Blogger minggu ini membawakan kepada anda Mohd Zaid. penulis blog serba boleh dengan nama blog kesayangan MohdZaid.com. Mohd Zaid merupakan seorang penulis blogger terkenal di Malaysia. beliau kerap menerima tawaran dan menjadi jemputan istimewa di kebanyakan aktiviti blogger begitu juga di aktiviti kendalian pengiklan terkemuka, Nuffnang. Penulisan blog beliau yang berkisarkan minatnya terhadap muzik dan kembara telah melonjak popularitinya. Mohd zaid juga terlibat secara tidak langsung dengan mempromosikan artis-artis terkemuka tanah air begitu juga debut album yang dimiliknya. Blogger tegar ini juga sudah mula menunjukkan perkembangan yang positif dimana laman blognya kini menjadi lebih berinteraktif. Beliau juga aktif bergerak di dalam menjadi blogger yang acapkali memenangi pertandingan dianjurkan pengiklan. Antara yang pernah dimenangi termasuklah pertandingan Samsung Corby What is Your Colour yang dianjurkan oleh Nuffnang dan beliau serta ahli kumpulannya membawa pulang sebuah Samsung Corby ketika itu. Nak tahu lebih lanjut tentang Mohd Zaid??? Layarilah MohdZaid.com

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Blog and tagged , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Featured Blogger @ Komuniti-blogger.com

  1. congrates bro..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *