Pesta Mandi Di Poring Hot Spring (PHS)

Mandi air panas di Poring Hot Spring (PHS) Ranau, Sabah memang seronok lebih-lebih lagi kalau pergi beriadah bersama keluarga tercinta. Dari Kota Kinabalu perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih untuk sampai ke PHS jalannya agak bengkang bengkok dan amat mencabar tapi korang tak akan bosan sebab sepanjang perjalanan korang boleh menikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu, nasihat aku jangan lah bawak kereta laju-laju ye orang kata malang tak berbau.

Poring Hot Spring terletak lebih kurang 40 km dari Kinabalu National Park dan lebih kurang 13 km dari Ranau. Tiket untuk masuk Poring Hot Spring bernilai RM3.00 untuk warganegara Malaysia dan RM15 untuk warganegara asing. Kalau korang dah beli tiket semasa di Kinabalu National Park korang tak perlu bayar lagi untuk masuk ke PHS sebab boleh gunakan tiket yang sama.

Poring Hot Spring telah di iktiraf sebagai “World Heritage Site” atau “Tapak Warisan Dunia” oleh UNESCO dan sebagai salah satu tempat pelancongan yang harus pergi kalau berada di Sabah. Mata air panas yang yang mengandungi sulphuric minerals secara semulajadi ni memang sesuai untuk mengubati pelbagai penyakit luar dan dalaman kita. Nak percaya atau tidak terpulanglah kepada individu itu sendiri kalau tak nak niat mengubati penyakit niat untuk beriadah pun bagus juga kan.. :)

Peta Ke Poring Hot Spring (PHS), Ranau. Sabah.

[mappress mapid="11"]

Selain aktiviti mandi manda, di PHS juga ada aktiviti dan tempat menarik yang lain antaranya

  • Kolam Air Panas
  • Taman Kupu-Kupu
  • Jambatan Kanopi
  • Air Terjun Kipungit
  • Gua Kelawar
  • Air Terjun Langanan

Jadi lepas bermandi-manda bolehlah mencuba menaiki dan berjalan di atas canopy dan bermanja-manja di taman rama-rama, taman orkid dan di tropical garden.  PHS dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 6 petang, disini terdapat banyak kolam renang air panas dan terdapat juga kolam air panas tertutup. Untuk kolam tertutup ni boleh disewa dengan harga yang murah untuk setiap jam. Jadi korang boleh mandi dengan aman sambil menutup aurat bagi wanita-wanita islam dan sesiapa saja yang nakkan privacy.

Ok jom tengok gambar-gambar aku dan keluarga semasa di PHS hari tu.. oh ye tips untuk korang semua kalau lepas mandi air panas tu apa kata korang ke Viviane Rafflesia Garden (VRG) untuk tengok dengan lebih dekat lagi Bunga Rafflesia mengembang. :)

Papan tanda di pintu masuk ke Poring Hot Spring. Untuk pengetahuan semua Poring Hot Spring merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia yang harus dilawati sekiranya melancong ke Ranau, Sabah.

Tandas di PHS ini sangat bersih dan dijaga. Terpegun jap tengok kecantikan tandas di PHS ni cantik kan..

Ini adalah peta keseluruhan taman rekreasi Mata Air Panas Poring.. mana tau kalau-kalau tersesat pulak kan..

Setiap stesen ada papan tanda menunjukkan jarak perjalanan untuk ke stesen lain.

Bagusnya disini banyak papan tanda dan banyak papan tanda peringatan untuk pelancong.

Ingat “Jangan Ambil Apa-apa Benda Kecuali Gambar Dan Jangan Tinggalkan Apa-apa Benda Kecuali Jejak Kaki” .. memang bagus peringatan ni.. ye lah kita kat tempat orang kita tak tahu siapa penghuninyakan.. jadi berkelakuan baiklah ketika disini.. jangan buat benda-benda tak senonoh okey..

Kolam renang air panas ni di namakan ROCK POOL .. ni untuk orang dewasa je kanak-kanak boleh mandi kat kolam lain..

Kat sini memang banyak kolam.. korang pilih je nak kolam yang mana.. pastu berendamlah selama mana korang nak.. huhu airnya sangat panas boleh masa telur aku nih.. ahaha

Kami pilih kolam kecil ni untuk rendam kaki.. huhu memang panas airnya..

Gedik-gedik santai pulak kita orang ni.. haha padahal kaki dah melecur sebab airnya panas.. lebih-lebih lagi kami datang waktu panas terik haha mengelegak la..

Taman Kupu-Kupu atau Butterfly Garden ini dibuka dari  9 pagi hingga 4 petang dan tutup setiap Isnin.

Disebabkan aku nak rushing jadi tak sempatlah nak naik kanopi.. ermmm tak apa lah tak ada rezeki namanya.. mungkin lain kali boleh kesini lagi ..

Sebelum balik korang boleh singgah beli cendera mata kat luar PHS ni.. harganya sangat-sangatlah murah berbanding di jual di Pasar Filipina.

Kat sini juga ada jual seluar dan pakaian mandi in case kalau korang terlupa atau tak bawa baju untuk bermandi manda..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com