Tak Sangka Dapat Bertemu Dengan Ana Raffali & 6ixth Sense.

Baru-baru ni gua dapat jemputan dari Gua Malaysia ke majlis yang sangat seronok dan sangat best iaitu, ‘Semarakkan Cinta bersama GUAMuzik’ di Red Box Plus, Pusat Membeli-Belah Pavillion. Gua dapat jumpa dengan Ana Raffali dan kumpulan yang paling gua minat iaitu 6ixth Sense. Selain dapat berhibur dengan diorang gua dapat ambil gambar dan beramah mesra dengan diorang. Perrrhhh gua cakap lu semua memang seronok tau dapat jumpa diorang ni.. Ana Raffali dan 6ixth Sense memang sempoi dan baik hati.

Haiikk.. berbelit-belit lidah aku cakap gua lu gua lu ni kan haha.. maklumlah majlis ni dianjurkan oleh laman artis dan gosip paling best, hangat, hot, meletopz.. iaitu Gua.com.my dan seramai 16 pasangan dipertemukan pada majlis tu.. semuanya pemenang dari kontest yang mereka buat dilaman web dan dilaman Facebook. Aku salah seorang pemenangnya dan aku menganggap ini sebagai satu hadiah istimewa untuk aku dan Alice sempena hari kekasih. Bukan niat nak menyambut sakan hari kekasih ya, maksud aku untuk mengeratkan lagi tali persahabatan dan suatu hari nanti ke jinjang pelamin.. Insyaallah..

Memang rugilah siapa yang tak dapat join party ni sebab semuanya fully sponsored.. Siap dapat goody beg sumbangan Universal Music dan Gua Malaysia lagi. Mungkin nanti aku boleh buat contest untuk CD yang aku dapat tu kat blog ni kelak ye..

Untuk pengetahuan semua ini kali pertama aku bersua dan beramah mesra dengan Ana Raffali dan 6ixth Sense. Aku memang minat sangat dengan mereka berdua ni, lebih-lebih lagi Ana Raffali yang sangat comel dan cantik pada malam tu. Ana menghiburkan peminat-peminatnya dengan 3 buah lagu iaitu Hujan Bunga di Kuala Lumpur, Tolong Ingatkan Aku dan Sehabis Baik. Memang berbakatlah Ana Raffali ni memang tak perlu dipertikaikan lagi kemenangannya di AJL 25 hari tu sebab lagu-lagunya memang best dan segar dari ladang. Tahniah la Ana, Zaid doakan ana sentiasa berjaya dan bersungguh-sungguh dalam industri muzik tanahair ni. Semoga ana buat banyak lagi lagu-lagu yang best ye..

Kumpulan 6ixth Sense pun tak kurang hebatnya, dengan telatah Adi dan kumpulannya membuatkan ramai peminat tertawa dengan aksinya. Adi bukan saja berbakat dalam bidang nyanyian tapi pandai mengambil hati peminatnya. Kumpulan 6ixth Sense yang pada awalnya perlu menyanyi 3 buah lagu tetapi dengan sorakkan peminatnya beliau menambah lagi satu lagu khas untuk peminat setianya. Tahniah juga kepada Kumpulan 6ixth Sense korang memang best dan gemmpaaakkkk… jom layan dua lagu yang aku dah upload kat Youtube semasa jamuan makan malam Semarakkan Cinta bersama GUAMuzik hari tu.. 6ixth Sense – Tanpa & 6ixth Sense – Cinta Mati ada dua lagi lagu tapi lagu tu nanti aku upload ye..

Red Box Plus kat Pavillion memang besar dan cantik.. diorang siap hias dengan kelopak bunga Ros lagi.. memang romantiklah malam tu..

Inilah dia pentas kat Red Box Plus, Pavillion.. lepas ni kalau ada artis-artis nak buat PC ke apa ke boleh buat kat sini kan..

Semua pemenang dipanggil ke depan pentas dan luahkan ungkapan kasih sayang mereka kat pasangan masing-masing.. perrhhhh malu gile time ni.. aku cakap “Gua saya sama u Aliceeee” hehehe romantik tak?..

Makanan kat Red Box Plus Pavillion memang best giler.. tapi malam tu banyak makanan Seafood .. oppsss aku tak suka seafood kalau makan nanti badan aku sakit.. 🙁

Gambar ni aku cilok kat website Gua Malaysia.. peaceee… ni gambar masa kita orang menjamu selera ..

Sedapkan makanan kat sini.. mesti mahal kan.. tapi nasib baik preeeee… 🙂

Nom…nom…nom…. jemput makan.. hoho makan dulu sebelum tengok artis menyanyi jap lagi..

Comelnya dia… i like Ana Raffali… dengan baju ermmm baju apa nak panggil ni yek..? baju kurung ke?.. apa-apa pun Ana maintain comel lote..

Ana nanti boleh ajar zaid main gitar tak?..

Peminat ana merakamkan gelagat ana ketika menyanyikan lagu Sehabis Baik..

Ana dengan kemera nya.. setiap orang ana pergi ambil gambar.. bestlah ana ni.. waktu ni ana tengah nak snap gambar kitaorang.. 🙂

Kumpulan 6ixth Sense memang power dan best..

Adi (6ixth Sense) melayan peminat yang bertuah yang memenangi jamuan makan malam ni.. memang best

6ixth Sense

6ixth Sense

6ixth Sense

Adi 6ixth Sense dengan rambut perangnya.. ooohhh dengar citer adi datang dengan seseorang ye.. nak tahu dengan siapa sila-silalah baca GuaMalaysia. Adi 6ixth Sense Rancang Kahwin Akhir Tahun

Bersama pemenang slogan terbaik.. tak sangka slogan Alice dan Hilal Azmi terpilih sekali.. cayalah korang..

Aku dan kumpulan 6ixth Sense

Aksi kelakar kumpulan 6ixth Sense ketika bergambar dengan GuaMalaysia.

Peaceee.. Me and Ana Raffali… comel tak kami berdua..?..

Aku dan Adi 6ixth Sense… Macho kan kami berdua ni hahaha …

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Tak Sangka Dapat Bertemu Dengan Ana Raffali & 6ixth Sense.

  1. lAl says:

    Ana Raffali dan Sixth Sense menyemarakkan cinta kami kerana telah menurunkan HUJAN BUNGA DI KUALA LUMPUR YANG telah SEMPURNAKAN cinta kami…

    wahah

  2. Mohd Zaid says:

    haha best siud slogan ko.. sebab tu boleh menang 🙂 tahniah..

  3. lAl says:

    Ahahaha I like!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *