Apakah Tafsir Mimpi Bangunan Runtuh?

Tak tahu kenapa aku nak tahu sangat tafsir mimpi aku ni. Ntah kenapa sangat aku tak keruan sejak aku mimpi bangunan runtuh dua hari lepas.. ermmm kenapa yek?.. mimpinya macam ni.. aku pun dah ingat-ingat lupa.. tapi jalan ceritanya aku masih ingat.

Satu hari tu aku pergi rumah nenek aku kat Kajang, aku pulak ada event masa tu kena cover cerita apa tah. Semua kelengkapan seperti kamera, video cam, laptop semua ada dalam beg. Kebetulan juga masa tu nenek aku ada buat kenduri tapi aku tak ingat la pulak kenduri apa. Masa tengok tv kat rumah nenek aku tiba-tiba dapat berita yang bangunan office aku runtuh macam trajedi 11 September tu. Habis semua hancur. Pastu dalam beberapa ketika adik aku cakap balai polis Kajang pulak runtuh. Aku apa lagi terus la nak pergi tengok dan ambil gambar supaya boleh jadikan story dalam blog.. Then tiba-tiba aku terjaga dari mimpi. Lepas aku bangun dari mimpi tu aku tertidur balik dan aku mimpi benda yang sama.

Begitulah cerita mimpi aku tu.. Walaupun ceritanya biasa je tapi aku rasakan ada sesuatu yang menanti aku. Tapi apakah dia ye..

Aku ada cuba tanya kawan kat Facebook dan Twitter dan telah Google mengenai tafsiran mimpi aku tu.. Ada yang cakap aku mungkin akan dapat durian runtuh.. Ada yang cakap akan berlakunya bencana, ada yang cakap aku akan difitnah dan ada yang cakap apa yang bakal aku lakukan semuanya akan gagal..

Huh pening lah mana satu yang betul. Aku bukan nak percaya sangat pasal tafsiran mimpi ni tapi aku nak tahu apakah yang tersirat dan tersurat dalam mimpi aku tu.. Mungkin ada mesej yang ingin disampaikan dalam mimpi tu..

Harap kengkawan yang tahu dan pernah mengalami mimpi bangunan runtuh ni dapat share cerita koran kat sini ye

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged . Bookmark the permalink.

11 Responses to Apakah Tafsir Mimpi Bangunan Runtuh?

  1. yul says:

    tu cuma mainan mimpi je, tak tau lah sama ada mimpi kita tu memberi makna dalam kehidupan kita, huhuhu

  2. Mohd Zaid says:

    betul tu Yul.. saya pun tak boleh ikutkan sangat perasaan..

  3. hisham says:

    makna mimpi bangunan runtuh..maknanya akan menerima satu berita yang diluar jangkaan.

  4. Mohd Zaid says:

    ye ke.. harap-harap berita tu adalah berita yang baik lah..

  5. lie sel d.e. says:

    saya pun mimpi 2 buah bangunan runtuh depan mata

  6. Mohd Zaid says:

    kita doakan yang terbaik dari mimpi kita tu..

  7. Cakmong says:

    saya pun mimpi… byk bangunan dah runtuh… tinggal 2 je… tiba2 ada org gtaw saya… pas runtuh bangunan tu… bangunan ko lagi akan runtuh~ Creepy

  8. Mohd Zaid says:

    @Cakmong tu cuma mimpi je.. jangan terlalu percaya.. percayalah pada kenyataan

  9. Anonymous says:

    Mlm tadi aku mimpi berlari mengelak bangunan tinggi runtuh.. 2 bangunan dan satu menara runtuh satu persatu.. Apa makna mimpi aku itu?n

  10. Anonymous says:

    Mimpi bgunan raja mcm istana bgai tibe2 nak runtuh …kwlan ketat susah nye nak lari.. tp dpt slamatkn beg yg tertgal kt dlm.. cpt keluar … apa la maksud tu….

  11. you are really a just right webmaster. The web site loading speed is amazing.
    It sort of feels that you’re doing any unique trick.
    Also, The contents are masterwork. you’ve performed a great process in this matter!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *