Tuaran Crocodile Farm – Sabah Malaysia

Pernah anda semua melihat buaya?… kalau nak tengok pun mestilah pergi kat Zoo kan, sebab bukan senang nak jumpa buaya di sungai-sungai negara kita lagi. Sungai sekarang pun dah banyak pencemaran dan buaya-buaya ni pun dah malas nak duduk kat sungai. Sekiranya anda berada di Tuaran, Sabah, jangan lupa untuk singgah ke Tuaran Crocodile Farm. Di sini terdapat banyak buaya-buaya dari pelbagai spesies yang di jaga dan di pamerkan. Pusat pameran dan penjagaan buaya ini dibuka setiap hari dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Anda juga boleh menyaksikan persembahan buaya setiap hari Isnin hingga Sabtu jam 11.00 pagi dan 3 petang. Apa yang menarik disini anda tidak perlu ke tempat lain untuk menyaksikan persembahan tradisional masyarakat Sabah kerana di pusat ini juga menghidangkan persembahan kepada para pengunjung setiap hari dari jam 11.3o pagi hingga 3.30 petang .

Taman Buaya Tuaran ini di asaskan oleh Mr. Chai atau lebih dikenali sebagai Mr. Crocodile telah lebih dari 50 tahun bergiat dalam penternakkan buaya dan kini beliau memiliki 3 taman buaya terbesar di Malaysia iaitu di Tuaran, Sandakan dan Langkawi. Pusat penjagaan buaya ini kini menternak lebih dari 3,000 anak buaya setiap tahun. Kalau ke Taman Buaya Tuaran ini kita dapat lihat memang banyak spesies buaya yang ada.

Buaya Tembaga yang dijumpai di perairan Sabah turut di pamerkan di gallery buaya disini. Terdapat banyak buaya-buaya yang telah mati diawetkan dan dijadikan bahan pameran untuk para pelancong. Haha aku smackdown buaya tembaga ni dengan mudah je.. haha ye lah sebab dah mati cuba kalau ia masih hidup, aku dulu yang cabut lari haha..

Untuk pengetahuan korang, buaya tembaga ini berumur 60 tahun semasa ianya di bunuh di perairan sungai Kinabatangan, Sandakan. Buaya tembaga jantan ini telah menelan seorang warga kampung dan telah dibunuh pada tahun 2003. Di anggarkan berat buaya ini semasa hidupnya mencecah 2280 pound dan berukuran 19 kaki.

Harga tiket masuk ke Taman Buaya Tuaran adalah seperti berikut :

Dewasa : RM10.00

Kanak-Kanak (4-12 tahun) – RM5.00

Di pintu masuk ke Taman Buaya Tuaran ni terdapat kedai-kedai yang menjual barangan seperti beg kulit buaya, telur buaya, minyak urut buaya dan bermacam

Disini juga terdapat hidupan lain seperti ikan, kancil, rusa, dan banyak lagi. Sambil tengok buaya boleh juga kita kenal dengan binatang-binatang lain disini.

Buaya Africa atau nama saintifiknya Crocodylus Niloticus berjantina betina turut dipamerkan disini.

Pengunjung dibenarkan memberi makanan kepada buaya didalam sangkar, dan harga setiap ketul ayam dikenakan RM2.00. Jangan ingat buaya kat sini semuanya kekenyangan ye.. pantang kita campak makanan mesti terus ngapp.. kalaulah aku terjatuh dalam sangkar ni gerenti licin dikerjakan sang buaya tu haha..

Buaya-buaya dalam sangkat yang sangat kelaparan. Merasa juga aku tengok macam mana buaya makan..

Lihat perut buaya tu aku agak dia dah makan seekor kambing kot.. besar semacam je.. ntah-ntah ada orang dalam perut buaya tu haha..

Jangan disangka air yang tenang tak ada buaya ye.. buaya ni dah ready nak ngapp ayam ..

Buaya tembaga banyak terdapat di sini. Iklim di Malaysia menjadikan buaya senang hidup dan membesar disini. Sihat-sihat sungguh buaya disini kan.. dan pihak pengurusan taman buaya ni tak kedekut bagi makan.. tengok sajalah badan buaya tu.. obess betul.. haha

Burung unta pun ada.. aku sebenarnya takut ngan burung unta ni.. haha kelakarkan.. kat sini korang boleh bagi makan kat binatang-binatang yang ada..

Ikan keli diternak didalam sangkat.. perhhh banyak gila ikan keli kat sini.. sedap tu kalau masak lemak haha..

Ikan Carp dalam kolam.. banyak kan.. boleh bagi makan lagi..

Buaya-buaya yang telah diawetkan dipamer untuk tontonan pelawat. Macam-macam gaya ada haha ini buaya yang diawetkan menjadi seekor peninju.. nak jadi Sapok Biki kot buaya-buaya ni..

Anak-anak buaya yang telah diawetkan..

Tak rugi kalau ke Taman Buaya Tuaran ni sebab dengan bayaran RM10.00 korang bukan setakat boleh tengok buaya dalam sangkarย  tapi korang juga dapat tengok persembahan buaya dan tarian kebudayaan disini. Persembahan buaya memang sangat menarik banyak aksi-aksi lucu dari buaya itu yang korang boleh tengok sendiri.

Buaya ni telah bersedia untuk membuat persembahan tarian lagu “Sayang Kinabalu” ..

Buaya-buaya kat sini pun gosok gigi tau.. sebab tulah gigi buaya kat sini semua putih-putih belaka.. haha

Amboi cikabang sorang ni.. kemain lagi relex kat atas badan buaya tu yek.. sekali dia ngapp.. kita semua nggeeeppp.. AMARAN : persembahan buaya ni dari golongan mereka yang pro saja.. jangan pepandai nak try kat rumah ye..

Cikabang ni mencium buaya yang telah dijinakkan.. jinak-jinak buaya tu takut juga aku.. rasanya buaya-buaya kat sini semua dah kena pukau kot.. haha tengok steady je abang tu comolot..

Disini juga terdapat persembahan kebudayaan masyarakat Sabah. Lepas tengok persembahan buaya korang boleh tengok persembahan kebudayaan pulak.. memang berbaloi lah kalau kesini

Abang-abang dan kakak-kakak kebudayaan menarikan tarian buluh.. siapa nak cuba boleh cuba.. FOC je..

Sebelum balik ambil dulu gambar kenang-kenangan dengan penari-penari ni.. hhhiiiihhaaaa…

Masa nak balik aku tengok ada seekor ular sawa.. kita boleh ambil gambar dengan bayaran RM1.00 je.. eeeee geli-geliman aku pegang ular berbisa ni.. tapi best.. ๐Ÿ™‚

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Tuaran Crocodile Farm – Sabah Malaysia

  1. suka melancong ke bro

  2. another great place from Sabah.

  3. alice says:

    kalau weekend & public holiday pertunjukkan buaya & menari tu diadakan 3 kali…kalau x silap lah… 11am, 1.30pm & 3ptg ;-p

  4. Mohd Zaid says:

    oh ye memang 3 kali sehari kalau time weekend dan public holiday… thanks for the info ๐Ÿ™‚

  5. Mohd Zaid says:

    Hi Nava Krishnan, thanks visiting my blog ๐Ÿ™‚

  6. Mohd Zaid says:

    encik peluang, memang suka sangat pergi melancong… lebih-lebih lagi kalau pergi FREE hehe..

  7. freddie says:

    so bila lagi ak melawat kat sabah bron

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *