Heritage Village (Kampung Warisan) Sabah Malaysia.

Sebenarnya aku tak habis lagi cerita pasal Sabah ni, maklumlah Sabah sebenarnya banyak tempat menarik yang boleh kita lawati. Pernah dulu sebelum aku ke Sabah, rakan-rakan selalu cakap Sabah tak best.. hah?.. sebenarnya mereka yang tak best sebab mereka tak jalan kat tempat-tempat yang best tul tak.. Kalau dah namanya berjalan apa salahnya luangkan sedikit masa untuk ke Heritage Village (Kampung Warisan) di Sabah. Disini terdapatnya rumah-rumah tradisional sedia bina dari pelbagai etnik dan kaum masyarakat pribumi di Sabah. Macam-macam rumah ada dan disini kita boleh belajar cara kehidupan, cara perkahwinan, kepercayaan masyarakat dan macam-macam lagi.

Heritage Village (Kampung Warisan) ni terletak bersebelahan dengan Muzium Negeri Sabah, bayaran masuk ke sini RM1.00 untuk warganegara Malaysia dan RM8.00 untuk warganegara asing. Tiket masuk ke Muzium Negeri Sabah boleh digunakan untuk masuk ke Heritage Village (Kampung Warisan).

Terdapat banyak rumah tradisional seperti Rumah Panjang Rungus, Rumah Bajau, Rumah Brunei, Perahu Lipa Pasil, Rumah Pekebun Cina, Rumah Suluk, Rumah Lotud, Rumah Panjang Murut, Rumah Bisaya dan sebagainya. Sedikit info yang sempat aku perolehi semasa lawatan.. aku nak kongsikan sedikit bersama ye.. πŸ™‚

Rumah Panjang Murut :-

Suku kaum Murut menetap di kawasan pedalaman Sabah seperti di Nabawan-Pensiangan, Sapulut, Tenom, dan Sindumin. Secara tradisi aktiviti harian mereka adalah bertani secara pertanian pindah dan memburu binatang. Rumah panjang Murut mengandungi lebih daripada 15 buah rumah, tiang dan gelegar rumah ini diperbuat daripada kayu dan dindingnya pula diperbuat daripada kayu kulit. Lantainya diperbuat daripada buluh.

Rumah Bisaya

Komuniti Bisaya kebanyakannya menetap di daerah Beaufort dan Kuala Penyu. Mereka terkenal sebagai pengusaha sagu tradisional yang diperbuat daripada pokok rumbia. Rumah tradisi mereka dikenali sebagai Walai dimana ianya diperbuat daripada bahan pokok rumbia untuk membuat dinding, pintu, rangka rumah dan lain-lain.

Nak cerita banyak tak bestlah kan.. sebab korang kena pergi sendiri dan lihat sendiri keunikan rumah-rumah tradisi disini. Tapi ni nak cerita yang tak best sikit.. Apa yang aku perhatikan disini Kampung Warisan ini adalah sumberΒ  terbaik dan murah untuk kita pelajari adat dan masyarakat suku kaum di Sabah tapi malangnya rumah-rumah dan perhiasan didalam rumah tidak seperti yang aku sangkakan. Terdapat banyak kerosakkan yang perlu diperbaiki oleh Jabatan Muzium kerana ini boleh mengundang imej yang tidak menarik dan persepsi masyarakat luar tentang budaya dan adat masyarakat pribumi di Sabah. Hampir setiap rumah yang aku masuk mesti ada cacat celanya. Bahan-bahan perhiasan dan structure rumah juga sudah uzur dan hampir reput. Harap pihak jabatan muzium mengambil tindakan pantas untuk memperbaikinya.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to Heritage Village (Kampung Warisan) Sabah Malaysia.

  1. I agree with you, you can’t get enough of Sabah, lovely places to see.

  2. JMR says:

    mmg unik benda2 kat sana..masih tak berpeluang nak ke sana..at least dh baca entri ni, leh gak masukkn dlm list kl ke sabah nnt..;-)

  3. alice says:

    sapa2 nak pegi sabah sy cadangkan sewa keter atau bawa keter sendiri…pastu bercuti lama sikit….kalau kejap je memang tak berbaloi….lagi 1 yg penting geng nak melancong tu pastikan semua nya kaki berjalan & active,,, πŸ˜› mesti seronok…

  4. Mohd Zaid says:

    lama tu berapa lama Alice?.. yey i suka Sabah.. jom jalan lagi nak?..

  5. Mohd Zaid says:

    Salam bro JMR, insyaallah kalau ada rezeki nanti bro pun akan sampai ke Sabah.. memang tak rugi kita melancong dalam negara sendiri.. πŸ™‚

  6. Mohd Zaid says:

    Nava.. Sabah memang tak puas kalau nak jalan 4 hari 3 malam… paling koman pun mesti 1 minggu atau 2 minggu baru best

  7. that’s why I always tell my friends why not Sabah than pergi overseas.

  8. neesa says:

    ya… memang sangat seronok trip ke Sabah. Saya dah ke Sabah 3 kali, masih tak jemu-jemu… bulan 6 ni pun ada trip ke sana lagi….. KK, Kundasang & Ranau….. Tunggu yaaa…

  9. Mohd Zaid says:

    yey.. saya pun nak gi Sabah lagi..

  10. neesa says:

    gi bulan 6 gak ker ??? trip kali ni ramai… dah ramai yang tahu betapa bestnya ke Sabah…. apa apa pun tak sabar nak mandi ngan snorkling kat pulau….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *