Sehangat Bau Pakma – Bunga Rafflesia

Kalau sebut Bunga Pakma mesti ramai yang tak tahu kan.. tapi kalau cakap je Bunga Rafflesia mesti ramai yang mengenalinya. Semasa berada di Ranau Sabah aku dan keluarga berkesempatan untuk melihat dengan lebih dekat lagi species bunga terbesar di dunia ini. Sedikit info tentang Bunga Rafflesia merupakan bunga rasmi untuk negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia. Bunga Rafflesia terbesar di dunia yang di rekodkan di jumpai di hutan Sumatera oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816 dan diberi nama Rafflesia Arnoldii semperna nama mereka.

Di Sabah, Malaysia juga terdapat banyak species bunga Rafflesia yang tumbuh meliar di hutan-hutan. Tapi kalau nak masuk hutan agak susahkan.. siapa yang nak betul tak.. kebetulan semasa perjalanan ke Poring Hot Spring, kami ternampak papan tanda Bunga Rafflesia di tepi jalan.. tempat yang kami nak tuju ini adalah “Viviane Rafflesia Garden” tempat dimana Bunga Rafflesia tumbuh secara semulajadi dan dijadikan tempat pelancongan oleh penduduk tempatan. Viviane Rafflesia Garden terletak berdekatan dengan Poring Hot Spring, kira-kira perjalanan dalam 5 minit je untuk ke sini kalau dari Poring.

Kalau sebelum ni aku hanya mendengar, melihat dan membaca dari internet tentang Bunga Rafflesia, tapi kali ini aku macam tak percaya yang aku sudah tengok bunga ini dengan mata sendiri. Bukan senang tau nak tengok Bunga Rafflesia mengembang, ianya mengambil masa yang agak lama untuk tumbuh dan mengembang.

Papan tanda Viviane Rafflesia Garden (VRG) tulis tiga bunga sedang mengembang, cepat sebelum terlambat. Ya memang kena pergi tengok cepat sebab bunga Rafflesia ni susah nak tumbuh dan memakan masa yang lama dan mati dalam masa yang singkat. Jadi rugi kalau aku lepaskan peluang nak tengok bunga terbesar di dunia ni secara live..

Inilah dia pemilik  Viviane Rafflesia Garden (VRG) iaitu Pn. Norma bersama mak aku dan  Tira (kanan) adik kepada Pn. Norma, mereka bersama-sama suami menjadikan ladang dan tanah milik peribadi ini kepada pusat melihat Bunga Rafflesia. Tahniah dan terima kasih aku ucapkan kepada mereka kerana sangat baik dan peramah.

Sebelum masuk untuk melihat Bunga Rafflesia ni pelawat diminta untuk menulis nama sebagai rujukan pemilik ladang. Kat sini diorang bolehlah tengok balik dan kira berapa ramai orang yang dah datang melawat ke sini. Harga tiket masuk untuk melihat Bunga Rafflesia berkembang ni tak mahal pun. RM10.00 untuk sekali masuk.

Jalan masuk ke ladang ni agak lecak dan perlu jalan melalui laluan batu bata yang disediakan oleh pihak VRG.. mungkin suatu hari nanti bila aku kembali ke sini harap pihak tuan punya ladang ni dah tar jalan ni hehe..

Sebelum melihat Bunga Rafflesia, disekitar ladang terdapat pelbagai jenis tumbuhan lain dan aku paling seronok bila tengok pokok Jarak Cina atau Totol ni.. sebab apa pokok ni boleh menghasilkan minyak untuk kenderaan. Ermmm terfikir sejenak aku.. kenapa kita tak tanam pokok ni banyak-banyak ye.. boleh proses untuk minyak kenderaan tu..

Pokok Cinnamon .. ” The King Of  Herbs” ..

Inilah dia Bunga Rafflesia Keithii yang baru mengembang. Cantik kan.. Untuk pengetahuan, bunga Rafflesia akan mengeluarkan bau yang amat busuk bila ianya mengembang. Kalau malam-malam datang sini mesti seramkan.. sebab bau busuknya semacam bau bangkai.

Terpesona aku lihat Bunga Rafflesia ni.. nak tumbuh punyalah lama kira-kira 9 bulan nak tunggu ianya mengembang.. tapi mati dalam masa 2 minggu je.. lagi satu bunga ni sensetif sikit.. kalau kita pegang-pegang nanti cepat mati bunga ni. Menurut pemilik ladang ni.. bunga ni ada jantan dan betina.. kalau nak tahu yang jantan ada tumbuh duri kat dalamnya dan betina dalamnya leper je tak ada duri..

Ini pula anak Pokok Bunga Rafflesia yang baru nak mengembangkan kelopak bunganya.

Memang berbaloi lah dapat tengok Bunga Rafflesia secara live dan semulajadi.. tak rugi aku bayar RM10.00

Sustaining Rafflesia For The Future Generation ..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

12 Responses to Sehangat Bau Pakma – Bunga Rafflesia

  1. alice says:

    Muka kepenatan….next time datang lagi ye zaid 😛

  2. sobrimansor says:

    Pengalaman menarik bro….aku pun rasa teringin gak nih nak tengok dengan mata sendiri….hehehe

  3. Mohd Zaid says:

    sobrimansor kalau ke Sabah jangan lupa datang tengok bunga ni.. bangga tau jadi rakyat Malaysia 🙂

  4. Mohd Zaid says:

    haha mesti datang tau alice.. i love Sabah

  5. ema says:

    war besr nyer..pakej k sndiri n brapa kos…

  6. Mohd Zaid says:

    @ema kita orang pergi sendiri.. jimat sikit kos..

  7. Valerie says:

    boleh saya tahu macam mana nak gi sana ? and boleh saya mintak no untuk dihubungi ? pleaseeee 🙁

  8. marie says:

    Bunga ni mkn ape? Ramai org ckp mkn daging sb tu bunga ni keluarkan bau mcm bangkai. Betul ke?

  9. Mohd Zaid says:

    @Marie setahu saya bunga ni makan ulat dan binatang yang berterbangan seperti kumbang,lalat dll.. sebab tu bau dia busuk kot..

  10. siti jurianun says:

    cantik

  11. Mohd Zaid says:

    siti jurianun > cantik kan.. Malaysia memang indah..

  12. nadia says:

    nak tgk bunga ni ada musim ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *