Super Junior Super Show 3 – Harga Tiket & Tempat Duduk

Ye ye… Super Junior nak datang Malaysia.. Ye ye… haha aku ni nama je peminat Super Junior tapi konsert dia kat Malaysia aku tak pernah pergi pun.. bukan tak ada niat nak pergi tapi harga tiketnya mahal dan aku tak mampu nak pergi melainkan kalau aku dapat media pass haha.. Harap-harap pihak penganjur lepas baca entry aku ni boleh la contact aku ye kalau nak bagi ticket free :)

Ok aku hanya nak bagi tahu yang aku baru dapat info pasal harga tiket Super Junior Super Show 3 Live In Malaysia ni.. aku tau la aku lambat dapat info tapi aku nak share kat korang yang masih tak tahu harga tiket konsert SJ ni nanti.. Tiket boleh dibeli bermula 19-Feb-2011 di Sungei Wang Plaza, 6th floor T-Hop area dari jam 10 pagi hingga 10 malam, dan pembelian secara online akan bermula pada 20 Feb hingga 19 Mac 2011 di www.airasiaredtix.com

Super Show 3 –  (Malaysia)

Tarikh : Sabtu, 19 March 2011

Masa : 6 petang

Tempat : Stadium Putra Bukit Jalil

Harga Tiket Seperti Berikut:

• Rock Pitt RM 486

• Terrace Seats RM 486

• Balcony Seats RM 376

• Partial Restricted View RM 226

Sumber : http://www.facebook.com/runningintothesun

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Konsert and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.