Ikan Kelah Jinak Di ‘Tagal’ Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau Sabah.

Pastinya kalau pembaca blog aku ni seorang penggemar memancing mesti korang suka sangatkan dengar Ikan Kelah jinak. Memang jinak-jinak ikan kelah yang aku maksudkan ni. Kalau nak tahu ketika berada di Ranau aku dan keluarga sempat singgah ke satu tempat iaitu “Tagal” Sungai Moroli Kg. Luanti . Disini terdapatnya beratus-ratus dan beribu-ribu ikan kelah jinak di sepanjang sungai Moroli ni.

Memang tak dapat aku lupakan kenangan ketika berada disini sebab memang syok sakan dapat spa urutan ikan kelah ni. Tiket masuk ke sini adalah RM5.00 untuk warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas, RM2.00 untuk pelajar dan mereka dibawah 18 tahun. Warganegara asing dikenakan bayaran RM10.oo tapi bagi merka yang tinggal dikawasan Ranau atau Kota Kinabalu tiket berharga RM3.00 untuk mereka. Melalui bayaran tiket tersebut korang boleh mandi atau berendam kaki spa ikan kelah selama 15 minit. Bayaran makanan ikan kelah hanya RM0.80 je dan sudah tentu kalau korang ada makanan lagi banyak ikan yang akan datang kat korang.

Untuk pengetahuan korang semua, Ikan Kelah jinak ni tak boleh di tangkap atau di pancing sesuka hati kerana ianya di namakan “Tagal” oleh masyarakat Sabah. Apa itu “Tagal” ?..  Tagal pada pemahaman aku merupakan satu sistem dimana ianya adalah bermaksud pemulihan dan penjagaan sungai. Sekiranya berada di Sabah dan terlihat papan tanda “Tagal” ianya bermaksud korang dilarang sama sekali menangkap segala hidupan air di sungai ini, dilarang mencemarkan sungai, semua alat yang digunakan untuk menangkap hidupan air dan hasil tangkapan akan dirampas dan boleh didenda maksimum RM50k. Kalau zaman dulu-dulu sesiapa yang melanggar sistem Tagal ni akan dikenakan “Sogit” iaitu denda seekor babi. Kalau aku salah tolong betulkan ye.. 🙂

Mak, Along dan Alice bergambar kenangan di papan tanda mercu ‘Tagal’ Sungai Moroli, Kampung Luanti. Untuk makluman tempat ni pernah memenangi anugerah “Malaysia River Care” pada tahun 2006.

Pekerja di sini menunjukkan cara macam mana nak bagi ikan kelah ni makan.. hoho aku siap peace lagi.. kakak aku pulak tak berani nak masuk.. tah apa yang dia takut tah.. haha bukannya ikan kelah ni makan jari ko pun.. 😛

Haha aku berani dalam ketakutan sebenarnya.. mak aku relex je.. mula-mula sakit.. pastu geli.. pastu sedap pulak bila ikan kelah ni memulakan aktiviti spa’nya .. memang rugi siapa yang tak pernah cuba..

Lepas 5 minit di spa oleh ikan kelah ni korang akan rasa lebih selesa.. memang berbaloi lah.. yang syoknya memang banyak ikan kelah yang akan datang kat kaki korang.. pada pendapat aku lagi banyak ikan datang lagi banyaklah penyakit korang haha..

letak makanan dalam genggaman tangan.. kemudian letak dalam air sungai.. pastu gerenti banyak ikan kelah yang akan datang.. ikan tu tak akan makan jari korang.. so jangan risaulah..

haha.. syok… sedap… ahhhh.. ahhhhh….

Alice ni macam berani je.. tapi sebenarnya dia pun geli geliman gak ngan ikan kelah ni haha..

Masa kakak aku snap gambar ni… tiba-tiba ikan kelah tu geget jari aku haha.. tapi tak sakit.. sedap adalah.. saja je gimik buat muka macam sakit haha..

‘Tagal’ Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau Sabah. Memang ramai pengunjung yang datang ke sini lebih-lebih lagi kalau musim cuti sekolah.. pastu berduyun-duyun orang nak cuba kehebatan spa ikan kelah ni..

Ikan Kelah Garap ataupun Tortombroides adalah species ikan kelah yang banyak terdapat di Kg. Luanti ni..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Ikan Kelah Jinak Di ‘Tagal’ Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau Sabah.

  1. matjoe says:

    perghh best gile bende ni. mesti nak cuba, past geli tu mesti nyer lala

  2. Mohd Zaid says:

    Salam Mat Joe.. mesti cuba kalau datang ke KK .. 🙂

  3. donat says:

    awal taun depan aku akan ke kk…
    so ubby suka ngn ikan ni…so we all myb akan menginap di le hotel kat pasar philipin…
    nak tau r lau dr hotel nak ke ranau ni berapa km e..berapa jam perjalanan ni

  4. mell says:

    hehe..nampak best jer..akan datang juga d sini..tunggu kami ya ikan2 jinak..

  5. Mohd Zaid says:

    mell > datang jangan tak datang..

  6. miza says:

    mmg best kat sini…. miza dah pergi dgn keluarga….mula2 geli tgk ikan begitu banyak…..lama2 seronok,mmg kenangan yg x dapat dilupakan…..insyaallah kalau umur panjang miza nak g lagi….

  7. Mohd Zaid says:

    miza > memang best kan miza.. satu pengalaman yang tak dpt dilupakan..

  8. Mohd Zaid says:

    miza > memang best kan miza.. satu pengalaman yang tak dpt dilupakan..

  9. ninie says:

    hi..bulan dpan sy akk pg ke sbah..first day akn menginap di kundsang..dr sne agk2 jauh x??? Tq..tq..best giler tgok u alls kt pic tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *