Menara Jam Atkinson & Signal Hill Observatory, Kota Kinabalu, Sabah.

Selepas membeli-belah dan beriadah di pekan Kota Kinabalu, apa kata kita singgah sebentar ke Menara Jam Atkinson dan Signal Hill Observatory. Disini kita boleh menyaksikan menara jam yang berusia lebih kurang 106 tahun dan menikmati pemandangan indah Kota Kinabalu dari atas Bukit Bendera.

Bangunan Menara Jam Atkinson telah dibina oleh Maryd Edith Atkison dari England pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1905. Menara Jam ini dibina sebagai tanda untuk memperingati Pegawai Daerah Kota Kinabalu (Jesselton) yang pertama iaitu Mr. Francis George Atkinson yang meninggal dunia akibat “Demam Borneo” (Malaria) ketika berusia 28 tahun. Jam ini telah mula berfungsi pada 19hb April 1905 ketika masih dalam pembinaan. Menara Jam ini juga berfungsi sebagai rumah api untuk memberikan maklumat kedudukan kapal-kapal yang melalui pelabuhan Jesselton yang juga dikenali sebagai nama lama Kota Kinabalu.

Menara jam ini dibina daripada kayu Mirabau dan berketinggian 157 meter (48 kaki). Selepas dibina dan melalui pembaikan dan pembaharuan yang menyeluruh, bentuk permukaan asalnya telah mengalami perubahan yang besar. Pada tahun 1979, pihak Muzium Sabah telah mengambil alih penjagaan dan pemeliharaan Menara Jam ini. Tapak bangunan telah diwartakan sebagai Simpanan Kerajaan pada bulan Ogos 1983.

Pernah menjadi isu sekitar tahun 2010 bahawa ada pihak yang nak mendirikan hotel dan bangunan komersial disekitar menara jam ni. Bagi aku ianya satu tindakan yang sangat buruk dan satu yang tidak wajar sama sekali. Menara Jam ini perlu dijaga dan dipelihara supaya generasi kita dapat melihatnya satu hari nanti. Kalau nak bina bangunan sekali pun pastikan kawasan dan jaraknya jauh dari tempat bersejarah ni.

Selepas melawat Menara Jam Atkinson kita boleh pergi ke Signal Hill Observatory yang mengambil masa perjalanan lebih kurang 10-15 minit sahaja. Di Signal Hill Observatory kita boleh menikmati pemandangan Kota Kinabalu yang begitu cantik dan indah. Masuk disini adalah PERCUMA dan tiada sebarang bayaran dikenakan. Jadi kalau ke Kota Kinabalu jangan lupa singgah disini ye..

Terdapat tempat rehat dan tempat duduk untuk menikmati pemandangan di Signal Hill Observatory. Memang rugi kalau tak pergi sini..

Pemandangan bangunan-bangunan di Kota Kinabalu yang pesat membangun.

Indah dan cantik sekali pemandangan di Signal Hill Observatory ni..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.