Jom Melawat Muzium Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Muzium Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (Sabah Civil Service Museum) terletak di Sabah Trade Centre, Jalan Istiadat, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Pertama sekali bila aku Google pasal muzium ni aku langsung tak jumpa apa-apa carian berkenaan, tak tahulah kenapa muzium yang bagus ini jarang-jarang sekali dilawati oleh pengunjung dan pelancong dalam dan luar negara. Tahu tak masa aku melawat muzium ni tiada seorang pun pengunjung yang ada. Apa kurangnya muzium ni aku pun tak tahu kerana bagi aku segala maklumat tentang perkhidmatan dan sejarah perdagangan negeri Sabah tersedia ada disini.

Mungkin kurangnya pendedahan media cetak dan media massa tentang muzium ni menyebabkan terbantutnya kunjungan para tetamu yang hadir ke negeri Sabah. Apa kata biar aku yang mulakan, lagi pun tak luak mana pun ruang kat dalam blog aku ni untuk mempromosikan negara dan negeri sendiri betul tak?..ย  mana tahu lepas aku cerita serba sedikit dapat beri ruang kepada pihak JPA Sabah untuk terus majukan muzium ni.. ๐Ÿ™‚ Orang yang belajar perdagangan dan ekonomi asas masa SPM perlu tahu semua benda ni haha.. jadi tak rugi la kalau korang ke sini dan satu yang korang perlu tahu masuk ke muzium ni adalah PERCUMA dan dibuka setiap hari dari 9 pagi – 5 petang.

Alamat Muzium Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

[mappress mapid=”13″]

 

Di Muzium Perkhidmatan Awam ni terdapat banyak sumber dan khazanah tentang negeri Jesselton (Kota Kinabalu) suatu masa dulu. Banyak artifak-artifak tentang perdagangan dan sumber ekonomi purba negeri Sabah dipamerkan. Apa benda ni?.. ini adalah senjata Meriam dari Brunei abad ke 13 yang digunakan sebagai barangan hantaran perkahwinan kepada pengantin perempuan di kalangan masyarakat Kadazandusun suatu ketika dulu.

 

Ini pula adalah Tajau perdagangan abad ke 18 yang masih digunakan sehingga kini sebagai nepung (hantaran perkahwinan kepada pengantin perempuan) di kalangan masyarakat Kadazandusun dan Murud.

 

Gambar diatas adalah lukisan purba binatang di Gua Madai, Lahat Datu (Kiri) dan lukisan purba bot di Gua Madai, Lahat Datu (Kiri). Agaknya binatang apakah yang mereka lukis pada ketika itu ye?.. semut barangkali.. ๐Ÿ™‚

 

Korang tahu tak apa nama Kota Kinabalu suatu ketika dulu?… ya Kota Kinabalu dipanggil Jesselton dan ini adalah gambar Bandar Jesselton pada tahun 1911.

 

Berikut adalah lokasi menhir di Kampung Kituau, Penampang (Pekan lot tanah berasaskan penyukatan pertama pada tahun 1904 oleh Jabatan Tanah dan Ukur, Kota Kinabalu.

 

Magellan pernah mengelilingi dunia dan pernah sampai ke laut utara Sabah. Walaupun Maggelan meninggal dunia di kepulauan Filipina, tetapi angkatannya meneruskan pelayaran mengelilingi dunia dan semasa melalui kawasan laut utara Sabah, mereka telah melawati dan berurus niaga dengan penduduk tempatan dan menjalinkan hubungan dengan kerajaan Brunei.

 

Ini adalah damak beracun dan sumpitan yang digunakan oleh masyarakat Murut semasa penentangan Rundum pada tahun 1911. Bagaimanapun penentangan tersebut dipatahkan oleh British yang menggunakan senjata moden. Yelah kita pakai sumpit diorang pakai pistol ..

 

Inilah dia Pahlawan Sabah iaitu Datu Paduka Mat Salleh yang mempelopori perjuangan menentang British pada tahun 1897. Bagaimapun belau terbunuh di Kampung Tibabar Tambunan pada 31 Januari 1900 ..

 

Mesin penggiling yang digunakan untuk menghasilkan kepingan getah di industri getah semasa eraย  Syarikat Berpiagam Borneo Utara British.

 

Almari apakah ini?… haaa ni nak bagi tahu ni bukan almari tapi ni adalah sebuah mesin penetasan anak ayam yang digunakan dalam industri ternakan semasa era Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dan Koloni British.. agak moden juga kan suatu ketika dulu..

 

Berikut adalah duit dan matawang yang digunakan semasa era Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (Board Of Commissioners Of Currency Malaya And British Borneo)

 

Perjanjian Malaysia – Di muzium ini juga terdapat salinan perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963, pembentukan Malaysia sebagai negara merdeka yang terdiri daripada Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Disini juga dipamerkan Dokumentasi Pengisytiharan Malaysia.

 

Senarai Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah.

 

Banyak lagi sumber-sumber yang boleh kita perolehi disini. Aku tak nak la letak semua kang blog aku ni dah boleh jadi muzium online pulak haha… Jadi kalau ke Kota Kinabalu jangan la lupa melawat ke Muzium Perkhidmatan Awam Negeri Sabah ye.. jauh perjalanan luas pemandangan..ย  ๐Ÿ™‚

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *