Bertemu Rakan Blogger & Makan Ikan Bakar Di Pasar Filipina, Sabah

Sabah merupakan sebuah negeri di Malaysia yang sangat cantik dan banyak tempat menarik yang boleh kita lawati. Percutian aku bersama keluarga di Sabah memang satu pengalaman yang tak akan aku lupakan. Sebut pasal Pasar Filipina di Kota Kinabalu Sabah aku mesti teringatkan makanan yang di jual disana.

Waktu malam adalah waktu yang paling dinanti-nantikan, kerana disini terdapat pelbagai makanan dan juadah untuk makan malam. Mak aku nak cari Ambuyat tapi cari punya cari tak jumpa, mungkin ada kot kedai yang jual tapi kami dah berpusing-pusing cari tetap tak jumpa. Jadi kami sekeluarga sepakat untuk makan ikan bakar di Pasar Filipina sebab dengar cerita kawan-kawan disini banyak pilihan ikan-ikan segar yang baru turun dari laut. Harga makanan disini tidaklah semahal yang disangkakan.. ada yang mahal dan ada yang murah, kena pandai tawar menawarlah.

Kebetulan berada di Sabah aku teringat rakan blogger yang sama tarikh lahir dengan aku iaitu Slyvister. Ingat tak lagi entry aku cerita tentang Siapa Lahir Pada 18 Oktober 1984, ya.. semasa di Sabah ni aku amat bertuah sekali sebab dapat jumpa kembar tarikh lahir dengan aku tu. Slyvister memang seorang yang peramah dan mudah mesra dengan kami, mak aku pun terkejut bila aku cerita yang Slyvister dan aku lahir pada tarikh, bulan dan tahun yang sama. haha memang susahkan nak jumpa. Kepada bro Slyvister, terima kasih ye sebab sudi luangkan masa dinner bersama kami, kalau ada kekurangan atau saya tersalah bahasa harap dimaafkan ye 🙂 keep in touch ye bro.. 🙂

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

11 Responses to Bertemu Rakan Blogger & Makan Ikan Bakar Di Pasar Filipina, Sabah

  1. chal says:

    sangat menarik IKAN BAKARNYA… tetapi jika saudara teringin merasa makan IKAN BAKAR MELAKA, hubungi saya… untuk pakej y menarik… 🙂

  2. Mohd Zaid says:

    Salam Chal .. boleh la saya dapat diskaun kalau ke melaka 🙂

  3. adawiyah says:

    Salam,

    Zaid saya nak tanya ikan bakar disini berape harganya kate murah2 ye seekor berape…ada package dengan set nasi ke….semua yg jual tu islam ye..

  4. Mohd Zaid says:

    saya tak ingat pulak harganya tapi berbaloi lah.. pasal agama tu tak pasti sebab kebanyakkannya datang dari filipin ..

  5. sharmia says:

    salam…Sy merupakan anak jati kota kinabalu so sy nk explain sket ttg psr filipin ni. pasar filipin a.k.a pasar kraftangan. tpt mkn kat atas ni dinamakan pasar malam n x dpanggil psr filipin.kebanyakan peniaga adalah muslim kecuali pada mereka yg menjual sayur.(sbb ade bangsa kadazan,dusun n etc.) bg pelancong semenanjung,xperlu risau dgn makanan yg dijual kerana majoritinya berbangsa islam.bagi peniaga mkanan ikan bakar diatas, mereka adalh suku kaum suluk atau bajau laut yg pada akar umbinya berbangsa filipin tetapi telah berpuluh2 tahun duduk di Sabah seterusnya mendapat kerakyatan sabah. n perlu dingatkan bahawa kaum ini keseluruhannya beragama islam. sekian.. 🙂

  6. Sue Pf says:

    Salam Zaid..
    first of all nice blog entries u have..
    sis pegi HK haritu pn ada jgk get some guides from ur blog,tq..;)
    btw,sis nak pegi KK next month..
    and im so craving for ambuyat.
    do u have any idea where can i find it?
    dah try google tak jumpe.
    ask my sabahan friend pun they not sure bout it.
    help,please..tq in advanced.

  7. Mohd Zaid says:

    Sue Pf > wah thanks sis sebab sudi baca blog zaid dan jadikan panduan melancong sis.. btw pasal ambuyat tu zaid pergi sabah pun susah nak cari malah tak dapat pun.. tanya kawan sabah pun diorang pun tak tahu.. mungkin makanan tradisi ini dah dilupakan kot..

  8. cikgu suhasni says:

    Thanks atas info menarik pasal sabah…mmg ade plan nk ke sane next year…bwk family jln2..hehe

  9. Mohd Zaid says:

    cikgu suhasni > sama-sama cikgu.. selamat bercuti..

  10. Erena says:

    Ambuyat boleh dapat dekat Pasar Besar Kota Kinabalu.Tidak semua penduduk tempatan tahu kerana Ambuyat biasanya dr kalangan tempatan berbangsa Bisaya seperti sya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *