Destinasi Pelancongan : Sabah Tea Garden

Pernah minum SABAH TEA yang enak tu?.. kalau korang semua nak tahu kat rumah aku ni memang kami semua minum Sabah Tea kerana ianya bukan sekadar sedap dan menyelerakan bahkan ianya juga dapat menjadikan badan kita sangat bertenaga dan cergas.  Orang kata minum air coklat panas ketika sakit, tapi minum teh sepanjang masa..

Kalau ke Ranau jangan la tak singgah ke Sabah Tea Garden ni.. sebab suasana kat sini memang tenang dan sejuk dan sesuai untuk beriadah bersama keluarga. Sabah Tea Garden terletak di KM17, Jalan Ranau/Sandakan, Kg. Nalapak,89309, Ranau. Sabah, perjalanan sekiranya memandu secara berhemah mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu. Sabah Tea Garden dibuka untuk lawatan orang ramai setiap hari dari 8.00 pagi hingga 4.30 petang kecuali hari cuti umum. Masuk adalah percuma tetapi untuk lawatan ke kilang teh dan tour guide dikenakan bayaran RM10.00 dan RM30.00 (dengan makan tengah hari)

Teh yang di tanam disini mengunakan bahan-bahan organik yang tidak tercemar kepada alam sekitar. Jadi teh yang dihasilkan sangat bermutu tinggi dan dijamin kebersihannya. Disini korang boleh menikmati pemandangan ladang teh yang sangat luas terbentang dan sambil tu boleh menikmati hidangan teh yang baru dipetik dan masih fresh lagi.. Aku suka sangat biskut Tea Bites dan Teh Nalapak (Teh tarik tiga lapis).. memang unik dan sangat menyelerakan.

Terdapat juga kedai menjual barangan cendera mata dan Sabah Tea yang telah dipek untuk dibeli dan dibawa pulang. Dan harga jualan disini sangat murah berbanding dibeli di Kuala Lumpur atau di tempat lain.

Kenangan yang tak akan aku lupakan semasa berada di ladang Sabah Tea.

Kilang yang memproses dan membungkus Sabah Tea untuk di ekspot ke dalam negara dan luar negara. Malang sekali aku sampai lambat dan kilang pun dah nak tutup :( tak apalah lain kali kalau ke Ranau aku pasti akan ke sini lagi :)

Welcome to Sabah Tea Garden .. memang sesuai untuk beriadah bersama keluarga dan pasangan. Disini juga terdapat tempat penginapan dengan harga yang amat murah sekali.

Banyak sungguh pingat dan cenderamata yang mereka dapat.. tahniah .. :)

Biskut Tea Bites .. inilah kegemaran aku.. memang bestlah kalau cicah dengan Teh ‘o’ Sabah Tea .. Terbaiikkkk

Suka sangat botol ni.. untuk pengetahuan botol ni di lukis menjadi seperti seorang wanita berpakaian etnik di Sabah.

Pelbagai jenis teh dijual dengan harga yang murah..

Kakak aku berkenan dengan teh ni..

Selain teh, disini juga menjual Kopi “O” ..

jangan ingat teh hanya untuk biskut dan minuman je.. teh Sabah juga boleh dijadikan coklat tau..

Ladang teh yang terbentang luas menenangkan jiwa yang lara.. layan jiwang kat sini best gak kan..

Teh Tarik Pandan ni memang sedap..aik kakak aku ni berangan nak jadi duta Sabah Tea la tuh haha..

Teh Tarik Nalapak atau teh tarik tiga lapis ni memang layan lah.. sedap sangat..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.