Siapa Awi Rafael?

Seriously aku tak kenal pun siapa Awi Rafael sebelum ni, sehinggalah hari ni baru aku tahu siapa penyanyi sebenar lagu Pulanglah yang selalu berkumandang di radio tu.. kalau korang tak dapat tangkap lagi cuba baca lirik ni “Pulanglah sebelumku run away, Aku menanti kamu everyday, Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday, Aku tak ingin tak perlu” haaa dah ingat dah?.. haha..

Nak bagi tahu yang aku suka sangat dengan lagu Pulanglah ni, lagu dia sangat sedap untuk didengar dan catchy boleh hilangkan tension kat tempat kerja.. vokal dia sangat mantap dan ada identiti sendiri tu yang aku suka dia jenis tak tiru orang lain.. lagu dia pun ada selit bahasa melayu dan english so orang yang macam aku ni lemah bahasa inggeris dalam masa yang sama boleh improve kan lagi.. 🙂 tak perlulah cerita banyak pasal Awi Rafael sebab korang boleh baca sendiri biodatanya di bawah ni..

 

Biodata Awi Rafael :-

Dari saat anda mendengarkan vokal riff lagu single pertama Awi Rafael yang bertajuk,”Pulanglah”, anda akan dapati ‘singer/songwriter’ muda ini mempunyai musik identitinya yang tersendiri. Apabila bab korus lagu tersebut dinyanyikannya, sudah tentu para pendengar tidak akan dapat melupakan ‘hook’nya yang sungguh menarik dan bersungguh-sungguh. Amat terasa energi yang gembira dan bertenaga dari segi melodi stail dan instrumentasi penulis lagu muda ini.

“Saya berharap untuk memberikan inspirasi kepada para-para pendengar untuk bersifat lebih positive dan gembira dari muzik saya”,kata beliau. ”Menulis lagu adalah satu aspek dalam hidup saya yang sungguh penting dan saya ingin untuk sekadar berkongsi lagu-lagu ini dengan khayalak ramai. Saya berjuang dengan ikhlas untuk mempertingkatkan diri sendiri dalam karya saya, dan insyallah saya akan dapat mencapai impian saya dengan sokongan para-para pendengar dan teman-teman baru”,katanya dengan penuh harapan.

Selain daripada single pertamanya, dapat juga terasa energi yang tulen dan ‘fresh’ untuk empat buah lagu lagi yang dimuatkan di album perdananya yang bertajuk,”RUNAWAY”. Kebanyakan dari kolesi lagu-lagu tersebut ditulisnya sambil beliau merantau dan belajar di Australia,Indonesia dan Singapura.

Lagu “Aku bukan Star” dituliskan untuk para-para wanita yang dikenali beliau waktu dahulu, “Panas” pula adalah sebuah lagu tentang sifat seseorang lelaki yang kadang-kala ganas dan panas darah, sambil pula lagu “Bukankah Aku” dan “Bila Aku Jatuh Cinta” adalah dua buah lagu ballad bernada melankoli dan romantis,penuh dengan tetapan orkestra dan piano.

“Sudah lama saya belajar tentang karya menulis lagu,bernyanyi dan juga tentang cara-cara rekoding di studio, dan tak terlupa juga untuk mencari identiti saya yang tersendiri. Insyallah,saya akan bersedia untuk menceburi industri muzik tanah air ini dan saya akan tetap bersifat optimistik,positif dan berdedikasi untuk terus belajar dan tingkatkan diri,” kata Awi.

Ada sebarang kata-kata terakhir untuk para-para peminatnya? “ Saya berharap para pendengar akan menyokong sepenuhnya single pertama saya,” Pulanglah” dan memutarnya di radio dan akhir kali,terima kasih dengan banyak kerana memberi saya peluang untuk mencapai impian saya dan mengambil berat tentang karier saya juga”,katanya dengan yakin.

Album pertama Awi Rafael direkod dengan sepenuhnya di Kamar Seni Studio, miliknya AG Coco dan Hang Dimas dari kumpulan band fenomena “Hujan” juga ‘co-produce’ album tersebut.

*Album & “Pulanglah” Music video release date : March/April 2011′

 

 

Lirik Pulanglah :-

Buka lah mata dan lihat dihadapan mu
Aku berdiri tegak tapi kau tak Nampak
Owh mata aku pedih sering kau campak saja
Banyak yang dah ada yang aku tak ada
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku yang tetap menanti kamu
Berikan jawapan
Chorus
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Tak ingin tak perlu aku dah bingung
Huuuuuu 2x
Aku berjalan di kota kuala lumpur
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menanti kamu
Berikan jawapan
Chorus
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Pulanglah sebelumku run away
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu aku dah bingung

 

Jom layan vlog Awi Rafael pulak..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Review Album (Malaysia) and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

25 Responses to Siapa Awi Rafael?

  1. JMR says:

    1st time tao pasal kewujudan awi farael nih..

  2. Rie says:

    blogwalking sms mengantuk
    inilah jadinya
    aku boleh tersilap baca awi raffali
    ingatkan adik ana raffali
    hahaha

    salam kenal

  3. lAl says:

    OO.. lagu monday tuesday ni dia pnya la.. haha

  4. Mohd Zaid says:

    tak ramai org kenal bro.. tapi suara dia best..

  5. Pisyek says:

    lagu ni memang best! tahniah Awi! 😀

  6. Mohd Zaid says:

    Pisyek.. bestkan lagu ni..

  7. aida says:

    best

  8. Mohd Zaid says:

    memang best pun aida.. go Awi Rafael..

  9. maiasaura says:

    jatuh cinta pada lagu ni masa dia jadi tetamu rancangan Chop di TV9…sangat best

  10. the_seutor says:

    ingat faizal tahir yg nyanyi lagu nie. sore cm agk2 sme jerk..huh.. apepn, sdp.. tapi BM version cm plik ckt lirik dier…hehe

  11. Mohd Zaid says:

    lain la suara dia.. “_”

  12. menu says:

    muzik pulanglah fresh…

  13. lengkuas says:

    1st time dengar lagu ni bln feb kt lngkawi…tang corus best giler..tp xknl pon p’nynyinyer..

  14. waniey says:

    bru tau ker….

  15. Mohd Zaid says:

    dah lama tau dah Waniey.. hehe

  16. aliaa says:

    first time dengar lagu ni time kay nyanyi kat konsert af hari tu..terus jatoh chenta..sebelum ni xtau pun kewujudan lagi ni..sadis T_T

  17. farah says:

    best ar lagu pulanglah..!!!!

    nanty datang lah buat konsert kat gurun,kedah kat pasaraya aneka..leh x zaid???

  18. farah says:

    <3 <3 <3 <3

    love this song!

  19. Mohd Zaid says:

    lol.. nak zaid nyanyi ke?.. hehe suara zaid tak sodap la..

  20. allan mat says:

    untuk pengetahuan kalian, awi rafael ni pun merantau jugak sebab dia orang singapura. saya tahu sebab dia pun duduk satu ‘avenue’ sama dgn saya kat sg. =)

  21. Mohd Zaid says:

    @allan mat terima kasih atas maklumat ini bro..

  22. jow says:

    eh bodoh btul la sakit telinga ak dgr mcm bodoh lagu. krajaan x mau gam plak lagu ni bunyi mcm bodoh cmpur aduk bhasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *